11 Mei 2009

FRU mula kawal ketat bangunan SUK




Bangunan SUK Perak mula dipenuhi FRU bagi mengawal keadaan di sana....

Suasana di Ipoh hujan, info memaklumkan Pintu Besar (Main Gate) SUK telah berkunci rapat, siap berantai dan mangga..

2 ulasan:

  1. Terbaru dipetik dari MyKMU:

    Sidang Tergempar DUN Perak Akan Diadakan

    Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional Perak dijangka mengemukakan satu notis mengadakan usul tergempar Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Speaker negeri Perak, Datuk Ganeson.

    Ini akan dilakukan berikutan keputusan Mahkamah memutuskan bahawa hanya Sidang DUN Perak sahaja boleh melucut jawatan Menteri Besar negeri tersebut.

    Sungguhpun perlantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak sah, namun keputusan tersebut tidak menjejaskan sidang DUN Perak yang lalu kerana keputusan mengadakan sidang DUN bukan di bawah kuasa Menteri Besar.

    Persidangan Dewan Undangan Negeri ialah di bawah kuasa Tuanku Sultan Perak. Justeru persidangan lalu yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak adalah sah.

    Speaker DUN Perak dari BN, Datuk Ganeson dijangka akan membawa usul tergempar yang diterimanya untuk perkenan Tuanku Sultan.

    Tuanku Sultan dijangka tidak akan membubarkan DUN kecuali persidangan tergempar tersebut gagal melantik sesiapa menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

    BalasPadam
  2. masih nak gunakan polis bagi mengekalkan kuasa... dah desprate sangat. Tak ada maruah.

    BalasPadam