Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

31 Dis 2008

Tok Mun tidak tanding pilihan raya kecil bulan depan ~ Malaysiakini



MAIMUM
Yusof menunjukkan sumbangan yang diterima ketika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

KUALA TERENGGANU: Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, semalam mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)... dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)... Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat)," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut.

"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: "Tak sempat dah... dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat".

"Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).BERNAMA

PRK P036; Pondok Polis Untuk Lindungi Pengundi atau ‘Hantu’ Hendak Pergi Mengundi ? ~ Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita15/pondokpolisprkkt1.jpg
Kuala Terengganu – Petugas pilihanraya dan pemerhati politik memandang ‘sinis dan curiga’ terhadap pondok-pondok polis yang dibangunkan begitu banyak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. (Gambar - sebuah pondok polis yang dibangunkan dengan kanopi di bulatan Ladang)

Perasaan curiga mereka semakin menebal apabila calun Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh sendiri yang mengeluarkan kenyataan berkenaan situasi keselamatan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Buletinonline telah dihubungi oleh seorang pemerhati lewat semalam yang mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh ‘orang yang sudah ditentukan’ untuk menjadi calun BN.

“Mengapakah Wan Farid yang membuat kenyataan, bukannya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa ? walaupun masih berstatus Timbalan Menteri Dalam Negeri, keputusannya menjadi calun BN menjadikan dia ‘bias’,”katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

Manakala seorang penyokong Pakatan Rakyat, Najib Mahfuz, 24, menggesa supaya pihak polis yang mengawal keselamatan sepanjang pilihanraya kecil bertugas dengan penuh professional dan bertanggungjawab.

Beliau berkata melalui pengalaman pilihanraya umum Mac lalu polis telah digunakan untuk melindungi ‘pengundi hantu’.

“Polis digunakan untuk melindungi bas-bas yang begitu banyak, membawa penumpang yang tidak dikenali, disyakki ‘pengundi hantu’,”katanya yang ditemui di Markaz Besar Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kampung Ladang, dekat sini semalam.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ketika ditemui berkata para petugas PAS DUN tersebut mempunyai pengalaman berhadapan dengan ‘pengundi hantu’ dalam pilihanraya umum lalu.

“Istilah (pengundi) hantu ni, maknanya orang yang datang dari luar yang tidak ada nama tapi datang mengundi,

“dan pengalaman yang lepas memang kita dapati ada berlaku di Batas Baru, kita pernah menahan sebuah kereta yang keluar daripada kem Pasukan Polis Simpanan Perseketuan (FRU),” katanya yang ditemui pada hari Khamis (25 Disember).

Menurutnya, para petugas PAS mendapati sebuah bas asing tiba dengan iringan oleh pihak polis masuk ke dalam kem FRU.

Beliau berkata tidak berapa lama kemudian beberapa buah kereta telah keluar dari kem tersebut membawa pengundi yang cuba mengundi di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2.

“Kebetulan kita tahu dan menahan mereka dan mereka mengundur diri, mereka tidakberani kerana mereka menyedari bahawa kita tahu mereka bukan pengundi yang sah,”kata Dato’ Tengku Hassan.

Wan Farid dalam siaran berita Utusan Online yang disiarkan jam 6.02 petang semalam memberi jaminan tentang keselamatan para pengundi yang akan keluar mengundi pada 17 Januari depan.

Pada 6 Mac, 2008, dua hari sebelum hari mengundi pilihanraya umum lalu, berpuluh-puluh buah bas yang sarat dengan penumpang datang dari pelbagai arah telah masuk ke negeri Terengganu.

Para penyokong PAS dibeberapa lokasi telah menahan bas-bas tersebut kerana mereka yakin, penumpang bas tersebut adalah ’pengundi tidak sah’ yang akan mengundi di negeri Terengganu.

Pihak polis yang seolah-olah menjadi jurucakap kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menafikan wujudnya pengundi hantu dan menuduh PAS sengaja mencetuskan ketegangan.

Namun begitu, media yang juga cuba memburuk-burukkan PAS akhirnya mengesahkan dalam laporannya bas-bas tersebut membawa pengundi yang tidak sah.

Mohamad Sabu: Kerajaan Malaysia terlalu lemah

KUALA LUMPUR - Kenyataan kerajaan Malaysia berhubung serangan Israel terhadap penduduk Gaza dianggap lemah seumpama lemahnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata demikian hari ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam.

"Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya membuat kenyataan yang lebih keras," kecam beliau.

Mohamad Sabu mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin kata beliau seharusnya disokong oleh semua warga dunia tanpa mengira agama.

"Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka," tegas Mohammad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil duta Amerika di hadapan bangunan kedutaan tersebut tengah hari tadi.

Selain Mohamad Sabu, turut bersama menyerahkan memorandum tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika anjuran Dewan Pemuda PAS ini disertai oleh lebih 500 orang. - Hrkh

30 Dis 2008

Mansuhkan ISA Vs Memo Babi

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran parti itu di Bandar Baru Bangi malam tadi. - foto The Star MOHD SAHAR MISNI

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun (kiri) menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Ceramah anti-ISA diserbu, Pewaris serah 'memo babi'

CERAMAH Mansuhkan ISA anjuran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Stadium Bandar Baru Bangi malam semalam kecoh apabila diserbu oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (Pewaris).
.
Kira-kira 300 anggota pertubuhan bukan kerajaan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkumpul di hadapan Stadium Bandar Baru Bangi dekat sini malam ini bagi menyerahkan memorandum meminta PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.
.
mStar online melaporkan ketika ceramah perdana bertajuk "Mansuhkan ISA" anjuran PAS sedang berjalan, ada sedikit kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.
.
Bagaimanapun selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
.
Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
.
Pewaris dan Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.
.
Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.
.
Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.
.
"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.
.
Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.
.
"Kita tak mahu masyarakat khususnya umat Islam di sana menerima tempias akibat wabak penyakit bawaan babi yang mengancam kesihatan serta mengakibatkan pencemaran sungai sebagai satusatunya sumber air bersih negeri ini," katanya.
.
Antara kawasan yang terbabit adalah Pengkalan Balak, Sungai Tuang dan Paya Mengkuang. / Mstar, KLpos

29 Dis 2008

Blog Laknat


Blog Adibah telah selamat dihilangkan dari tapak blogger.com. terima kasih para bloggers yang telah bersama-sama menjayakan kempen "flag this blog" dan hasilnya dalam masa tak sampai 24 jam.

Blog yang baru dibina dan menjadi blogger sejak bulan Disember 2008, kini telah mencapai lebih 8000 pengunjung yang ingin melihat anak siapakah gerangan yang begitu biadap dan kurang ajar. Kehebatannya ialah ia berani meletakkan no telefon untuk dihubungi.

Semoga diberi taufik dan hidayah dan dijauhi dari kemurkaan ALlah. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Di atas merupakan posting yang terdapat dalam blog laknat ini. Contoh gambar telah diambil sebagai bukti kebobrokan blog ini.

Utusan :
Laman blog menghina Nabi Muhammad

28 Dis 2008

Saiful Muncul lagi.. ~ Malaysiakini

Karya terbaru dari blog saiful......


Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharam bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.


Pada hemat saya, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah 6 Bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Terus terang, inilah 6 bulan yang paling mencabar dalam hidup saya. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya.

Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh 6 bulan ini juga, banyak pengalaman dan pelajaran yang saya dapat pelajari dan sekaligus mengubah diri saya. Ianya bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Saya tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan peghijrahan ini, malah ia telah memberikan saya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar di masa akan datang terutama semasa Hari Perbicaraan kes saya nanti. Walaupun terkilan diatas kelewat perbicaraan, mungkin ini hikmahnya.


Salam Maal Hijrah.


SAIFUL BUKHARI


p/s: Buat semua sahabat yang bersama-sama berjuang bagi menegakkan kebenaran ini, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Insyaallah dengan prinsip Ikhlas, Benar dan Sabar, Kebenaran Pasti Dapat Ditegakkan!!.

26 Dis 2008

PELANCARAN KEMPEN JOMSERTAI PAS

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.~ Malaysiakini


Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa. Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.


Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.


Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf


Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Maklumat rajah 2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur.

Kebaikkan seterusnya akan bersambung .......

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?

~Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Artikel berkaitan

Buliten Online : Amaran Kepada UMNO/Barisan Nasional - Usah Bermain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas

Harakahdaily : Amaran pada Umno:Usah 'permain' Hudud, Qisas

Ahmad Sabki Yusof : Hudud - Bukan Islam Tidak Perlu Risau

Ustaz Nasrudin Tantawi : HUDUD Keperluan Rakyat dan Negara .

