28 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (33): Dari mana datang peminta Ir Nizar?

Hari ini PEMUDABESUT berkesempatan pegi ke dua tempat program Calon PAS P059, DS Ir. Nizar (DSIrN). Salah satunya di Majlis Kenduri di Kampung Bukit Gantang. Yang kawe raspect kat DSIrN ni walaupun beliau juga adalah seorang MB Perak yang dikategorikan sebagi VVIP, beliau bersalam dengan semua tetamu lelaki sampai ke Tukang Masak & pembasuh pinggan di belakang.

Lagi yang peliknya pulak, bila je Ir Nizar datang ke kenduri tersebut, orang ramai tidak henti-henti bergambar dengan beliau. Dari turun kereta sampailah nak makan, ada lagi yang nak bergambar dengan beliau. Memang Ir Nizar ni ada AURA...Bila datang Haji?... Nizar sempat bertanya khabar dengan Naib YDP PAS Besut; Hj Hassan

tengah baca doa makan pun sempat lagi peminat Ir Nizar bergambar


Tukang masak & geng pun sempat bergambar...

SALAM... Abg Din Tausah bersalam dengan MB Perak


Rombongan PAS Besut dengan IR Nizar

Sebelah petangnya, PEMUDABESUT berkesempatan ke Majlis bersama penduduk di Pekan Changkat Jering anjuran PKR Selangor. Sebelum Ir Nizar sampai ke tempat program, kawe tengok orang tak lah ramai sangat kat program tu....adalah sekitar 40 orang. Tapi yang hairan & ajaibnya bila sahaja Ir Nizar sampai...Entah dari mana orang datang. Terus penuh tempat program tu...

Sebelum kedatangan Ir Nizar pukul 5.51 petang

Semasa Ir Nizar memberi ucapan. Pukul 6.07 petang. Entah datang dari mana peminat nya...

3 ulasan:

  1. nasib baik FRu tak perasan. kalau tidak berasap la rumah pakcik tu

    BalasPadam
  2. Orang alim ke mana juga pasti ada orang menyambut.Mereka yang beriman tau bau yang beriman serta perbuatanya. Tuhan akan menyebelahi dan roh mongolia akan akan menyebelahi dan membantu YB.Nizar di P59.Hidup YB dan Hidup Pakatan.

    BalasPadam
  3. tp ada juga heli gerombolan buat rondaan tu..
    jom nyorok bawah khemah...

    p/s: bgtau klau ingin gmbar2 sekitar kenduri ini..sy yang pegang kamera itu..

    BalasPadam