Risau juga apabila lihat Utusan Malaysia 6/9/08, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang bermesyuarat semalam berdiri teguh di belakang Datuk Ahmad Ismail Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera supaya jangan minta maaf isu orang China kaum pendatang yang beliau sebut dalam ceramah ketika kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh 23 Ogos 2008.
Dulu isu pergaduhan antara Lim Kim Sai Timbalan Presiden MCA juga Menteri Boroh dengan Umno isu yang sama juga, iaitu isu pendidikan sekolah China dan tuduhan Melayu juga kaum pendatang. Pemimpin Umno pun naik minyak mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA.
Kebetulan waktu itu Umno menghadapi masalah dalaman selepas team A pimpinan Dr Mahathir dan team B pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Dr Mahathir menang tipis dengan kelebihan tidak sampai 50 undi. Kemudian Umno diharamkan oleh mahkamah, Sekarang Umno Baru, Umno asal 1946 sudah berkubur di zaman Mahathir.
Sekarang apabila timbul isu perkauman maka masalah dalaman selesai sekejap kerana hendak berlawan dengan musuh di luar. Sekarang Umno /BN menghadapi masalah dalaman yang tidak berpadu, hanya menunggu masa untuk meletup bagai bom jangka waktu. Masing-masing hendak menjadi hero bangsa masing-masing untuk hendak meraih sokongan politik. Kita bimbang kalau perkara ini berulang yang menjadi mangsa ialah pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak berdosa direhatkan di Kemunting. ~ Ust Idris Ahmad
Salah seorang anggota rombongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Barisan Nasional ke Taiwan, Huan Cheng Guan menghantar notis melalui SMS meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda BN Pulau Pinang jam 12.30 tengahari tadi.
Beliau mengambil tindakan itu selepas tidak bersetuju dengan tindakan para penyokong Datuk Ahmad Ismail yang mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon di Menara Umno Pulau Pinang semalam.
Ahmad dengan disokong oleh kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang turut mendesak Gerakan dipecat dari BN. (Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).
Cheng Guan yang merupakan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang menghantar notis itu kepada pemimpin BN serta Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamudin Tun Husein. Salinan notis itu juga dihantar kepada media tengahari tadi.
41 anggota Parlimen BN serta beberapa pegawai (termasuk Cheng Guan) dalam siri lawatan ke Taiwan mulai semalam.
Lawatan ini disifatkan sebagai tindakan 'panik' BN untuk menghalang anggota Parlimen mereka menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan baru yang dijadualkan 16 September ini. ~ Nyatakan Kebenaran
Walaupun mungkin '16 September' bukanlah tarikh yang bakal menjadi tarikh keramat perubahan kerajaan yang dihasratkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato'Seri Anwar Ibrahim, namun umum tidak lepas dari membincangkan pro dan kontra peralihan kerajaan.
Pelbagai pandangan disuarakan pelbagai peringkat pemimpin, dari kerajaan hingga pembangkang yang rata-ratanya dilihat begitu teruja untuk mengulas isu '16 September' dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi paling 'tegas' menyatakan ia tidak akan terjadi.
. Begitupun, Anwar bersama Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tegas dengan pendirian bahawa perubahan perlu berlaku, dan proses ke arah pembentukan kerajaan baru itu bagi mereka mengikut landasan yang telah ditetapkan.
Seperti kata Husam, bahawa perubahan kerajaan kepada kerajaan baru ini adalah amat penting kerana ia adalah berdasarkan kepada 'mood' rakyat yang tercerna ketika ini yang rata-ratanya bosan dengan kelemahan pemerintahan Abdullah.
Abdullah paling jelek di pandangan mata rakyat apabila kerap kali dikaitkan dengan isu pentadbiran berasaskan 'tingkat 4' seperti kata Tun Mahathir Mohamad bahawa Abdullah berpaksikan menantunya, Khairy Jamaluddin.
Namun pandangan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali yang kurang yakin dengan tarikh '16 September' tidak perlu dipinggirkan memandangkan Mustafa berpengalaman bersama-sama Perikatan membentuk kerajaan tanpa pilihan raya (dengan penggabungan) pada tahun 1973.
Namun secara umumnya, PAS sendiri seperti kata Mursidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu tetapi komited ke arah perubahan kerajaan menggantikan kerajaan yang ada hari ini.
Menarik jika diselami kenyataan Husam yang menyimpulkan semua ramalan dan rumusan berhubung 16 September dengan sebaris ayat 'Pakatan Rakyat adalah manifestasi rakyat untuk melihat kerajaan yang lebih adil bersih dan baik'.
Pastinya, seluruh mata akan tertumpu kepada tanggal 16 September ini yang jatuh pada hari Selasa bersamaan 15 Ramadan, samada sejarah akan tercipta dengan Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya.
Namun terdengar di telinga penulis, rakyat pastinya mahukan perubahan kerana perubahan sahajalah yang boleh membawa sedikit sinar baru dalam perjalanan hidup mereka yang 'rebah' kerana kepintaran pengurusan ekonomi 'kerajaan tiga beranak'.
Tempat : Dewan Perhimpunan China Selangor – Jalan Maharaja Lela
Hari : Rabu 10hb September 2008
Waktu : 8.30 malam
Ahli Panel:
Sdr.Ng Chong Soon - Dewan Perhimpuan China Sdr. Saifuddin Nasution – Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat Sdr. Yong Teck Lee - Presiden Sabah Progresif Parti ( SAPP) Sdr. Zaid Kamaruddin - Presiden Jamaah Islam Malaysia ( JIM) dan…. Tukar Tiub – Non Govermental Individual ( NGI)
Berita terbaru, Paklah telah memberi lampu Hijau agar Isu perkauman kembali dimainkan menjelang 16 September, bukan sahaja untuk menghalang pertukaran Kerajaan 16 September tetapi selepas Kerajaan Baru andainya dibentuk selepas 16 September.
Amaran Paklah awal minggu lepas bahawa ” Beliau akan Pastikan perubahan16 September tidak Berlaku” bukan gertakan olok olok, ia satu bentuk Dendam kesumat yang bersedia menggunakan apa sahaja cara agar pertukaran Kerajaan ini tidak berlaku.
itu lah sebabnya Ahmad Ismail kini bukan sahaja tidak tunduk selepas perjumpaan dengan Paklah tetapi menjadi lebih racist berbanding sebelumnya.sehinggakan para penyokongnya menjeritkan perkataan “Bunuh Koh Tsu Kon” “tembak Koh Ts Kon” sambil mengoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut Semua bahagian Umno Pulau Pinang menyokong Ahmad Ismail termasuk Kepala Batas kawasan Perdana Menteri.
Andainya Ahmad Ismail itu adalah ahli DAP sudah pasti kini dia sudah berada dalam ISA, seperti rakan rakan Hindraf.
Jangan lupa Hindraf pun adalah angkara menantu Paklah pada awalnya.
Bila isu Hindraf menjadi semakin hangat dan didalam Blog mendedahkan menantu Paklah adalah dalangnya , bukan sahaja pemimpin Hindraf ditaha ISA tetapi menantu Paklah menghilangkan diri.
Ketika itu sms sudah bertiup kencang bahawa Pakida akan berkumpul di Kampung baru.
Dulu Umno mencuba dengan kaum India, kini mereka kembali mencuba dengan kaum Cina.
Andai sebelum ini permainan perkauman dengan India menghasilkan Tsunami pertama apakah kali ini permainan mereka akan memerangkap mereka sendiri, akan berlakukah Tsunami kedua?
PEKIDA SIAP SEDIA BUAT HURU HARA!!!
Pada 2.9.2008 kita dikejutkan dengan kematian ketua JKKK, Taib Ali 65 yang juga ketua Pekida kawasan tersebut yang ditembak mati orang yang tak dikenali, malah di Kota Bharu seorang ketua calon ketua cawangan pula disimbah asid, berita ini cuba dijadikan berita utama seolah olah huru hara berlaku.
Ia cuma satu Plot untuk adegan yang lebih ganas selepas ini.
Mereka sudah bermula meniup semangat perkauman, termasuklah isu pemberian 400hektar tanah untuk sekolah Cina oleh kerajaan Pakatan Perak ia cuba dijadikan bahan berita hampir setiap hari oleh akhbar agen perkauman iaitu Utusan.
Diberitakan Pekida kini diminta bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan, kerana mereka bukan sahaja bakal membuat huru hara sebelum 16september tetapi selepas kerajaan baru dibentuk.
Ini dilakukan atas sebab kononnya kuasa Melayu kini sudah hilang apabila jumlah kerajaan baru Pakatan Rakyat nanti majoritinya adalah dikalangan bukan Islam.
Mereka akan cetuskan huru hara. semangat perkauman akan ditiup bertalu talu.
Agar kerajaan baru nantipun tidak stabil.
Ada pemimpin Umno kini sudah mula mengadu domba kepada raja raja Melayu dengan Fitnah kerajaan yang ada nanti adalah terdiri dari majorii bukan melayu dan akan menghakiskan kuasa melayu dan kuasa raja raja.
Bila kita sebut Pekida anda harus ingat ia termasuklah dikalangan unit cawangan Khas PDRM.
Mereka kini bersiap sedia untuk ke jalanraya untuk mencetuskan ketegangan kaum.
Paklah kini seperti membiarkan ianya terjadi atas sebab mahu mempertahankan kuasa.
Mungkin Ezam masih ingat bagaimana Polis dalam soal siasatnya semasa dia di penjara dengan mengatakan andai Keadilan Menang Polis akan turun ke jalanraya untuk menggulingkan Kerajaan baru Keadilan.
Malam ini Ezam akan meniupkan semboyan perkauman melalui siri Hujjah TV9 tentang kononnya Melayu ditindas dan bakal dipijak bangsa lain.
Dan anda jangan terkejut seterusnya akan merebaknya isu perkauman selepas ini, mereka bersiap sedia untuk itu.
Khairy dan Ezam kini adalah proksi yang meniupkan api perkauman, mereka bercakap bukan kerana Melayu, tetapi kerana Kuasa, mereka ingin mempertahan kan kuasa, langkah terakhir mereka adalah dengan mencetuskan semangat perkauman.
PAS sebagai parti berpaksikan Melayu harus segera membuat satu kenyataan dan ketetapan sebelum semua masyarakat Melayu diheret ke kancah peperangan kaum.
Saya melihat ianya kini semakin bahaya.
Hanya Presiden PAS dan Ulama’ seperti TG Nik Aziz boleh menghalang usaha jahat yang mahu menimbulkan api perkauman, ia dirancang dari tingkat 4 Putrajaya bagi mempertahankan seorang tua gila kuasa di tingkat 5.
Pemuda Gerakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Dato' Ahmad Ismail yang didakwa mempunyai unsur hasutan dan berbau perkauman.
Bernama melaorkan, laporan itu dibuat Pengerusi Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong H'ng Khoon Leng di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 12.30 pagi.
"Saya harap kes ini akan disiasat dengan adil dan secepat mungkin, kita yakin dengan kecekapan polis," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Kenyataan Ahmad yang dilihat lebih bersifat 'serangan peribadi' itu didakwa telah menyentuh sensitiviti masyarakat Cina di negara ini.
Semalam Ahmad mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan pendiriannya yang tetap tidak mahu memohon maaf kepada masyarakat Cina terhadap kenyataan yang di buat semasa ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ketua Polis Negeri Dato' Ayub Yaakob ketika ditemui pemberita mengesahkan ada menerima laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Gerakan berhubung kenyataan Ahmad dan polis akan membuka fail siasatan mengenainya
Ini kenyataan Ahmad di dalam sidang akhbar hari ini ...
"Kami bersyukur YAB Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) faham tentang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.
"Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini," kata Ahmad.- malaysiakini
Dan selepas sidang akhbar itu ....
Bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.
Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.
Ini perangai ahli UMNO .... Ahmad dan Zainol wajib di ISA kan. Niat mereka untuk menimbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu.
Yang menarik .. Pak Lah di babitkan bersama, merujuk kepada arahan Pak Lah untuk Ahmad membuat sidang akhbar.
Najib di lapurkan akan bertemu Ahmad esok untuk membincangkan insiden tersebut. Apakah tindakan Pak Lah selepas ini? Peristiwa ini di siarkan oleh media ke seluruh negara. Kemungkinan wartawan akan cuba menemubual Koh Tsu Koon dan melaga lagakan antara mereka.
Aku kata ..... ISA kan beruk beruk UMNO tu... Kalau tidak ... maknanya UMNO kebal pada ISA. Dan ... kerana mangkuk hayun beberapa ekor ni ...ia merosakkan nama Melayu seluruhnya.
dan ini kata Pak Lah ...
"Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya," - bernama
Kami memuatkan ucapan Almarhum Prof. Zulkifli Muhammad khas kepada Wakil Rakyat dalam Laman Web ini. Ucapan ini sepatutnya didengar oleh MB, Exco dan Wakil Rakyat PAS kerana mengandungi peringatan dan nasihat kepada mereka.
Ini adalah ucapan yang terakhir allahyarham yang disampaikan dihadapan ADUN Kelantan selepas kemenangan pada pilihanraya tahun 1964. Ucapan ini dibuat di majlis melantik Ahli Mesyuarat kerajaan Negeri Kelantan selepas pilihanraya tersebut.
Dalam perjalanan pulang dari program inilah dikatakan yang beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya di Kuantan. Kemalangan tersebut berlaku pada 6 Mei 1964 yang turut mengorbankan isteri beliau Ustazah Asiah Kamaruddin.
Antara lain beliau menegaskan,
"Kita tidak kurang tukang angguk,kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng."
"Lantikan inilah tempat-tempat ini subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita apa yang akan kita buat diwaktu kita menghadapi ini semua yang akan kita buat adalah berpegang kepada keikhlasan kita, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebagang kepentingan yang lain dari itu."
Semoga boleh dijadikan panduan dalam mentadbir kerajaan negeri. ~
Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) memulakan lawatan sambil belajar ke Taiwan petang ini - program 'bercuti' yang mencuri perhatian banyak pihak sejak pertengahan minggu lalu, - tetapi hanya melibatkan 49 anggotanya.
Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang masing-masing sepuluh orang dan bakinya dari Semenanjung.
Daripada jumlah itu, 41 wakil rakyat berlepas hari ini manakala yang lain esok termasuk Pengerusi BN-BBC, Datuk Seri Tiong King Sing.
Rombongan hari ini menaiki pesawat China Airlines and Cathy Pacific masing-masing pukul 2.20 petang dan 1.45 petang.
Antara Ahli Parlimen yang menyertai program itu ialah Datuk Ismail Kasim (Arau), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Matulidi Jusoh (Dungun), Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Lee Chee Leong (Kampar), Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Ismail Haji Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Md Sirat Abu (Bukit Katil), Datuk Baharum Mohamad (Sekijang), Chua Tee Yong (Labis), Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara), Tan Ah Eng (Gelang Patah), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Ismail Haji Abdul Muttalib (Maran) dan Abdul Rahman Bakri (Sabak Bernam).
Manakala dari Sabah dan Sarawak pula ialah Datuk Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Dr Makin @ Makcus Mojigoh (Putatan), Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin (Papar), Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi), Datuk Chua Soon Bui (Tawau), Datuk Juslie Ajirol (Libaran), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Sapawi Haji Amat Wasali (Sipitang), Raime Unggi (Tenom), Nancy Haji Shukri (Batang Sadong), Masir Anak Kujat (Sri Aman), William @ Nyallau Anak Badak (Lubok Antu), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Datuk Richard Riot Anak Jaem (Serian), Ago Anak Dagang (Kanowit), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Hasbi Habibollah (Limbang), Henry Sum Agong (Lawas) dan Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).
Ia dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi BN-BBC yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang ditemui di KLIA, Sepang pagi tadi.
Sebelum ini, BN-BBC yang mempunyai 78 anggota telah merancang untuk mengadakan lawatan selama 12 hari bermula semalam.
Malah, sebelum ini ini program tersebut banyak dikaitkan dengan 'usaha menghalang' sasaran pembangkang membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September ini.
"Mereka yang tidak pergi ada komitmen lain. Lawatan ini tiada kaitan dengan sasaran Pakatan 16 September ataupun ura-ura melompat parti.
"Hanya lawatan sambil belajar bagi mendalami bidang pertanian. Masanya adalah secara kebetulan, lawatan ini sudah dirancang tiga bulan yang lalu," kata beliau kepada wartawan di KLIA.
