Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan sempena kemenangannya menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.
Ketika ditemui dalam sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.
"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya
Majoriti PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kali ini meningkat kepada 2,789 undi berbanding 1,566 undi yang diraih oleh calon PAS Haji Ruslan Saharum pada Mac 2008.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.
"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.
Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.
Keputusan diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.
BN kalah, Salah siapa kali ini?
BalasPadamPak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.