Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

2 Ogo 2008

Tok Guru : DSAI boleh mendapat undi yang besar ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 1/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Najib: BN sukar gugat Anwar

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, tiada sesiapa berhak mempertikaikan tindakan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana ia merupakan hak mutlaknya untuk berbuat demikian.

"Hak dia (Dr Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim)... kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini.

Laporan Bernama hari ini menyebut, Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak.

"Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan," katanya.- ~ harakahdaily

Ulasan : Pemuda Besut

* Ambo sungguh kagumi Ketokohan Tok Guru dari semua segi. Terbaru kenyataan tentang bubar PAS & UMNO kemudian tubuh parti baru. Apa yang menariknya ialah betapa di antara ramai di kalangan pimpinan PAS mahu pun UMNO, tiada seorang pun yang pernah saya dengar mengeluarkan kenyataan seperti Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS ini. Jika kita renung sejenak, sudah tentu kenyataan Tok Guru itu kedengaran aneh.

Apakah sebenarnya makna Parti Islam SeMalaysia kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Berpuluh-puluh tahun berjuang dalam PAS sehingga menjadi pemimpin terkanan, lebih kanan daripada Presiden, tiba-tiba sanggup untuk membubarkan PAS, satu-satunya parti yang mendokong perjuangan Islam di tanahair kita ini. Pelik bukan? Seolah-olah PAS bukan maksud hakiki dalam perjuangan Tok Guru. Apa sebenarnya yang beliau mahukan? LAGI...

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.