Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Feb 2010

Qazaf Anwar ditangguh 10 Mac


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur terpaksa menunda perbicaraan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan kepada 10 Mac, berikutan kelewatan kerajaan Umno-BN menfailkan afidavit balas walaupun diberi dua minggu berbuat demikian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kelewatan itu disengajakan untuk melengah-lengahkan usaha beliau mendapatkaan keadilan mengikut hukum syarak.

Beliau sekali lagi menekankan keperluan Mahkamah Syariah memastikan proses perundangan Islam tidak dicemari dengan campurtangan parti pemerintah atau institusi yang dikawalnya.

Menteri Hal-ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum ini memohon membatalkan permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mendakwa Saiful di bawah undang-undangg qazaf.

Hakim Mohd Shukor Sabudin memberikan tempoh dua minggu untuk Jamil dan JAWI menfailkan afidavit bagi menyokong permohonan mereka itu dan menetapkan hari ini untuk mendengar hujah.

Namun kes berkenaan tidak dapat berjalan kerana peguam Jamil dan JAWI gagal mengemukakan afidavit.

“Saya tengok hakim masih memberi ruang walaupun pendakwa ambil sambil lewa, bagi arahan suruh jawap dua minggu, kalau macam ini prestasi, ada baik juga kerana saya terlibat dulu dalam mengangkat mahkamah syariah sekarang saya sendiri melihat prestasi" ujar Anwar.

Saiful mendakwa kononnya beliau diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu pada Jun 2008.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mensabitkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Justeru Saiful perlu menghadapi perbicaraan qazaf bagi membela dakwaannya itu dari sudut Islam.

Anwar mendakwa Saiful diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang disahkan menemui Saiful beberapa hari sebelum beliau membuat dakwaan itu pada Ogos tahun 2008.

Ketua pembangkang ini terkilan dengan cubaan terbuka Jamil dan Jawi untuk menghalang usaha perbicaraan qazaf terhadap Saiful seperti mana yang di tuntut oleh Islam.

Pertama agak aneh bagi Mahkamah Syariah atas tuntutan Menteri Agama atas arahan Umno untuk meminta Mahkamah Syariah tidak membicarakan isu qazaf ini kononnnya di luar bukan bidang kuasa dan dalam kes lain-lain dipertahankan di bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekarang kita yang mahu memperkukuhkan Mahkamah Syariah, menteri Ugama Umno ini minta bidang kuasa mahkamah syariah disempitkan" katanya lagi.

Kerajaan umno-Bn dilihat bertindak demikian kerana khuatir kredibiliti Saiful akan musnah sama sekali jika terbukti beliau membuat tuduhan palsu ke atas Anwar di Mahkamah Syariah.

Jamil memberitahu parlimen kononnya proses perundangan Islam hanya boleh dijalankan selepas perbicaraan kes sivil Anwar di Mahkamah Tinggi di mana Saiful menjadi saksi utama, sudah selesai.

Alasan itu ditolak oleh pakar-pakar perundangan sebagai cetek kerana pertuduhan qazaf adalah mengikut undang-undang Islam dan bebas daripada sistem undang-undang sivil.

“Saya harap Mahkamah Syariah ini dibersihkan dari unsur begini, menyekat bidang kuasa dan juga penglibatan orang yang terlibat dari segi taktik kotor atas mahkamah, kita kena jaga maruah baik Jabatan Agama, mahkamah syariah daripada dicemari orang-orang sebegini".

2 ulasan:

pis berkata...

pemuda besut cuba buat kajian adakah qazaf boleh digunakan dalam kes anuwar. qazaf hanya digunakan bagi tuduhan di buat oleh pihak ketiga bukan oleh mangsa. cth simple kalau en a menuduh enb dan en c meliwat, en a kena membawa 4 saksi kalau tidak beliau akan di qazaf. tetapi dalam isu anuwar saiful adalah mangsa bukan pihak ketiga. setahu saya tak ade orang tuduh anuwar liwat kecuali saiful seorang je. jelaskan pada rakyat.

adf55650 berkata...

Saya berharap sdra Pemuda Besut dapat menjawab saranan sdra PIS.

Seperkara lagi, Mahukah Anwar bersumpah laknat menafikan tuduhan Saiful itu.

Mengapa sdra P.Besut terus mempertikaikan kredibiliti Mahkamah Syariah walhal kes ini belum dipersidangkan lagi. Berfikir dan bertindaklah sebagai seorang Islam.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.