18 Feb 2010

Setpol menteri dilepas dengan jaminan RM50,000


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang setiausaha politik (Setpol) kepada seorang menteri yang telah ditahan reman selama lima hari mulai 12 Februari lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin pada 14 Februari setelah percakapannya diambil.

SPRM juga mengesahkan suspek telah ditahan pada 11 Februari lalu di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini menyebut, turut disita bagi membantu siasatan ialah sebuah kenderaan dan sejumlah wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan