25 Jan 2010

Anwar Hampir Di Tangkap Di Kg Kerinci



Dihalang Berceramah Di Lembah Pantai

ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

1 ulasan:

  1. Anwar tak layak bercakap di Lembah Pantai, sebab dia world class, bukankah dia sering menghebahkan bahawa dia baru saja balik dari benua sana benua sini kerana dijemput untuk bercakap mengenai ekonomi, politik, sosial, Islam dan pelbagai lagi yang tinggi tinggi..di hadapan professor, ilmuan dan pemimpin dunia ? Apakah belum cukup pentas itu untuk dia harus berada di pentas Lembah Pantai untuk menghebahkan kepada dunia...pi mai pi mai dok cerita dia kena fitnah kes Saiful. tak dak cerita lain.

    Cerita yang berulang ulang itu elok balik pi cerita kat azizah dan anaknya nurul di rumah - tak perlu permit polis.

    Dan kalau dah tak ada permit polis, yang dok bangang tebiang nak pi berceramah untuk apa - sekadar nak provokasi nak panggil orang ramai datang berduyun duyun dengar cerita dia...nak bagitau negara ini negara polis dan polis jadi suruhan UMNO.

    Bro, itu modal dalam poket atas gua laa...

    BalasPadam