Dipetik dari :
Blog Tune Your Ringgit
"Hak dia (Dr Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim)... kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini.
Laporan Bernama hari ini menyebut, Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak.
"Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan," katanya.- ~ harakahdaily
Ulasan : Pemuda Besut
* Ambo sungguh kagumi Ketokohan Tok Guru dari semua segi. Terbaru kenyataan tentang bubar PAS & UMNO kemudian tubuh parti baru. Apa yang menariknya ialah betapa di antara ramai di kalangan pimpinan PAS mahu pun UMNO, tiada seorang pun yang pernah saya dengar mengeluarkan kenyataan seperti Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS ini. Jika kita renung sejenak, sudah tentu kenyataan Tok Guru itu kedengaran aneh.
Apakah sebenarnya makna Parti Islam SeMalaysia kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Berpuluh-puluh tahun berjuang dalam PAS sehingga menjadi pemimpin terkanan, lebih kanan daripada Presiden, tiba-tiba sanggup untuk membubarkan PAS, satu-satunya parti yang mendokong perjuangan Islam di tanahair kita ini. Pelik bukan? Seolah-olah PAS bukan maksud hakiki dalam perjuangan Tok Guru. Apa sebenarnya yang beliau mahukan? LAGI...
Seluruh warga DPPK Besut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah, yang kembali ke rahmatullah kelmarin, 31 Julai 2008 kira-kira 10.15 malam.
Pada waktu itu, Allahyarham adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu (1957 - 1966) dan beliau antara pemimpin awal yang ditugaskan oleh Presiden PAS, Dato' Mohd Asri Muda untuk mengembangkan pengaruh parti itu di negeri tersebut.
Hujung hayatnya, Allahyarham banyak mengajar agama di masjid dan surau serta aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.
Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan. LAGI...