Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

Memaparkan catatan dengan label ANWAR ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANWAR ibrahim. Papar semua catatan

27 Okt 2008

Ezam jadi Anwar Ibrahim ke-2 untuk UMNO ~ Malaysiakini

Dua malam lepas saya hadir di kediaman Sdr Ezam Mohd Nor di Shah Alam atas jemputannya sempena Aidilfitri.

Dah lama tak bersua dengan Ezam. Kali terakhir saya berkomunikasi dengan beliau adalah semasa desas-desus beliau akan menyertai UMNO. Saya dan ramai kawan-kawan beliau dalam PAS telah memujuk untuk beliau tidak menyertai UMNO, malah mempelawa beliau menyertai PAS.

Saya tidak berminat mengulas lanjut tentang perkara yang membuatkan beliau menyertai UMNO. Saya cuma ingin menelah nasib beliau di dalam UMNO selepas ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO ia diihat satu tamparan yang hebat untuk pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan partinya, PKR. Ezam mampu menjadi satu senjata ampuh untuk UMNO berdepan dengan Anwar. Walaubagaimanapun, itu semua terbukti meleset apabila kehadiran Ezam gagal menjejaskan populariti Anwar dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malah Anwar menang besar dalam pilihanraya tersebut.

Maka apa lagi yang ada pada Ezam untuk UMNO?

Mungkin tidak ada apa-apa lagi pada Ezam untuk Pak Lah, kerana tempoh beliau bertakhta di dalam UMNO hanya berbaki beberapa bulan lagi. Tapi saya percaya Najib tidak akan mempersia-siakan kehadiran Ezam di dalam UMNO. Najib sedang merencana banyak agenda dalam persediaan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Antaranya adalah tanggungjawab besar beliau untuk memulihkan kredibiliti UMNO dan BN di mata rakyat.

PRU-12 baru-baru ini membuktikan rakyat menuntut reformasi besar dalam pentadbiran negara. Di mata rakyat, Malaysia sudah kepupusan nilai demokrasi dan keadilan. Di mata rakyat juga, pemimpin BN dan UMNO adalah pengamal politik rasuah dan korupsi. Untuk UMNO dan BN terus relevan dalam persada politik negara, mereka mesti berusaha merubah hakikat ini, atau dengan cara yang lain, mengubah persepsi terhadapnya.

Kebangkitan rakyat menuntut integriti, keadilan dan pemulihan demokrasi mesti ditangani Najib. Apakah Najib akan menggunakan Ezam untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sedang melaksanakan pemulihan demokrasi dan perang terhadap rasuah?

Ezam adalah tokoh demokrasi dan anti rasuah sejak sekian lama. Seperti kata Salahuddin Ayub, diri Ezam itu bagai sebuah instititusi yang memperjuangkan demokrasi dan menentang rasuah. Saya yakin semangat dan inspirasi menentang rasuah masih berpasak dalam diri Ezam, dan saya harap ianya masih sekental dulu.

Di awal zaman awal 80-an, ketika UMNO berdepan dengan kebangkitan idealisma Islam sedunia yang juga memberi kesan dalam arus politik Malaysia, Dr Mahathir telah membawa masuk Anwar Ibrahim untuk memberikan imej Islam di dalam UMNO. Kemasukan Anwar, tokoh muda ABIM ke dalam UMNO telah memberikan keyakinan kepada umat Melayu Islam bahawa UMNO cukup serius dalam pelaksanaan Islam. Ia juga berjaya mengimbangi suara PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang melaungkan pelaksanaan Islam dalam pentadbiran negara. Maka rakyat terpesona dengan UMNO dan melupakan PAS. Apa yang terjadi pada Anwar selepas itu adalah sejarah yang kita semua maklum.

Mungkin kali ini UMNO akan menggunakan Ezam untuk meredakan tuntutan rakyat dan pembangkang kepada demokrasi dan penentangan terhadap rasuah. Mungkin selepas ini, Ezam akan diberikan satu kedudukan penting dalam mana-mana portfolio kerajaan dalam menangani rasuah.

Maka sepertimana Anwar berjaya membuat tempelan-tempelan program Penerapan Nilai-Nilai Islamnya dengan maksud meredakan tuntutan pelaksanaan Islam sepenuhnya oleh PAS, Ezam akan membuat tempelan-tempelan dalam program anti rasuahnya untuk membaiki imej UMNO dan meredakan tuntutan rakyat yang mendesak. Cukup untuk membuat rakyat terpesona semula dengan UMNO.

Itu telahan saya. Saya harap saya silap! ~ AHMAD SABKI YUSOF

18 Sep 2008

SIDANG MEDIA TERGEMPAR ( 18 SEPT -2 PM) ~ MALAYSIAKINI

Sidang Media Tergempar DSAI
PADA : 18 SEPT 2008 (Khamis)

MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : IBU PEJABAT PKR (MERCHANT SQUARE)

Watch live video from anwaribrahim's channel on Justin.tv

7 Ogo 2008

Pilihanraya Permatang Pauh : AKIM vs DSAI? ~ Malaysiakini

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti serpihan PAS yang akan turut bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, akan mengumumkan nama calonnya pada 15 Ogos ini, sehari sebelum hari penamaan calon.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, beliau yakin calon Akim akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong PAS.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Baharu tetapi tewas.

"Kita yakin penyokong PAS yang lama memahami hasrat Akim akan mengundi calon parti kami nanti," kata Hanafi.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.Pengundian ialah pada 26 Ogos ini. BERNAMA
~ dipetik dari : mSTAR Online


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 1999 (AKIM)

P028 - PASIR PUTEH
Jumlah Pemilh :
56,773
% Undian : 76.59%
Undi Ditolak : 821

Calon
1.
Kamarudin Md Nor (BN) - 16,962
2. Hasim Bin Othman (AKIM) - 274
3.
ALWI BIN JUSOH (PAS) - 25,373 (8,411 ~majoriti)
Gambar : Ustaz Alwi bin Jusoh
(Ahli Parlimen P028 Pasir Puteh tahun 1999)

30 Jul 2008

Anwar ke Jawi beri keterangan, kemuka hujah ulama

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadap beliau oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang tiba di bangunan Jawi berhampiran Masjid Negara kira-kira jam 10.30 pagi ditemani oleh isterinya Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Dalam pertemuan hampir tiga jam, Anwar mengemukakan hujah daripada ulama usul fekah Dr Taha Jabir al-Ulwani yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina.

Pada 9 Julai lalu, Anwar membuat aduan terhadap Mohd Saiful di Jawi agar jabatan itu menyiasat pemuda berkenaan dibawah kesalahan qazaf.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya

Sementara itu, dalam sidang media Anwar juga tidak bimbang dengan hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di Hospital Kuala Lumpur 9HKL) jika dijalankan secara profesional dan telus.

"Kita ada sedikit ruang, sebab itu kita dapat laporan doktor. Bahkan laporan HKL, saya tidak bimbang sama sekali. Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) selepas itu dikoyak atau dipinda," katanya SUMBER

Anwar hadir ke Jabatan Agama Islam pagi ini


KUALA LUMPUR, 30 Julai - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi ini berkaitan mengenai qazaf.

9 Julai lalu, Anwar ditemani isteri telah menfailkan tuntutan Qazaf diatas nasihat ulama dalam dan luar negara. SUMBER

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.