Semalam, Tiong berkata, pihaknya memutuskan untuk memilih Taiwan, bukannya China disebabkan kesuntukan masa.
“Memang pada asalnya kami hendak melawat China tapi kerana masa tidak cukup untuk menguruskan visa, kami mengambil keputusan untuk ke Taiwan,” kata beliau kepada mStar Online.
Jelasnya, disebabkan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan akan menyambut Aidilfitri awal bulan depan, maka tempoh lawatan itu dipendekkan menjadi lapan hari.
Bagaimanapun jelas Tiong, mereka akan tetap ke China dalam lawatan akan datang, kemungkinan selepas berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat semasa.
Hanya dua ahli Parlimen termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah mulai semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menafikan lawatan sambil belajar BN-BBC itu ada kaitan dengan strategi BN menghalang usaha Pakatan Rakyat yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan.
Sementara itu semalam Bung Mokhtar menjelaskan kepada mStar Online bahawa: "kita akan ke sana (Taiwan) tengah hari esok, selama lapan hari."
Terdapat segelintir ahli Parlimen pula tidak dapat menyertai lawatan itu kerana menunaikan umrah dan akan mengikut lawatan kerja menteri ke luar negara, jelas beliau.
Bung Moktar berkata, beliau dan Tiong sendiri akan turut serta dalam lawatan itu yang bertujuan untuk meneroka teknologi pertanian dan perindustrian.
Tambah beliau, semua anggota yang menyertai lawatan tersebut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 11 pagi ini.
Program kelab itu akan diuruskan oleh Pejabat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, kata beliau.
Ditanya sama ada lawatan itu ditaja oleh mana-mana pihak, Bung Moktar berkata, semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka.
Minggu lalu, timbul desas-desus ahli-ahli Parlimen BN akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.
Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya komen mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang beliau akan menemui ahli BN-BBC selepas mereka pulang bercuti daripada lawatan sambil belajar itu, Bung Mokhtar berkata:
“Benda ini hanya omong kosong. Anwar suka buat gempar saja. Selama ini pun kita tidak ke mana-mana.”
Jelasnya, dalam sejarah Malaysia belum ada kerajaan yang dibentuk dengan membeli ahli Parlimen dari parti yang memerintah.
“Dalam perlembagaan sudah termaktub perkara bentuk kerajaan ini kena gunakan cara yang betul bukan suka-suka,” katanya. ~Mstar
Berita tentang "lawatan sambil belajar" secara tergesa-gesa yang dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ke luar negara sebenarnya jelas sekali menunjukkan ketakutan yang teramat kepada pucuk pimpinan parti karat itu. Kenyataan yang dibuat oleh PM Pak Lah dan TPM Najib jelas sekali menggambarkan mereka begitu "gelisah dan tidak tenteram" disaat ini. Ura-ura lebih 45 orang ahli parlimen BN mahu sertai Pakatan Rakyat telah menyebabkan kedua-dua pemimpin ini "tidur tak lena". Mereka begitu gusar akan kehilangan kuasa 16 September ini. Lantaran itulah mengarah, malah mewajibkan semua ahli parlimen BN menyertai lawatan tersebut jika tidak mahu diambil tindakan. Maklumat terkini diterima, kemungkinan besar semua ahli parlimen terbabit diarahkan berkampung di Taiwan. Kabaran yang diterima, mana-mana ahli parlimen yang menolak akan diberikan tekanan malahan hingga mencapai kepada tahap "ancaman". Jika ini benar, memanglah lawatan sambil belajar itu ada kaitannya dengan 16 September. Tambahan pula tarikh yang ditetapkan ialah bermula 7 hingga 19 September 2008 ini. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat, macamlah rakyat bodoh dan bangang seperti puak-puak mereka itu.
Bila difikirkan balik, sesungguhnya lawatan sambil belajar yang dibuat secara tergesa-gesa ini jelas sekali bercanggah dengan hasrat Pak Lah selama ini. Mana mungkin dikala rakyat sedang merana dengan berbagai masalah semua ahli parlimen BN dibenarkan ke luar negara. Bukankah belanjanya juga menelan jutaan ringgit. Itu belum lagi termasuk duit poket yang akan diberikan kepada mereka sebagai "ole-ole" dan "hadiah" kerana setia kepada BN. Apakah begitu mudah lawatan ke luar negara boleh diadakan, dalam masa yang sama Pak Lah mengatakan beliau tidak tahu ke negara mana BNBBC akan pergi. Munasabah atau tidak semua ini?. Alangkah cikgu sekolah yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-muridnya pun perlu menyediakan kertas kerja dan melaporkan semua destinasi yang ingin ditujui. Bahkan semua permohonan perlu diserahkan kepada pihak sekolah, JPNP, JPJ serta lain-lain agensi terbabit sebelum diluluskan. Inilah prosedur yang sepatutnya. Tapi, hairan bin ajaib, Kelab Penyokong Kerajaan boleh mengadakan lawatan sambil belajar secara "ad hoc" tanpa diketahui "arah tuju".
Bukankah kepatusan ini sebenarnya ada kaitan dengan 16 September. Pak Lah seboleh-bolehnya tidak mahu membenarkan mana-mana ahli parlimen berkenaan bertemu dan mengadakan perbincangan sulit dengan Anwar. Beliau begitu resah melihat dan membaca berita serta laporan tentang perkara ini. SMS, email dan laman-laman blog banyak menghuraikan perkara ini. Lantaran itulah Pak Lah memilih jalan selamat dengan memaksa anak-anak buahnya ke luar negara. Sesuatu yang tidak masuk akal, lawatan keluar negara diadakan pada bulan puasa. Macam lah tiada msa yang boleh dibuat selepas raya atau sebagainya.
Bukti jelas menunjukkan bahawa semua perancangan ini adalah diatur oleh Khairy Jamaluddin dan juga abang iparnya Kamaluddin Abdullah itu. Sebab itu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh, kelibat Khairy tidak jelas kelihatan. Baik di TV mahupun didada akhbar. Kabarnya Khairy "demam" memikirkan nasib dan masa depannya jika Pak Lah tersungkur !!. Beliaulah adalah punca segala-galanya. Maka itulah Khairy merencanakan semua pelan agar ahli parlimen BN "dikuarantin" supaya mereka tidak dapat berbincang serta bertemu Anwar. Khairy terlalu "yakin" yang hasrat Anwar akan tercapai, sama seperti kemenangan besar mantan TPM itu di Permatang Pauh baru-baru ini. Namun begitu, melihat kepada perkembangan terkini kemungkinan besar mereka yang sudah sepakat untuk bersama Anwar tidak akan terpengaruh dengan pujukan Khairy itu. Ini bermakna, kerajaan BN akan tumbang dalam masa terdekat ini. Jika ini berlaku, maka sekali lagi kita akan melihat kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah mereka diluar negara, kerana sudah pasti 45 orang ahli parlimen yang akan melompat tetap akan bersama Pakatan Rakyat sebenarnya. Kerja kebih mudah dan mereka semua akan "melopong" selepas ini !!~ Cucumatkilau
PEMUDABESUT: Pelik & Ajaib; Makanan yang tak dijumpai pada bulan lain akan dijumpai pada bulan Ramadhan. Contoh : Puteri Mandi, Batang Buruk, Martabak Raja & Air tuak dll.
P/s : Pemudabesut dah 2 tahun mengidam martabak raja....
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.
Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato' Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin Umno Pulau Pinang.
Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman Umno yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) pada Februari lalu tidak sah.
Ia diumumkan di Kota Kinabalu pagi tadi.
Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 awal tahun ini.
Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.
Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menentukan tindakan susulan selepas dua minggu.
"Tan Sri Joseph Kurup mempunyai masa selama 14 hari untuk membuat rayuan. Jika tiada rayuan SPR akan adakan pilihan raya (kecil) dan jika ada rayuan, kita kena tunggu enam bulan lagi untuk mengetahu perkembangan lanjut," kata beliau.
Kata beliau lagi, rayuan jika dikemukakan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa enam bulan.
Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.
Bagaimanapun hakim mahkamah tersebut ketika menetapkan tarikh itu bulan lalu ada menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan jika keputusannya diumumkan lebih awal.
