Menerusi blognya Datuk Ong Tee Keat memaklumkan BN bersedia untuk tidak meletakkan calonnya bagi memastikan parti itu menumpukan perhatian, masa serta tenaga untuk memperkuatkan negara. Tambahnya rakyat tlah memberi mesej jelas pada pilihanraya baru-baru ini BN perlu melakukan perubahan lebih banyak untuk dinikmati oleh rakyat. Adalah hak BN untuk tidak bertanding tetapi tidak menolak kemungkinan adanya calon Bebas yang masuk bertanding.
PPP turut menyokong penuh keputusan BN untuk tidak bertanding. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum ini juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengumumkan Jumaat ini kekosongan kerusi DUN penanti serta tarikh penamaan calon dan menngundi di DUN berkenaan. - Greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan