10 Dis 2008

PEMUDA BESUT @ Jamuan sambil Derma Kompleks Pendidikan Islam Besut ~ Malaysiakini

Plan Kompleks Pendidikan Islam Besut

PAS Besut sedang membina sebuah pusat pengajian Islam setinggi tiga tingkat bagi melahirkan lebih ramai hafiz melibatkan kos sebanyak RM2 juta.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh berkata, bangunan terbabit dibina di atas tapak seluas dua ekar di kampung Tok Has, Jalan Kuala Besut telah dimulakan pembinaan sejak awal september lalu.

Kelewatan pembinaan bangunan sebelum ini berpunca masalah teknikal dan sikap berdolak dalih syarikat perunding yang dilantik untuk mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Daerah Besut.

Bagaimana pun kata beliau PAS Besut kemudiannya melantik sebuah perunding dari Kota Bharu bagi melaksanakan tugas tersebut dan setakat ini perkembangan semakin lancar.

Menurutnya peruntukan awal bagi membinanya telah melibatkan kos sebanyak RM200,000.

Menurutnya sumbangan bagi membeli tanah tapak bangunan tersebut diperolehi melalui sumbangan tokoh-tokoh korporat di Kuala Lumpur.

"Jadi hari ini PAS Besut telah melancarkan punggutan derma di kalangan ahli dan penyokong di sini." katanya.

Pusat Pengajian Islam Besut itu akan mengandungi bilik sembahyang di tingkat bawah, pusat tahfiz di tingkat satu dan empat gelanggang badminton tertutup untuk wanita di tingkat tiga.

Derma boleh disalurkan ke akaun Maybank
No : 5630 4610 1804
atas Nama KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM BESUT



Ust Nik Zawawi sedang melayan jemputan yang hadir


Antara jemputan Muslimat yang hadir

Unit Amal kawasan ditugaskan menjadi 'Jurukako'

Antara jemputan yang hadir

Petugas sedang sibuk memotong daging lembu

OK tak... Ada Gaya ke?
Unit AMAL juga ditugaskan menjaga lalu lintas.

Sebahagian besi digunakan untuk tapak kompleks

Kolam Renang ke apa ni?
Tapak kompleks dipenuhi air akibat hujan yang turun beberapa hari lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan