
Ulasan berikut :Azizah undur, Anwar tanding di Ptg Pauh
Adakah Azmin Ali akan menjadi ketua Pembangkang ekoran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Sehubungan dengan itu, kerusi ketua Pembangkang kosong. Mengikut akhbar utusan meloya hari ini mengandaikan Azmin Ali akan menjadi Ketua Pembangkang. Kita tunggu dan lihat.. Tetapi yang penting sekarang ialah untuk menghadapi BN dalam Pilihan Raya Kecil nanti.
Tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan pada mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pertengahan minggu depan - Rabu ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini. LAGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan