Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Feb 2009

ADUN Bota pengkhainat - Malaysiakini

4.45 petang: Empat bekas Adun Pakatan di Perak menyertai sidang media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekejap tadi.

Mereka adalah Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Hip Hong, Jamaludin Abu Bakar (Behrang) , Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Bota, Datuk Nasharudin Hashim yang sebelum ini menyertai PKR.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).



Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.

"Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.

Sementara itu Nasarudin yang gagal dihubungi dipercayai telah 'diculik' oleh individu yang tidak dikenali.

Perkara tersebut dimaklumkan isteri beliau bahawa Nasarudin telah dijemput oleh dua orang yang tidak dikenali di rumah mereka sebentar tadi.

Dalam pada itu, ketika ini juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menuju ke Istana Kinta bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.

Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.

Nizar turut dijadualkan mengadakan sidang media pada petang ini dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam. - mStar, DIKEMAS KINI

3 Feb 2009

Dakwaan Najib Tawar RM50 Juta Ke SPRM


Angkatan Muda PKR hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan cubaan menyogok wakil-wakil rakyat PKR sejumlah RM50 juta.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama timbalannya Mohd Fariz Musa membawa isu yang didedahkan oleh ketua PKR Ipoh Barat yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba memujuknya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak supaya melompat parti.

Dalam akuan berkanunnya semalam, Fauzi Muda mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah wang tersebut bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk menyertai BN dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Najib di Putrajaya tahun lalu.

Shamsul tiba kira-kira 12.15 tengah hari ditemani 20 aktivis sayap kanan PKR itu dan mengedarkan kenyataan akhbar kepada media.



Beliau dilihat memasuki bangunan tersebut bersama Mohd Fariz dan setiausaha pergerakan itu Zulfikar Ali Ariffin lima minit kemudian.

Dalam kenyataannya, Shamsul berkata, pendedahan Fauzi dan Adun PKR Bukit Selambau, V Arumugam menunjukkan kegiatan rasuah "sangat serius dan membahayakan negara".

"Angkatan Muda melihat wujud keperluan untuk SPRM bertindak menyiasat Najib bersandarkan kepada dua pendedahan yang telah dibuat semalam oleh Arumugam dan Fauzi tersebut.

"Justeru, AMK akan membuat laporan kepada polis dan SPRM secara rasmi demi memperlihatkan keseriusan kes demi kes yang berlaku membabitkan Najib," katanya.

Semalan, Arumugam yang juga exco kerajaan Kedah mendakwa ditawarkan sejumlah wang untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya, keluarga dan pegawai-pegawainya.

Arumugam mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas sehingga beberapa hari lalu.

Shamsul turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar "tidak campur tangan dalam proses siasatan terhadap Najib".

Malah, tambahnya, perdana menteri melalui kuasa eksekutifnya harus "menggantung tugas Najib bagi memberi ruang yang kondusif kepada SPR untuk menyiasat."

Dalam sidang media ringkas setelah membuat aduan berkenaan, Shamsul menjelaskan Fauzi tidak dapat tampil sendiri membuat aduan kerana menghadiri satu program di Perak.

Ditanya kenapa AMK hanya tampil membuat aduan setelah hampir setahun cubaan merasuah itu dibuat, beliau berkata, "selama ini perkara itu di luar pengetahuannya".

"Jika tahu, sudah tentu kita buat lebih awal. Kita sentiasa konsisten membuat pendedahan sebegini," katanya.

Shamsul juga berkata, AMK sedang mengaturkan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi menyerahkan dokumen sokongan berhubung aduan mereka hari ini.

SPR : Pilihanraya kecil tidak jadi ~ Malaysiakini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua sebentar tadi.

Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Semalam beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu. - di kemaskini, mStar.

Posting berkaitan : Malaysiakini

Pendirian PAS selepas mesyuarat tertutup 10 malam tadi! ~ Malaysiakini

nizar-002

ATAS rasa muafakat bersama, PAS Pusat dan Negeri telah mengadakan suatu perbincangan tertutup berhubung pengisytiharan kekosongan dua DUN Perak di Residensi Kediaman Rasmi Menteri Besar, lewat jam 10 malam tadi.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Nasharuddin Mat Isa, turut dihadiri oleh Naib Presiden Ustaz Ahmad Awang, Setiausaha Agong Datuk Kamaruddin Jaafar, Ketua Penerangan YB Dato’ Mahfuz Omar, Pengarah Pilihanraya Pusat Dato’ Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya Negeri Asmuni Awi, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Penasihat Undang-Undang Sdr. Mohd Hanipa Maidin dan beberapa MP PAS yang lain.

Selepas perbincangan tertutup selama lebih sejam, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan YAB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bersetuju untuk menyatakan beberapa pendirian PAS berhubung kekosongan dua DUN Perak tersebut.

Di bawah ini adalah beberapa maklumat tersebut:-


  1. Mesyuarat tersebut adalah mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat dan PAS Peringkat Negeri Perak di mana lajnah telah dijelaskan berhubung situasi semasa politik kerajaan negeri Perak.
  2. PAS secara muafakat menyokong keputusan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berhubung perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu melalui penyerahan Notis Kekosongan DUN kepada Speaker DUN.
  3. PAS juga dimaklumkan bahawa Speaker DUN Perak V. Sivakumar telah menyerahkan Salinan Surat Notis Kekosongan DUN tersebut kepada Pengarah SPR Negeri. Pengerusi SPR Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin MOhd Yusof juga telah dimaklumkan perkara tersebut daripada SPR Negeri.
  4. PAS juga menyokong penuh saranan mengadakan Pilihanraya Kecil di kedua-dua DUN tersebut berdasarkan Notis Pengisytiharan Kekosongan dua DUN tersebut.
  5. Komitmen PAS buat masa ini adalah memenangkan calon Pakatan Rakyat di kedua-dua DUN tersebut selepas pengisytiharan Pilihanraya Kecil (PRK) dibuat oleh SPR selepas ini.

Dalam kalangan wartawan yang hadir, ada yang bertanyakan adakah kemungkinan PR/PAS bakal berdepan oleh injunction 2 pilihanraya kecil tersebut?

…perkara ini turut dibincang secara masak dalam mesyuarat Lajnah Politik tersebut. Walau bagaimanapun, buat masa ini PAS masih menunggu keputusan SPR dan perbincangan tersebut berdasarkan keputusan semasa semua pihak,” respon Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Ada wartawan yang bertanya tentang situasi semasa ADUN PR/ PAS sekarang selepas ura-ura dua (2) ADUN PR bakal menyeberang ke kem UMNO/BN?

…untuk ADUN PAS, kami mempunyai enam. Untuk kewibawaannya, tidak perlu dipersoalkan lah. Dan kebanyakkan tohmahan sekarang ini menumpu pada Keadilan (PKR). Namun, kita tetap bersama dengan Keadilan untuk berdepan segala cabaran ini dan saat kritikal ini. Dengan Pakatan Rakyat, kita bersama. Untuk itu jua, saya (MB Perak) telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat, iaitu dari PAS, Adil (PKR) dan DAP untuk meminta muafakat dan kesemuanya sepakat berdiri kukuh untuk mempertahankan kerajaan (negeri) yang sedia ada (PR),” jelas YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar Perak turut ditanya tentang sejauhmana Kerajaan Negeri mengalami suasana genting hasil daripada onar kedua-dua ADUN Perak tersebut.

….kerajaan negeri masih lagi dalam kawalan dan sehingga kita masih lagi melakukan tugas-tugas asasinya sebagai sebuah kerajaan negeri. Ini kerana, kita (PR) masih lagi mempunyai 30 ADUN…maknanya kita masih lagi ada majoriti,” tambah Menteri Besar tersebut.

Menurut YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, onar oleh dua ADUN tersebut bukan sahaja tidak menyebabkan Kerajaan Negeri PR sama sekali tidak tergugat, malah terus mendapat simpati oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

…selepas UMNO sah menyembunyikan kedua-dua Exco tersebut, maka rakyat bertambah simpati kepada kita dan mungkin benci kepada mereka (UMNO/BN). Apa yang berlaku ini adalah suatu konspirasi politik…kita (kerajaan negeri) semakin kukuh selepas apa yang berlaku tersebut,” tegas Menteri Besar Perak lagi.

Bagi YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga, tohmahan UMNO kononnya kerajaan negeri patut dibubarkan tiada asas sama sekali.

Ini kerana, UMNO sendiri bukan sahaja masih gagal mendapatkan representasi kedua-dua ADUN bermasalah/misteri tersebut, malah untuk mendapat lebih dari itu sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebelum ini sendiri hampir-hampir mustahil.

