14 Ogo 2009

Pakatan Rakyat akan di daftar sebagai sebuah pertubuhan



Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini. Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP. Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing. Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

1 ulasan:

  1. Derhaka Hanya Pada Allah


    Semoga Bangunan Gah hasil dari wang rakyat ini Ini Ditelan Bumi Bersama Penghuni-Penghuninya.

    Apabila Raja Memijak Perlembagaan Negeri.

    Tunggulah Masanya Rakyat Memijak Mahkota Raja

    Pada Masa Itu Usah Dikesali Lagi

    Apabila Istana menjadi Gedung Barang Purba

    Aku Tidak Mengundi Barisan Nasional
    Sebab Aku Ada Prinsip Bahwa Jika Mahu berkuasa
    Perlembagaan lah Yang Wajar Dituruti
    Bukan Nafsu Yang Membuak
    Bukann raja Yang Memihak

    Selamat Jalan Tuanku Sultan Perak
    Barang Dijauhkan Allah
    Keturunan ku Bertemu Jodoh Dengan Keturunan Mu,

    Percayalah Tuanku
    Bahawa Mereka yang Zalim
    Pasti Akan Dihapuskan Tuhan Hingga Ke Akar Umbi


    Dikau Patut Mencontohi Queen Beatrik

    Queen Yang memerintah Negara Natherland

    Baginda di Lantik Menjadi Queen

    Tidak Mencampuri Urusan perniagaan dan Politik.

    AKU MOHON DURHAKA TUANKU

    Tapi hanya pada kata-kata

    kerna pada ku makna derhaka

    hanya pada allah subhanahuwataala.

    Apa Jadi Dengan Gamuda.Dah Nak Bengkrup.semoga hancur lebur hendaknya...

    RAJA KUCING
    NEGERI PERAK

    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/08/derhaka-hanya-pada-allah.html

    BalasPadam