Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Ogo 2008

Usia 54 tahun : Muktamar PAS kembalikan nostalgia - malaysiakini


Setelah usianya 54 tahun, PAS kali ini mengadakan muktamarnya dalam suasana "kemenangan besar" selepas pilihanraya umum Mac lalu di negeri kelahirannya Perak.

"PAS Perak minta muktamar diadakan di sini untuk mengembalikan nostalgia lama kerana PAS mula ditubuhkan di sini (di Gunung Semanggol)," kata setiausaha urusetia muktamar tahun ini Syed Mohamad Syed Hassan.

Pertemuan selama lima hari di Ipoh - negeri yang kini bermenteri besar wakilnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - dijangka dihadiri lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara bermula 13 Ogos.

Penolong setiausahanya Salman Salleh pula berkata persiapan untuk acara tahunan itu kini di tahap akhir iaitu menyiapkan pentas dan semua bahan persidangan.

Menurutnya, majlis perasmian dan ucapan dasar disempurnakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos bermula jam 8 pagi di Stadium Tertutup Indera Mulia.

Manakala perbahasan penuh muktamar akan berlangsung di tempat yang sama pada jam 2.30 petang.

Sebelum itu, katanya, tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka berasingan pada 13 dan 14 Ogos.

Dewan Ulama bermesyuarat pada 14 Ogos di Dewan Bandaran, berhadapan dengan Hotel Majestic, Ipoh. Ia akan dirasmikan sendiri oleh ketuanya Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Menurut setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof, muktamar dewan itu berlangsung pada 13 Ogos di stadium tertutup itu jam 8 malam. Ia akan dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Muslimat, menurut setiausahanya Aiman Athirah al-Jundi, akan bertemu pada 14 Ogos di Hotel Hill City. Ia akan dirasmikan oleh naib presidennya Mohamad Sabu.

Menutut Salman tema muktamar tahun ini belum dimaklumkan kepada pihak urusetia.

Beliau juga memaklumkan terdapat gerai-gerai untuk berniaga yang buka di sebelah stadium tertutup tersebut.

Selain bermesyuarat, tambahnya, muktamar ini turut diserikan konsert kesenian Islam, forum perdana dan ceramah perdana.

Ditanya isu-isu hangat yang akan dibincangkan dalam pertemuan nasioanl itu, Salman berkata:

"Isu muqabalah dan muzakarah dengan Umno kemungkinan akan menjadi isu hangat yang akan dibincangkan dalam muktamar ini.

"Selain itu, isu tentang keahlian orang-orang bukan Islam (penyokong bukan Islam PAS) akan dibahaskan dalam muktamar kali ini."

Beliau menjelaskan isu-isu berbangkit bagaimanapun bergantung kepada perwakilan-perwakilan setiap negeri untuk dibahas bergantung pada usul yang dikemukakan.

Ucapan penggulungan muktamar disampaikan oleh Abdul Hadi 8 pagi 17 Ogos.sumber asal

SEJARAH PENUBUHAN PAS

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.