11 Jul 2009

Urusan harian dengan memburu syurga, pahala



Solat Sunat Dhuha yang dipimpin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi dihadiri kira-kira 600 jemaah. Solat sunat yang didahului dengan tazkirah Dhuha itu diakhiri dengan solat sunat Dhuha, bacaan doa dan jamuan pagi bersama dengan Tok Guru di perkarangan masjid Sungai Peria.

Dalam tazkirah yang disampaikan Tok Guru itu, beliau mencadangkan agar penganjuran aktiviti ibadah seperti itu kerap diadakan.

Beliau berkata tempat tumpuan masyarakat seperti pasar-pasar juga tempat yang bersuaian untuk dibina masjid atau surau supaya orang-orang yang sibuk dengan urusan harian mereka juga tidak ketinggalan mengingatkan diri mereka dengan syurga dan pahala.

Beliau juga menambah bahawa Solat sunat Dhuha di antara solat sunat yang sering dilakukan oleh nabi s.a.w.

"Tidak kiralah samaada baginda di rumah ataupun di mana saja, sekurang-kurang rakaat Dhuha yang pernah dilakukan oleh nabi s.a.w adalah 2 rakaat dan sebanyak-banyak rakaat Dhuha nabi adalah 8 rakaat," ujar Menteri Besar Kelantan itu.

Mendefinasikan rezeki yang berkat itu adalah rezeki yang boleh membawa pahala ke akhirat, tok guru menasihatkan ianya bukan sekadar rezeki yang hanya memenuhi keperluan hidup di dunia, tetapi membawa pahala untuk akhirat nanti.

Mengakhiri tazkirah itu,Tok guru menyarankan rakyat Kelantan supaya selalu melakukan amalan solat sunat Dhuha dan bermohon kepada Allah agar sentiasa diberkati setiap rezeki yang diperolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan