Khairy hari ini membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.
Beliau berkata, "Tujuan utama saya buat report polis ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini sebenarnya adalah satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya".
Khairy juga mengatakan, mereka (dengan penulis) hanya bertemu pada 17 Feb lepas di pejabatnya. Beliau juga telah diugut agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan. Bagaimanapun, beliau enggan membayarnya.
Penulis terbabit juga mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh2 politik beliau dalam UMNO. Buku ini juga dakwanya telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas lagi.
Penulis Buku Peras Ugut Khairy Jamaluddin
The Malaysianinsider melaporkan Khairy Jamaluddin mendakwa seorang penulis buku politik yang terkenal, Yahya Ismail, telah mengugutnya RM100,000 jika dia tidak mahu buku mengenainya ditulis dan diterbitkan.
Buku itu kini sudah diposkan ke semua alamat rumah perwakilan Pemuda UMNO
22 Mac 2009
KJ Buat Laporan Polis
MSO :Benarkah Yahya Ismail ugut khairy?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan