Saya bersama ADUN PR dalam perjalanan dari pejabat DAP-Ipoh ke IPD Ipoh untuk membuat laporan Polis mengenai insiden di DUN kelmarin.
Saya bersama ADUN-ADUN lain akan melaporkan mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN kelmarin.
YB.Sivakumar bersama ADUN Sungkai, YB.Sivanesan sedang membuat laporan.
Speaker Perak sedang berada di IPD Ipoh membuat Laporan Polis mengenai insiden DUN Perak yang disaksikan seluruh dunia dan ia amat memalukan
ADUN Pakatan Rakyat berada di ruang legar IPD Ipoh.
Gambar aksi ADUN Jelapang menyembur mata terhadap ADUN Aulong
Saudara Muthu yang ditangkap,dipukul, digari dan dipulas tangan hingga cedera membuat Laporan polis di IPD Ipoh. Beliau dibawa ke kem FRU dekat stadium Ipoh dan dilepaskan jam 5 petang kelmarin. Di sebelah beliau ialah Ustaz Misbah dan ADUN Kepayang, YB Loke
Salam...
BalasPadamSalam Hormat...
Salam Revolusi...
Buat apa la susah-susah pergi buat aduan polis...
Bukannya laku pun...
PR yang ramai peguam pun tak tahu ke???
Pelik2...
Emosi dah kawal diri...
Nak buat macam mane lagi kan...
Dalam ARTIKEL 63(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Undang-Undang tidak memberi kesan kepada wakil rakyat sekiranya:
1.Sesi dewan sedang dijalankan.
2.Wakil rakyat terlibat dalam perbincangan dan debat dalam dewan
3.Wakil Rakyat terlibat dalam sesi undi dalam dewan.
Kita kena ingat semua undang2 yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dengan sendirinya terhapus...
Maka, tidak gunalah laporan polis yang membuang masa itu...
Buat laporan Polis?.... Wakaka..wakaka.. Wak wartamaya ketawa.
BalasPadamPolis mana yang akan ambil tindakan? Laporan yang membazir masa dan sia-sia!