
Satu lagi lawatan susulan oleh Pas Kawasan Besut akan di adakan pada pagi esok bagi mengenal pasti segala kerugian dan Pas Kaw. Besut akan berusaha sedaya upaya membantu sekadar yang termampu.
Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.
“Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai Yang Dipertua MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini.
Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.
Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.
Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985. — Bernama
Menurut akhbar Detikcom terdapat lima keping gambar yang menunjukkan Manohara berada di sisi seorang lelaki yang berambut pendek.
Dua gambar menunjukkan bekas model yang berumur 17 tahun itu mencium pipi lelaki misteri itu.
Tidak cukup dengan memutar belit Kenyataan Presiden PAS dua hari yang lalu. Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan kerja jahat yang sama.
Dengan tajuk Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas merasmikan Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, jelas untuk terus melagakan pimpinan PAS itu dengan kompenan Pakatan Rakyat yang lain.
Keratan Akhbar Online.trgkini.blogspot.com/
Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).
Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.
Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.
Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.
Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.
“Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.
“Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN,” tambah beliau.
“Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri,” tambah beliau
Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.
Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005.
Klip Video Tok Guru Selamatkan Mangsa Lemas - trgkini
Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.
Mokhzani Mahathir, Syed Mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim dan Nazir Razak dikatakan antara orang paling kaya di Malaysia masa kini. Harta mereka dihitung bilion. Mereka orang Melayu.
“Wahai orang Melayu semua, adakah kalian tidak rasa bangga? Bangsa kita ada yang kaya. Bukan saja kaya, tapi kaya-raya. Bukan jutawan tetapi bilionwan. Ayuh… mari kita berbangga.”
Pak At Lat Seribu, Din Jejawi Dalam, Kak Piah Batas Keretapi, Som Bawah Bukit tentu boleh berbangga. Ada juga orang Melayu yang kaya-raya. Ingatkan semua orang Melayu sama saja. Merempat, melanuih, makan ikan kering, sayur kangkung dan taugeh lembik.
Rupanya ada juga orang Melayu yang pandu Porsche. Sarapan pagi di KL dan makan tengahari di Manila. Isteri bawa beg tangan kulit buaya ratusan ribu. Anak pakai baju T ribuan ringgit sehelai. Pasu bunga di atas anak tangga ke tingkat empat rumah bernilai ribuan ringgit.
Tak apalah, sekurang-kurannya Pak At, Din, Kak Piah dan Som boleh tumpang bangga. Bukan orang Cina saja yang kaya, orang Melayu pun ada juga.
Orang nak kata apa pun kerana mereka kaya, terpulanglah. Yang penting kaya. Orang nak kata kroni, daddy kasi, atau apa saja katalah. Apa yang penting mereka orang Melayu. Bukan Melayu saja, Melayu kaya.
Bukankah lebih baik kaya daripada miskin? Daripada orang Cina kaya baik orang Melayu kaya. Buat apa dipersoalkan macam mana mereka kaya. Yang penting mereka Melayu kaya-raya. Itu sangat penting. Kesampingkan saja semua yang lain.
Buat apa kita iri hati sesama Melayu. Biarlah mereka kaya macam mana pun. Mereka bangsa kita juga, kulit sawo matang macam kita juga, warga Malaysia juga. Baguslah mereka kaya.
Kita boleh tumpang bangga, tumpang gembira. Bukankan lebih baik mereka kaya daripada orang Cina kaya?
Kalau orang Cina kaya, apa orang Melayu boleh dapat? Jangankan nak dapat apa-apa, nak tumpang bangga pun tidak boleh. Mereka bukan sebangsa dengan kita.
Kalau orang Melayu kaya, sekurang-kurangnya kita boleh tumpang bangga. Ya, bangga.
“Aku bangga sebab bangsa aku ada yang kaya. Bangsa aku bukan lekeh sangat, bukan cabok sangat, bukan bangsat sangat, bukan bodoh sangat, bukan merempat sangat. Buktinya, tengok beberapa kerat bangsaku adalah orang kaya. Bukan kaya tapi kaya-raya. Aku bangga….”
Tiba-tiba Pak At, Din, Kak Piah dan Som teringat nak garu kepala. Nak bangga apa. Mereka kaya pun aku tak dapat apa juga.
Baru Pak At teringat, tayar basikal anaknya yang pecah belum ditukar. Din baru teringat, ubat nyamuk lingkar sudah habis. Kak Piah baru teringat, ikan bilis nak buat nasi lemak untuk diletak di kedai Pak Leh tak beli lagi. Baru Som teringat, baju sekolah anaknya koyak kangkang dan belum dijahit.
Bagi menzahirkan seorang pemimpin Islam yang memimpin pelbagai lapisan masyarakat dan lapisan kaum, pagi tadi beliau mengunjungi beberapa buah pemimpin masyarakat itu di negeri ini.
Kira-kira pukul 10.00 pagi, beliau meluangkan masa ke rumah pemilik Syarikat SBJ, Datuk Tan.
Kemudian beliau ke rumah Kenny Chia pula.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dan lain-lain pemimpin kerajaan.
Para tamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti sate dan roti jala.
Kenny mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru serta timbalannya yang sudi mengunjungi rumah beliau sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.
“Moga dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kedua orang pemimpin berkenaan akan menambahkan lagi keharmonian dalam negeri ini,” ujarnya