24 Mac 2009

PPSMI : 5 Bilion, 5 Bilion, 5 Bilion......

Dalam pertemuan dengan Menteri Pelajaran pada 19 Mac 2009 itu Dato’ Dr Hassan Ahmad dan Dato A. Samad Said menceritakan bahawa Menteri berulang-ulang kali menyatakan Kementerian sudah membelanjakan berbilion RM. Ada yang mengatakan RM 3.2 bilion, dan ada yang mengatakan RM 5 bilion. Katakanlah puratanya diambil, iaitu RM 4 bilion.

Jumlah RM 4 bilion itu lebih tinggi daripada belanja membina bahasa Melayu semenjak Merdeka hingga sekarang.

Semalam, 23 Mac 2009, semasa mesyuarat ahli jawatan kuasa GMP di Rumah Pena, SN Dato' A Samad Said melaporkan kesan yang diterimanya daripada pertemuan antara beliau dan Dato' Dr. Hassan Ahmad dengan menteri pelajaran Dato' Hishamuddin Hussein pada 19 Mac 2009.

Dato' A Samad said memberitahu bahawa beliau mendapat kesan menteri pelajaran itu mahu meneruskan dasar PPSMI disebabkan faktor wang.

Menurut sasterawan negara itu, sepanjang pertemuan tersebut, si menteri berkali-kali mengulang-ulang hujah sudah banyak wang dibelanjakan bagi melaksanakan PPSMI.

Bekali-kali beliau menyebut 5 bilion, 5 bilion, 5 bilion.

Dengar betul-betul, kami sokong GMP!

Dengar betul-betul Dato', siapa kata Cina tidak sokong GMP!

Dato ingat apa Menteri kata ....

Kita sudah berbelanja berbilion-bilion RM.



Kita sudah berbelanja berbilion-bilion .... 3.2 bilion .. er.  5 bilion RM

Kita sudah berbelanja berbilion-bilion .... 3.2 bilion .. er. 5 bilion RM

Banyaklah, sampai tidak terkira siapa yang dapat kontrak …

Tetapi sebenarnya belum cukup ...

Tetapi sebenarnya belum cukup ...

Kita perlu sambung PPSMI suapaya banyak lagi kontrak …

Supaya lebih banyak kontrak dapat diagihkan ...

Supaya lebih banyak kontrak dapat diagihkan ...

Yalah … ya salam … selamat wang negara!

Ya, betul ...

Ya, betul ...

Bantu kami, sokong kami, anak-anak luar bandar ….

Kanak-kanak di hutan dan luar bandar ...

Kanak-kanak di hutan dan luar bandar ...

Kah, kah …. Eleh kamu ini dalam bahasa apa pun fail … tak payah.

Kah kah ...

Kah kah ...

Nota: Cerita bergambar ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada sebarang kaitan dengan orang yang masih hidup atau sudah mati. Perseirasan adalah kebetulan sahaja. Kreativiti hujung minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan