SUNGAI PETANI [5.00 am] - Calon bebas,
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid (foto) menganggap kekalahannya di kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebagai keputusan rakyat tetapi tidak menjangka akan kehilangan deposit. Katanya beliau tidak menyesal bertanding tetapi tidak lagi bercadang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Saya sedang menimbang untuk kembali menyertai UMNO selepas Tun Dr Mahathir memohon menyertai semula parti itu," katanya semasa ditemui di pusat pengiraan undi di
Sekolah Menengah Teknik I di sini, malam Selasa. Bekas ahli jawatankuasa UMNO bahagian Merbok itu memperolehi undi terbanyak di kalangan
13 calon bebas yang bertanding iatu
528 undi. Anuar berkata, beliau kembali menyokong Barisan Nasional (BN) kerana yakin bahawa hanya BN boleh membawa perubahan kepada rakyat. ~ Pahang Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan