29 Jan 2010

Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengahari bersama

Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

1 ulasan:

  1. Assalamu Ala man Ittaba'a' al-huda

    Agaknya inilah makna tafsiran al-Qur'an yang saya nanti-nantikan dari surah al-Qiyamah. Nombor 9 dan 10, bila bulan dan matahari bersatu, maka insan akan mengatakan kemana aku akan lari lagi.

    Sila layari laman: http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    BalasPadam