Sebenarnya ada isu yang melatari kedua-dua ADUN misteri tersebut. Mereka bakal berdepan oleh perbicaraan di Mahkamah pada 10 Februari ini dan apa yang sedang diusahakan oleh UMNO sekarang ini juga adalah sekadar mengambil kesempatan atas rasa terdesak kedua-dua calon tersebut semata-mata.

Jika Pilihanraya Kecil berlaku di Behrang dan Changkat Jering, PAS juga berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut kerana mood perubahan yang yang langsung dalam PRU12 lepas dan dua pilihanraya kecil Permatang Pauh-Kuala Terengganu telah menyaksikan penolakkan besar-besaran rakyat kepada UMNO.

Inilah yang sedang ditakuti UMNO. UMNO sedang mengalami trauma apabila satu-satu Pilihanraya Kecil bakal berlangsung. Dan mungkin sebab ini juga, UMNO cuba sedaya upaya melakukan injunction di Mahkamah dalam masa dan kondisi politik Perak yang genting tersebut -END

perak-04 perak-01 perak-02

~ zainulfaqar.wordpress.com

Perak...Perak...Perak ~ Malaysiakini

SULTAN PERKENAN DIADAKAN PILIHAN RAYA KECIL

PerakExpress : Hangat di Perak & Jamal .. maafkan teman. Semuanya kerana rakyat

Harakahdaily :PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering
Mstar :SPR mesyuarat esok, Pakatan buat siapan pilihan raya kecil
Alhusseyn: Jamal dan Osman disorok Hantu Kopek!

Pilihanraya kecil Dun Behrang dan Dun Changkat Jering memang pasti akan diadakan walaupun dua bekas adun kawasan itu membuat injuksi di mahkamah esok. Itu sekadar usaha dua bekas adun dan bekas exco yang kecewa.

Segala-galanya telah terserlah. Yang tersirat telahpun tersurat. Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang menerima mengadap Menteri Besar Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin hari ini (2 Feb) telah memperkenankan diadakan pilihan raya kecil.Perkara utama yang dibincangkan ialah kesahihan (validity) surat perletakan jawatan dua ADUN PKR. Baginda Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kalau baginda kata surat tu tak sah..melopong la Nizar. Tapi apabila baginda bersetuju bahawa surat itu sah dan boleh diterima….maka bersedia lah dengan pilihanraya kecil. Dan petang tadi, Anwar, Dr. Haron Din, Nizar ada bermesyuarat. Apa yang dibincang tak tau la, tapi berkisar dengan pilihanraya kecil.

Segala-galanya bermula dengan penyertaan Adun Bota Dato Nasharudin Hashim ke dalam PKR. Sepatutnya ia lebih dilihat dalam perpektif yang meluas dan positif oleh kesemua anggota dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tetapi rupanya mencetuskan polemik politik yang lebih mengusarkan ekoran sikap kurang bijak dua ADUN yang sememangnya bermasalah kredibiliti itu.

Itulah turning point dua bekas Adun ini daripada PKR/Pakatan Rakyat. Mereka mempermain-mainkan kepercayaan DSAI dan Menteri Besar DS Ir Haji Mahamd Nizar Jamaludin. Empat hari menyorok dan enggan menjawab panggilan telefon. Apabila Nizar mencabar mereka mengumumkan jika mahu keluar PKR/Pakatan Rakyat sila berbuat demikian.

Rupanya ikan mudah termakan umpan. Apabila diisytiharkan bahawa Adun Behrang Jamaludin Mohd Radzi (exco pertanian) dan Adun Cangkat Jering Kapt (B) Osman Jailu (Exco Pelancongan) menyertai Umno/Barisan Nasional, maka ia secara automatis mengesahkan bahawa mereka telah melompat parti.

Sesungguhnya Jamaludin yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri Perak kurang berhemah daripada segi tindakannya, manakala Osman adalah pak turut kepada Jamaludin, kerana sememangnya diketahui umum bahawa mereka berdua seakan belangkas, jarang kali berpisah walau ke mana jua.

Osman sejak terjebak dengan kes rasuah yang akan dibacarakan pada 10hb Feb 2009 ini bersama-sama Jamaludin juga berada dalam alam trauma. Sejak ditahan BPR, Osman secara jelas tidak pernah pulih daripada trauma. Jarangkali turun kawasan sendiri.