25 Dis 2008

Tsunami.... 4 tahun dah berlalu ~ Malaysiakini









[ Peristiwa Tsunami sudah 4 tahun berlalu. Setakat mana kita mengambil pengiktibaran daripada peristiwa itu. ]

24 Dis 2008

Bangunan UMNO pun masuk PAS ~ Malaysiakini

Bekas Ketua, 28 Ketua Cawangan dan 13 Jawatankuasa Bahagian Sertai Pas


UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mungkin tutup kedai dan lumpuh ekoran bekas ketuanya Kept (B) Zahar Hashim, 60 berhijrah ke dalam Pas dan

Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.


Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan. Image

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

KT: Bekas pemimpin PKR jadi Calon AKIM



Malaysiakini : Sementara itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) memilih naib presidennya Harun @ Ab Rahman Mohamad untuk turut bersaing dengan calon dua parti besar itu.

Setiausaha agungnya Kpt (B) Mohd Rosli Ghazali dilaporkan berkata Harun, seorang peniaga, adalah bekas anggota jawatankuasa PAS kawasan Kuala Terengganu.

Akim telah menubuhkan bilik gerakannya dan akan menjadikan golongan muda sebagai pengundi sasarannya, lapor Bernama.

Manakala laman web Utusan Online pula melaporkan pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas naib ketua bahagian PKR Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum.

"Dia juga salah seorang pengasas Akim termasuk di Terengganu," Mohd Rosli dipetik berkata di sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

1000 ahli Kelab Penyokong PAS ke Kuala Terengganu ~ Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita15/gerbangkgcina.gif

Kuala Terengganu - Sekurang-kurangnya 1000 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina dan India akan menyertai perarakan pada hari penamaan calun 6 Januari depan.

Pada malam sebelumnya, 5 Januari, 2009, satu Majlis Makan Besar akan di adakan sempena Perasmian Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS yang akan dijadualkan berlangsung di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Ketua Kelab Penyokong PAS dan NGO, Jentera Pilihanraya PAS Terengganu bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di Kuala Ibai semalam.

“Kita (PAS) akan membuka satu markaz besar bagi ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di jalan Banggol Kuala Terengganu,

”majlis perasmian akan disempurnakan pada 5 Januari, jam 7.30 malam oleh Yang Berhormat Dr. Mujahid Yusof Rawa,”ujarnya

Beliau berkata seramai 100 orang petugas Kelab Penyokong akan berkempen setiap hari keseluruh pelusuk kawasan parlimen Kuala Terengganu dengan penumpuan kepada DUN Bandar dan DUN Ladang.

Katanya, antara kempen yang akan digerakkan oleh ahli-ahli Kelab ialah menziarahi pengundi dari rumah ke rumah, menziarahi pesakit dan mereka yang tidak bernasib baik selain dari mengadakan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma.

Apabila ditanya, bagaimanakah sambutan masyarakat Cina Kuala Terengganu ketika ini terhadap PAS, Hanafiah berkata ianya sangat positif.

“Mereka yang saya temui masih ingat dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS yang telah melupuskan cukai pintu gerbang yang terdapat di kampung Cina,

“mereka juga amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan kerajaan PAS mengubah semula nama Jalan Kampung Cina, yang telah di tukar sebelum itu oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional di bawah pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar,”kata Hanafiah yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Beliau memaklumkan para pengundi setempat di Kuala Terengganu boleh membuat semakan daftar pemilih di markaz besar Kelab Penyokong PAS Jalan Banggol setiap hari bermula 5 Januari depan.

22 Dis 2008

Nik Aziz: Hudud bukan dibawa oleh PAS... - Malaysiakini

Malaysiakini : Husam: Lambat lagi laksana hudud

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

husam musa bangsar 080408 leftNaib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.


Tuan Guru Nik Aziz bersama Lim Kit Siang di Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - gambar hiasan

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya. - bernama

Thinking of Life : Hukum hudud not Pakatan Rakyat policy

21 Dis 2008

Ringkasan debat Husam Musa-Khairy - Malaysiakini

Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.

Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang...

Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?

Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.

Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.

Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.

Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..

Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.

Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.

Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.

Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.

Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.

Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer....

Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.

Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..

Ibrahim Ali tidak kenang budi.... - Malaysiakini

PPK1 sebolehnya tidak mahu membuang masa dan mencemarkan pemikiran untuk menulis mengenai Ahli Parlimen Bebas (Pasir Mas), Dato Ibrahim Ali. Tetapi memandangkan tingkah laku dan tindak tanduk Ibrahim Ali sejak akhir-akhir ini semakin mencucuk mata, menyakitkan teliga, dan menikam perasaan, maka PPK1 kuatkan juga semangat untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini.

Umum mengetahui Ibrahim Ali adalah politikus licik yang begitu mementingkan ‘survival’ karier politiknya. Bagi beliau, buatlah apa sahaja asalkan kerjaya politik berada dalam keadaan selamat, walaupun terpaksa menjilat kembali muntah dan kahak yang pernah diludahkannya sebelum ini.

Dan umum juga mengetahui, Ibrahim Ali mendapat kembali ‘title’ Yang Berhormat (YB) pada Mac 2008 lepas setelah memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas. Yang lebih menariknya, kerusi yang dimenangi oleh beliau itu adalah atas belas ehsan dan ‘kurniaan’ YAB Tok Guru Nik Aziz dan juga rakyat Kelantan, khususnya para pengundi Pasir Mas.

Apa yang diharapkan oleh Tok Guru ialah, kurniaan ini mampu merawat hati Ibrahim Ali dan mungkin boleh mendekatkan Ibrahim Ali dengan perjuangan Islam. Dengan kata lain untuk memberi peluang dan galakan kepada Ibrahim Ali untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Bukan sedikit kerja khianat dan fitnah yang dilemparkan oleh Ibrahim Ali sebelum ini kepada PAS dan juga Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sebagai seorang pendakwah Islam yang bertanggungjawab, dan atas dasar untuk menyelamatkan Ibrahim Ali dari terus hanyut dengan tindakan-tindakan melampaunya terhadap Islam dan Gerakan Islam, maka sokongan dan undi ahli PAS diberikan kepada beliau.

Namun sayang seribu kali sayang, diharap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Ibrahim Ali yang pada mulanya nampak sudah berjaya ‘dijinakkan’ oleh Gerakan Islam PAS, telah mula membuat perangai tidak senonoh. Bermula dengan menyerang pimpinan PAS, diikuti dengan sokongan terbuka beliau kepada akta zalim ISA, dan yang agak terbuka seolah-olah telah memberi sokongan kepada BN dan calonnya pada PRK P036 Kuala Terengganu. Cerita penuh boleh diikuti di sini http://nobisha.blogspot.com/2008/12/ibrahim-ali-yakin-bn-menang-di-p36.html .

Walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Bebas, tetapi tidak semestinya beliau begitu bebas menyatakan pandangan dan pendapat atau sokongan. Sedarkah beliau bahawa kemenangan beliau dahulu adalah atas tiket dan sokongan PAS? Atau benar seperti dakwaan sesetengah pihak, Ibrahim Ali mengamalkan ‘politik anjing tersepit’ yang akan menggigit kembali kaki atau tangan individu yang telah menyelamatkannya sebelum ini. Atau benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa Ibrahim Ali ini mengamalkan ‘politik si katak lompat’? Apa komen anda?

20 Dis 2008

Tokoh Umno Akan Sertai Pas - Malaysiakini

SALAH seorang ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru ini akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas esok.

Pesiapan terakhir majlis kemasukan itu sedang diaturkan dan ianya akan diadakan di sebuah hotel dekat ibu kota samada esok ataupun lusa.


Ahli berkenaan merupakan salah seorang pemimpin peringkat bahagian Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru kerana dianggap telah memalu dan menjatuhkan imej parti berkenaan.

Maklumat yang sampai kepada saya semalam dan hari ini mengatakan upacara kemasukan individu berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Tidak disebut pula apakah individu berkenaan akan menyertai Pas bersama pengikutnya ataupun hanya beliau bersendirian saja.

Difahamkan individu berkenaan seorang tokoh berpangruh dan mempunyai ramai pengikut.
Dengan kemasukan individu berkenaan ia menambahkan kekuatan Pas yang mana akhir-akhir ini semakin mendapat kepercayaan dari kalangan korporat dan akademis.

