Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

21 Dis 2008

Ibrahim Ali tidak kenang budi.... - Malaysiakini

PPK1 sebolehnya tidak mahu membuang masa dan mencemarkan pemikiran untuk menulis mengenai Ahli Parlimen Bebas (Pasir Mas), Dato Ibrahim Ali. Tetapi memandangkan tingkah laku dan tindak tanduk Ibrahim Ali sejak akhir-akhir ini semakin mencucuk mata, menyakitkan teliga, dan menikam perasaan, maka PPK1 kuatkan juga semangat untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini.

Umum mengetahui Ibrahim Ali adalah politikus licik yang begitu mementingkan ‘survival’ karier politiknya. Bagi beliau, buatlah apa sahaja asalkan kerjaya politik berada dalam keadaan selamat, walaupun terpaksa menjilat kembali muntah dan kahak yang pernah diludahkannya sebelum ini.

Dan umum juga mengetahui, Ibrahim Ali mendapat kembali ‘title’ Yang Berhormat (YB) pada Mac 2008 lepas setelah memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas. Yang lebih menariknya, kerusi yang dimenangi oleh beliau itu adalah atas belas ehsan dan ‘kurniaan’ YAB Tok Guru Nik Aziz dan juga rakyat Kelantan, khususnya para pengundi Pasir Mas.

Apa yang diharapkan oleh Tok Guru ialah, kurniaan ini mampu merawat hati Ibrahim Ali dan mungkin boleh mendekatkan Ibrahim Ali dengan perjuangan Islam. Dengan kata lain untuk memberi peluang dan galakan kepada Ibrahim Ali untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Bukan sedikit kerja khianat dan fitnah yang dilemparkan oleh Ibrahim Ali sebelum ini kepada PAS dan juga Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sebagai seorang pendakwah Islam yang bertanggungjawab, dan atas dasar untuk menyelamatkan Ibrahim Ali dari terus hanyut dengan tindakan-tindakan melampaunya terhadap Islam dan Gerakan Islam, maka sokongan dan undi ahli PAS diberikan kepada beliau.

Namun sayang seribu kali sayang, diharap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Ibrahim Ali yang pada mulanya nampak sudah berjaya ‘dijinakkan’ oleh Gerakan Islam PAS, telah mula membuat perangai tidak senonoh. Bermula dengan menyerang pimpinan PAS, diikuti dengan sokongan terbuka beliau kepada akta zalim ISA, dan yang agak terbuka seolah-olah telah memberi sokongan kepada BN dan calonnya pada PRK P036 Kuala Terengganu. Cerita penuh boleh diikuti di sini http://nobisha.blogspot.com/2008/12/ibrahim-ali-yakin-bn-menang-di-p36.html .

Walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Bebas, tetapi tidak semestinya beliau begitu bebas menyatakan pandangan dan pendapat atau sokongan. Sedarkah beliau bahawa kemenangan beliau dahulu adalah atas tiket dan sokongan PAS? Atau benar seperti dakwaan sesetengah pihak, Ibrahim Ali mengamalkan ‘politik anjing tersepit’ yang akan menggigit kembali kaki atau tangan individu yang telah menyelamatkannya sebelum ini. Atau benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa Ibrahim Ali ini mengamalkan ‘politik si katak lompat’? Apa komen anda?

3 ulasan:

malayamuda berkata...

Ibrahim Ali Katak sepatut nyer letak jawatan dan bertanding atas gambar KATAK dan bukan simbol PAS / PKR atau DAP

Abuarif berkata...

Saya kenal Ibrahim Ali taklah lama sangat,masa dia di ITM dan saya di UPM,Hishamudin Rais Di UM dan Anwar Ibrahim pada tahun 1972-1974.Mereka menjadi terkenal dengan ISU UBI GADONG dan ISA.Bab Brahim Ali ni tengok saja sejarah perjuangannya.Orang PAS pun silap pergi sokong selepas dibuang oleh UMNO.Dia akan buat apa saja untuk survival politiknya.Dia sangat-sangat mengamalkan salah satu falasampah politi iaitu POLITIK=THE SCIENCE AND ART OF POSSIBBLE.Hari ini kawan esok jadi musoh.Lembut gigi dari lidah

Harimau-Menaip berkata...

Assalamualaikum.

Macamanalah Tuan Guru mahu percaya UMNO? Bekas UMNO pun terbawa-bawa belitnya.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.