Pelbagai andaian dibuat mengapa Jamal dan Osman meninggalkan PKR dan menyertai Umno. Salah satu telahan ialah kemasukan Nasharudin dilihat mencabar kedudukan dua bekas yang berhormat ini. Dua bekas exco ini ternyata gagal menjalankan tugas-tugas exco dengan sempurna, malahan ada portfolio yang belum lagi mereka laksanakan.

Jamaludin dalam kebanyakan hal sentiasa menyalahkan keputusan Menteri Besar Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin kononnya lebih memihak pada DAP. Wal hal mengikut sumber Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jamaludin dan Osman kurang bersuara dan memberi cadangan dalam MMK.

Sesungguhnya beberapa pegawai kerajaan khususnya pertanian dan perikanan sering menyuarakan bahawa dalam apa jua mesyuarat yang dipengerusi Jamaludin, bekas yang berhormat itu lebih banyak diam kecuali menyokong sahaja keputusan para pegawai tanpa member sebarang pandangan. Pun begitu jugalah dengan Osman, lebih teruk daripada Jamaludin.

Dengan terkeluarnya Jamaludin dan Osman daripada PKR, ia umpama terlepaslah satu bebanan yang tertanggung dalam Pkr dan Pakatan Rakyat. Ia lebih banyak merosakkan daripada membina. Oleh kerana itulah, pada peringkat awalnya, Menteri Besar lebih banyak mendiamkan diri untuk melihat gelagat Jamaludin dan Osman yang kurang bijak mengatur strategi.

Kini Jamaludin dan Osman kehilangan segala-galanya dalam politik. Karier politiknya terus berkubur. Pengundi di kawasan mereka masing-masing juga sudah lama mencemuhi mereka. Kemana mereka akan membawa diri kerana pastinya tidak tertanggung rasa malu.

Selepas tidak menjawab semua panggilan telefon Nizar dan DSAI yang bimbang akan kedudukan mereka bedua, sandiwara Jamaludin dan Osman tiba-tiba diumumkan menyertai Umno. Memang itu mengesahkan mereka mencabar akuijanji sendiri jika keluar parti, maka akan mengosongkan kerusi dun.

Bagaimanapun, apabila speaker mengumumkan mereka berdua mengosongkan kerusi dan pilihanraya kecil wajar diadakan, sandiwara kedua-duanya berubah lagi.Mungkin terlupa atau tersentak. Jamal dan Osman memanggil sidang akhbar di KLIA hari ini (2 Feb) tetapi kemudian hanya wakilnya yang hadiri. Wakil itu mengumumkan mereka Jamaludin dan Osman tidak keluar PKR dan tidak meletak jawatan DUN. Jerat telah memakan diri.

Esok (3 Feb), peguam mereka akan memohon injuksi agar mahkamah menidakkan tindakan speaker Dewan Undangan negeri Perak yang mengisytiharkan kerusi mereka berdua kosong. Yang pastinya, PKR tak terima dan Umnopun tak mahu terima mereka lagi. Aduhai sekelip mata segalanya hilang begitu sahaja.

Esok juga Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan membuat keputusan dan sidang akhbar mengenai dua kerusi tersebut. Pada asasnya surat akujanji dua bekas yang berhormat itu memang boleh diguna pakai, dan SPR mesti mengambil tindakan untuk menetapkan tarikh pilihan raya, manakala injuksi itu akan diterima mahkamah dan diproses seperti biasa.

Aduhai bertambahlah kes mahkamah untuk Jamaludin dan Osman. Tengoklah nanti apa yang berlaku di mahkamah bagi perbicaraan mereka menghadapi rasuah, kerana yang pastinya Pakatan Rakyat tidak akan ambil peduli lagi, maka Umno kenalah menyediakan peguam mereka untuk membantu Jamaludin dan Osman yang selama ini Umno hina sebagai yang berhormat yang rasuah.

Hari ini Jamaludin dan Osman menafikan menyertai Umno. Sebelum diumumkan menyertai Umno, mereka berdua mengeluarkan semua barangan di pejabat masing-masing dan menyerahkan kunci kereta rasmi exco. Apa cerita yob?~ Perakdaily & PerakExpress

2 Feb 2009

Surat Akuan bersumpah ; Najib janji RM50 juta untuk lompat parti ~ Malaysiakini


Malaysiakini: 'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'

Sila baca surat-akuan-fauzi-muda ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut penglibatan pihak-pihak yang berusaha mengugut dan merasuah adun-adun PKR.



Selanjutnya

EXCO PKR Kedah dakwa diugut sertai BN ~ Malaysiakini

Dalam satu kenyataannya yang diedarkan oleh PKR, insiden-insiden yang didakwa ugutan jenayah terhadapnya termasuklah:

* cubaan menculik saya pada 17 Oktober tahun lepas,

* mengugut saya melalui pegawai saya dengan membuat beberapa panggilan telefon, antaranya pada 31 Mac tahun lalu,

* memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember lalu, dan

* menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari PKR, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Kenyataan Akhbar ADUN Bukit Selambau

2hb Februari, 2009

Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.



Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

MB Perak mengadap DYMM Sultan, Speaker telah maklum kepada SPR.

Dua perkara penting hari ini.Setelah kita menerima berita peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diumumkan , terdapat dua perkara penting yang akan berlaku pada hari ini.

PERTAMA : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dengan peruntukan kuasa dan undang-undang yang sedia ada akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang bagi diadakan semua Pilihan raya.

SPR tidak boleh mengambil kira dakwaan bekas ADUN tersebut mengenai surat peletakan jawatannya. Fokus sekarang ialah Pilihan raya kecil setelah diwartakan oleh SPR.

KEDUA : YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka mengadap DYMM Sultan Perak bagi memaklumkan kedudukan politik semasa sebagai sifatnya ketua kerajaan yang sah.

Beliau akan ditemani oleh Exco Agama, Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan saya difahamkan semuanya telah diatur.

- Y.B. DRS. KHALIL IDHAM LIM

Lebih kurang jam 10.00 pagi tadi kereta MB Nizar kelihatan memasuki Istana Kinta. Beberapa orang pemberita mulai berkampung di hadapan pintu Istana menunggu dengan harapan keluarnya MB dari sana.


Tepat jam 10.25, kelihatan kereta MB sedang meluncur keluar dari sana.Para pemberita cuba mengepung dan menahan kereta tersebut tetapi MB sekadar menurunkan cermin tingkapnya seraya berkata, “Sorry, next time..”

Kelihatan hampa semua pemberita dan jurugambar yang sejak tadi menunggu kemunculan MB Nizar untuk mendapatkan berita perkembangan yang mutakhir.

Adalah dipercayai, MB Nizar mengadap Sultan untuk memaklumkan tentang perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri , Osman Jailu ( N14 Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (N59 Behrang)

Maka dengan itu, Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi tentang kekosongan tersebut dan seterusnya SPR akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker ~ Malaysiakini

Menafikan ada hantar surat letak jawatan hari ini

[DIKEMAS KINI, 12.30 TENGAH MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.


[KEMUNGKINAN PERKEMBANGAN PAGI INI]

- Menteri Besar Perak dijangka menghadap Sultan Perak

- Sidang media PKR Perak

- Kenyataan susulan ADUN Behrang dan Changkat Jering

- Speaker DUN Perak memaklumkan SPR tentang kekosongan




Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

"Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.

"Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

MASIH ADUN PKR

"Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno," kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lalu, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

"Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan "hilang", Jamaluddin enggan mengulasnya.

Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa semalam.

mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

DISAH SPEAKER

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

REAKSI MB PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

SPR TUNGGU NOTIS

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

"(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu," katanya.

[URUTAN SEMASA SEMINGGU]:

1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.

1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.

1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LUMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

1 Feb 2009

3 Adun UMNO Perak tidak hadir meeting ~ Malaysiakini

PEMECAH BERITA – 3 ADUN GEROMBOLAN TAK HADIR

Isteri Rosmah telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya.

Isteri Rosmah ingin memberitahu kedudukan politik dalaman Perak.

Tetapi tiga orang Adun Perak TIDAK hadir.

Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).~ tUkAr TiuB

Akhirnya 2 EXCO PKR Perak letak jawatan ~ Malaysiakini

Malaysiakini : Dua Adun PKR Perak letak jawatan

[DIKEMAS KINI, 8 MALAM] PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi.Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.


Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.
Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi. - mStar

Dua Exco Kerajaan Perak jumpa Najib di Pekan? ~ Malaysiakini


Masih menjadi tandatanya? Ke manakah mereka dan benarkah Najib Tun Razak sudah menawarkan habuan yang lumayan?


WEB Malaysiakini melaporkan perkembangan terbaharu tentang desas-desus dua Exco Kerajaan Perak mahu melompat ke BN: SEJAK beberapa hari lalu, dua exco kerajaan Perak daripada PKR mencetuskan pelbagai spekulasi akan menyertai BN susulan tindakan wakil rakyat Bota, Datuk Nasharuddin Hashim meninggalkan Umno hujung minggu lepas.

Petang ini, desas-desus mula bertiup kencang bahawa kedua-duanya Jamaluddin Mat Radzi (foto, kiri) dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya.



Malaysiakini melaporkan PKR sedang memantau dengan dekat perkembangan dua exconya ini, termasuk kemungkinan berada di Pekan setelah kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri sejak empat hari lalu.Difahamkan parti itu sudah mendapat maklumat bahawa kedua-duanya "berkemungkinan besar" bersetuju meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Sumber-sumber parti itu memberitahu, BN paling cepat melalui Mohd Najib sendiri akan mengumumkan perkembangan mendebarkan ini esok - setelah ura-ura berbuat demikian petang tadi tidak berhasil.

Bagaimana pun sumber-sumber itu tidak dapat memastikan sama ada mereka berdua betul-betul berada di Pekan atau masih di Ipoh. Seorang wakil rakyat PKR di Kedah juga dalam usaha didekati untuk melompat kepada BN.

Sementara itu PKR Perak mendakwa Mohd Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata pengerusi perhubungannya Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib, termasuk menggugurkan kes rasuah mereka. "Osman menambah, beliau yakin pertuduhan terhadap kedua-dua exco Perak itu "palsu yang direka cipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik."Jika Jamaluddin dan Osman sah meninggalkan PKR, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan mentadbir dengan kelebihan satu kerusi - setelah mengambil kira penyertaan Nasharuddin. BN buat masa sekarang menguasai 27 kerusi, sementara Pakatan Rakyat 32, termasuk lapan PKR dan 18 DAP (lihat jadual).~ sanggahtoksago.blogspot

Misi Rahsia Tersirat Atas Perlantikan Dato' Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Yang Baru ~ Malaysiakini


Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru nampaknya bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Ramai pihak yang sebelum ini menganggap perlantikan Najib bakal mempercepatkan lagi kehancuran UMNO Perak. Kini mereka semakin sangsi dengan isu perlantikan tersebut, walhal Najib dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional berdasarkan kepada prestasi dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini.


Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib.~ Pahang Daily Online

Dua EXCO Perak: Apa yang berlaku? ~ Malaysiakini

Ini adalah terjemahan seba hagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”

Apa yang berlaku?


Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.
~Sumber PerakExpress

ADUN Bota : Lafaz janji tetap dengan PKR ~ Malaysiakini


TERKINI: Menurut sumber, Adun Bota, Nasharuddin Hashim akan mengadakan sidang media di rumahnya di Bota Kiri pagi esok bagi menjelaskan kedudukan dan pendirian sebenarnya berkenaan tawaran beliau menjadi Menteri Besar Perak yang baru jika dua Adun PKR tersebut melompat ke BN.

Seorang pimpinan PAS Parit memaklumkan, Ketua Bahagian PKR Parit, Usaili Alias mengesahkan Nasharuddin Hashim akan tetap bersama parti itu sekalipun terdapatnya tawaran menjadi Menteri Besar. Pagi esok katanya, Nasaharuddin akan memaklumkan pendiriannya itu kepada media.

Perkembangan lain, Anwar Ibrahim dikatakan mengesahkan bahawa terdapatnya usaha gigih dari Najib Tun Razak untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada masa sekarang. Beliau menghubungi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin ketika berlangsungnya ceramah menyambut kemenangan PAS Kuala Terengganu di Tanjung Belanja, Parit malam tadi.

Selain Nizar yang berceramah, Setiausaha Politiknya, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Malam sebelumnya, lebih 10,000 orang hadir mendengar amanat Anwar Ibrahim dan Nasharuddin Hashim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan.

Sementara itu di Kuala Lumpur terdapat desas-desus yang menyebut semua Adun BN Perak akan mengadakan pertemuan khas bersama Najib Tun Razak di ibu negara. Tempat dan masa tidak diketahui tetapi ia akan dilangsungkan pagi esok dan dipercayai membincangkan strategi mereka untuk menubuhkan kerajaan baru, jika dua exco dan dua Adun DAP berjaya "dibeli" melompat BN.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.