Petisyem didengar oleh Hakim Pilihan Raya, David Wong Dak Wah.
Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.
Kurup juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menang pada hari penamaan calon 24 Februari lalu di Dewan Majlis Daerah Nabawan.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.
“Semua orang ada cara sendiri membuat countdown ke 16 Sept, hari di mana Anwar Ibrahim dikatakan akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.”
SMS berikut adalah sebahagian daripada ‘demam’ tarikh itu. SMS ini antara lain memberikan informasi tentang MP BN yang dikatakan akan melompat. Taburan kaum yang tak serata dalam jumlah MP BN yang akn melompat tersebut menjadi semacam duri dalam daging bagi kerajaan baru Malaysia nanti. Sms yang diterima oleh Bru selepas berbuka semalam berbunyi:
Sebarkan: BN: 140 Kerusi (MP Islam - 89 kerusi; MP bukan Islam - 51) Pakatan: 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39) Katalah jadi 30 yg lompat, semua bukan Islam, maka kerusi Pakatan 43 MP Islam & 69 MP bukan Islam..jika 30 yg lompat, 5 Islam 25 bukan, maka Pakatan jadi 48 MP Islam & 64 bukan Islam..jika inilah yg Anwar kehendaki, maka dia akan memusnah Islam & Melayu di M’sia..kita berdoa agar ia hanya impian kosong & Allah lindungi BN & Pak Lah.
* PEMUDABESUT; Pak Lah = Khalifah pertama Islam Hadhari. Hidup Pak Lah!!!!!
JAKARTA: Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.
"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.
Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.
Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.
Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.
Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.
Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September, beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".
Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia. Mstar
MB Selangor yakin Pakatan 'on track' menuju 16 September
MENTERI Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap yakin Pakatan Rakyat mampu merealisasikan impiannya untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September ini.
Beliau turut percaya Pakatan kini berada pada 'track' yang betul seperti yang dirancang oleh penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalid turut yakin akan ada ahli parlimen dari BN akan menyeberangi sempadan polititik dan melompat ke Pakatan bagi membentuk kerajaan.
Anwar yang sedang melakukan lawatan kerja di Indonesia masih yakin beliau akan berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.
Ketika bercakap kepada wartawan di Jakarta, Indonesia, Anwar berkata, "respons awal daripada ahli-ahli Parlimen kerajaan adalah positif."
"Hanya isu sekarang ialah mereka (kerajaan) hendak memaksa ahli-ahli Parlimen (BN) berkunjung ke China atau ke negara-negara lain sehingga selepas 16 September, jadi kami terpaksa menghadapi keadaan itu.
"Kemungkinan kami akan menemui mereka pada 17 hari bulan kerana mereka akan kembali pada 17 (September)," kata Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat yang berada di Jakarta untuk menghadiri seminar lapor akhbar Mstar.
Difahamkan Anwar akan kembali ke ibu negara hari ini.
Menurut Mstar lagi Anwar dipercayai ada menemui beberapa ahli Parlimen berhubung isu melompat parti di ibu negara Indonesia itu.
"Rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih aktif," kata Khalid di Klang.
Ketika ditanya sama ada sasaran 16 September menjadi realiti, Khalid yang juga Ketua PKR Selangor berkata, partinya tidak mahu mengatakan apa-apa buat masa sekarang.
"Kami tidak mahu buat spekulasi. Kami tidak membuat penilaian berdasarkan spekulasi," kata beliau ketika ditemui di dewan serbaguna Teluk Pulai. Klang.
Semalam, khabar angin kononnya tujuh parti komponen BN akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini. KLPOS
Pemuda besut mengucap Tahniah kepada exco Pemuda Besut, Ust. Afnan kerana telah mendapat anak sulongnya yang dilahirkan pada 30 Ogos lalu. Mujahidah yang diberi nama Aisyah Adilah itu juga merupakan cucu ketiga kepada Yang Dipertua PAS Kawasan, Ust Dato' Husain Awang..
* Pemudabesut mendoakan semoga cepat sembuh kepada Naib Ketua Pemuda Kawasan Besut. Ust. Nazri yang telah menjalani pembedahan lutut di Hospital Kuala Terengganu minggu lepas.
Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .