
Pastinya parlimen akan bergegar lagi dengan kehadiran tokoh yang begitu digeruni Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.
Oleh itu dalam tempoh dua bulan dari sekarang kemungkinan besar Dato� Seri Anwar Ibrahim akan menjadi anggota baru Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat sudah tentu akan mewujudkan tekanan baru kepada kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Niatnya sebelum ini hendak berpaut kepada PAS bagi melanjutkan penerimaan kepimpinannya dalam Umno sebaliknya berhadapan dengan situasi baru pula," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Presiden KeADILan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghantar surat meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. LAGI
SUMBER :
Harakahdaily
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan