23 Jan 2009

Hanya Polis sahaja yang mampu pulihkan imej Polis

Kes kematian A. Kugan, 23 dalam lokap di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya sememang akan menarik perhatian ramai khususnya aktivis hak asasi. Pastinya ia sekali lagi mencabar kredibiliti pasukan Polis yang kini semakin luntur lantaran sikap sebilangan kecil anggota.

Masyarakat menilai tahap perkhidmatan yang diberikan berdasarkan apa yang terhasil maka bila kes sebegini berlaku pasti tiada pihak lain yang dipersalahkan melainkan pihak Polis juga.

Kejadian berlaku dalam premis mereka dan media yang sempat merakamkan keadaan mayat mangsa jelas menjadi saksi bahawa sesuatu kezaliman telah dilakukan pada mangsa.

Sama ada mangsa bersalah atau tidak, ianya tidak sempat diputuskan kerana mangsa mati ketika masih dalam siasatan. Polis berhak menyiasat dan mencari bukti ke atas tahanan mereka namun, tidakkan yang melampau bukanlah bidang kuasa Polis.

Dalam kes A. Kuhan ini Polis akhirnya terperangkap dalam kegopohan mereka. Maka cara yang terbaik adalah dengan melakukan siasatan terperinci dan menubuhkan Suruhanjaya siasatan khas agar kes ini dapat diselesaikan.

Apa yang penting adalah tindakkan segera agar imej Polis dapat dipulihara kerana masyarakat kini sudah semakin sangsi dengan pihak Polis. Adakah mereka menyelamatkan rakyat atau menakutkan rakyat.

Jauh disudut hati kebanyakkan anggota masyarakat masih menaruh harapan agar imej Polis dapat diperbaiki dan hanya pihak Polis sahaja yang dapat lakukan perubahan itu.

Semoga selepas ini kita tidak lagi mendengar aduan kematian mengejut sebegini atau deraan yang kejam dibalik pintu Balai Polis. Setiap penjenaya harus dihukum, tapi biarlah hukumannya menurut aturan perundangan dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Penjenayah tetap penjenayah. Tapi Polis jangan pula jadi macam penjenayah. Rakyat beri kepercayaan pada, Polis maka ambillah peluang itu untuk buktikkan yang tanggapan negatif itu sebenar tidak benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan