Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Ogo 2008

Ezam bukan ancaman besar untuk Pakatan Rakyat - MALAYSIAKINI

Bekas ahli KeADILan, Ezam Mohd Noor tidak menjadi ancaman besar kepada Pakatan Rakyat untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi penggunaan jentera Umno merupakan ancaman yang sukar ditangani.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim Ezam mempunyai rekod yang kotor kerana mengkhianati perjuangan sendiri walaupun setelah bertungkus lumus dalam KeADILan selama 10 tahun.

Beliau yakin Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menang dalam pilihan raya tersebut walaupun sudah dijangka KeADILan akan menghadapi pertandingan sengit kerana keseluruhan jentera Umno-BN akan tertumpu di kawasan itu.

"Kemenangan Anwar merupakan satu tamparan hebat kepada BN khususnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya ketika ditemui dalam program Mesra Media di Kedai Kopi 2, Shah Alam.

Justeru, katanya, bagi memastikan kemenangan DAP akan bertungkus lumus membantu KeADILan bagi meraih kemenangan.

Apa yang penting katanya, pilihan raya kecil itu akan membolehkan Anwar masuk ke Dewan Rakyat bagi memimpin Pakatan Rakyat.

Beliau merupakan Adun Sungai Pinang menjangkakan semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyokong Anwar menjadi Ketua Pembangkang sebelum mengambil alih pemerintahan negara.

"Apa yang penting Anwar akan masuk ke gelenggang Parlimen untuk bersemuka dengan pimpinan BN," tegasnya LAGI

SUMBER
HARAKAHDAILY
MALAYSIAKINI

1 ulasan:

malayamuda berkata...

Ezam penting hanye kerana Anwar

tapi Anwar penting kerana dia Anwar bukan kerana Ezam

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.