Kemasukan menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu juga sedikit sebanyak menyuntikkan lagi semangat kepada kalangan penyokong dan ahli Pas untuk bekerja keras demi kemenangan parti itu. - MSO

Kuala Terengganu: Jangan Ugut Rakyat Dengan Angpau - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita15/angpauugut.gif
Beri Duit ‘Angpau’ Dengan Ikhlas, Jangan Jadi ‘Alat’ Ugut Rakyat

Kuala Terengganu - Barisan Nasional khususnya MCA diingatkan supaya mengagih-agihkan duit ‘angpau’ kepada 8,000 penduduk tionghua negeri Terengganu dengan ikhlas dan tidak menjadikan pemberian itu sebagai satu ‘alat’ untuk mengugut rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) parlimen Kuala Terengganu.

Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kampung China Kuala Terengganu Encik Ng Chai Hing (gambar kanan) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah Isu Sidang DUN Terengganu di Kampung Kolam, dekat sini semalam.

http://buletinonline.net/images/berita14/chaihing.jpgBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut

Ng berkata pemberian ‘duit raya’ menjelang Tahun Baru China oleh kerajaan negeri Terengganu adalah amat dialu-alukan, namun beliau bimbang kerana pemberian tersebut diumumkan pada waktu hampir kepada PRK Kuala Terengganu.

“Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang memutuskan untuk beri ‘angpau’, tapi mengapa sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya,”katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut

Menurut Ng, sebagaimana amalan yang dilakukan pada waktu lalu, ‘duit raya’ dari dana khas (wang ehsan) kerajaan persekutuan telah dijadikan alat untuk mengugut masyarakat Tionghua.

Pandangan Ng dikongsi bersama oleh ahli Kelab Penyokong PAS Encik Lee Ting Wan, 62, (gambar bawah) yang berasal dari Besut.

Beliau yang dihubungi Buletinonline samalam berkata MCA Besut juga melakukan perkara yang sama, mengugut orang-orang Tionghua Besut dalam pengagihan ‘wang ehsan’.

http://buletinonline.net/images/pas/api1.gif“Dia (MCA) panggil orang sokong dia, kalau tidak sokong, tak dapat ‘wang ehsan’, saya tak dapat, borang pun tak boleh sebab dia kata saya sokong Tok Guru,”katanya.

Lee yang menjalankan perniagaan sebagai Tukang Jahit menyatakan orang-orang kuat MCA berkata demikian kerana beliau telah meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam kedainya.

Oleh yang demikian, Ng berkata beliau bersama-sama rakan-rakanya di Kuala Trengganu akan membuat pemantauan terhadap pemberian duit angpau itu supaya ianya akan sampai kepada matlamat dan sasaran sebagaimana tujuannya.

“Kita akan tengok, orang ramai yang dapat duit itu benar-benar layak, kita akan buat laporan sekiranya ada apa-apa yang tak kena,”tambahnya.

Buletinonline difahamkan, borang duit ‘angpau’ tersebut telah mula diedarkan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu mulai semalam.

19 Dis 2008

Majlis Jamuan Teh Sambil Menderma Unit Amal Kawasan Besut

ust adam bermesra dengan pengunjung


tarik jangan tak tarik


pengunjung yang hadir








PRK P036; Pembangunan ‘Mee Segera’ Mula Mencurah ~ Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera1.jpg
Kuala Terengganu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan strateginya menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan mula mencurahkan projek-projek pembangunan ‘mee segera’.
Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera.

Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera2.jpgAmalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.

Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.

Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.

Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.

Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.

Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.

Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon

Kasino Di Bukit Antarabangsa - Malaysiakini

Pahangdaily : Satu berita gempar yang telah kami perolehi yang kini dikatakan menjadi kaitan utama dalam kes ini. Jika dulu runtuhan di Highlands Tower dikaitkan dengan satu "parti liar" yang diadakan oleh salah sebuah rumah penghuni terbabit. Kini mungkinkah satu lagi "Bala Allah" menimpa?. Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf "Datuk" di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis). Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana "besi cerucuk" yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta. Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.


Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini. Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan. Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis. Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka. Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.

Lagi Bukit Antarabangsa...
Malaysiakini : MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.