3 Mac 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai Pula Keluar PKR

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dengan dihadiri oleh bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Sallehuddin Hashim sebentar tadi.

Desas-desus bahawa Ahli Palimen Bagan Serai itu akan meninggalkan PKR telah lama tersebar luas iaiatu semenjak pertengahan tahun lepas dimana beliau dikatakan ada masalah dengan Ketua Bahagiannya.

Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

1 ulasan:

  1. PKR parti miskin mana boleh tahan bang....tak lama lagi mereka ni menyeberanglah ke nun di sana untuk menikmati juadah yang enak-enak dan timbunan harta yang banyak......

    Semua kerana perut dan bawah perut

    BalasPadam