25 Feb 2010

Mesir perketat benteng Gaza.

Mesir terus memberi tekanan dengan membina benteng bawah tanah yang menghubungkannya dengan Semenanjung Gaza, di wilayah Palestin. Usaha itu adalah untuk menutup lebih daripada 1,000 terowong penyeludupan yang merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan Gaza kepada dunia luar. Mesir dan Israel memperhebat pengepungan ke atas Gaza sejak Hamas menang besar dalam pilihanraya Palestin 2006.

Terowong-terowong tersebut membolehkan Hamas mengelakkan impak terburuk akibat pengepungan itu. Sekiranya Mesir berjaya membina semua bentengnya, ia bermakna talian hayat Gaza ke dunia luar akan tertutup sepenuhnya dan dikhuatiri memberi ancaman kepada sedikit ketenangan yang dialami sejak berakhirnya Perang Gaza pada Januari 2009. Peperangan tersebut berlaku selepas Hamas dan Israel berbalas tembakan selama 6 bulan disebabkan Israel meneruskan agenda pengepungannya ke atas penduduk Gaza. Hamas tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meneruskan penentangan.

Pertumbuhan aktiviti di dalam terowong itu selepas perang walaupun menyebabkan Hamas perlu mengangkat senjata, tetapi telah membolehkan kedua-dua pihak mengelakkan membuat perjanjian yang sukar tanpa perlu mengalami krisis kemanusiaan atau keganasan yang lebih teruk. Tahun lepas merupakan antara tahun yang paling kurang berlakunya keganasan di sepanjang sempadan itu.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan