28 Ogo 2008

Kronologi & gambar majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen ~ Malaysiakini


9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.

9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pag:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.

12:00 tengah hari: Anwar mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberi respons kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bertanya sama ada Majlis Peguam punya kredibiliti untuk mengkaji Akta DNA. Sumber

Info
Alhamdulillah DSAI telah selamat angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. DSAI juga telah dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang. Kerusi DSAI betul-betul mengadap kerusi Kepala Batas.

Agaknya sesi depan yang bermula 13 Ramadhan/ 13 Oktober DSAI akan dudok di kerusi Kepala Batas kot.. Insyallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan