Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Sep 2008

Pak Lah Terkejut, Muhyiddin Sanggup Terima Risiko - Malaysiakini

KEPIMPINAN ABDULLAH DALAM UMNO DISANGGAH SECARA TOTAL?

Hari ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah bertindak menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bila beliau menyatakan bahawa “sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO.”

Kenyataan Najib ini memperkukuhkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua hari lalu yang meminta Abullah menimbang semula tempoh peralihan kuasa yang amat panjang.

Kini “flood gate” untuk seluruh warga UMNO menyanggah kepimpinan Abdullah secara total sudah dibuka seluas-luasnya. Kita nantikan apakah komen dan pendapat ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua-ketua perhubungan negeri, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai perkara ini.

Apa pun, Abdullah perlu memikirkan perkembangan terbaru ini secara serius kerana apa yang berlaku mutakhir ini boleh ditafsirkan sebagai undi tidak percaya kepada kepimpinannya. – Ruhanie Ahmad

BAHAGIAN TENTUKAN PELAN PERALIHAN KUASA PM, TPM

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. – Utusan, 12/09/2008 12:00pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

MUHYIDDIN SEDIA HADAPI RISIKO

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.

Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. – Utusan,12/09/2008 12:00pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN! - Malaysiakini

RAJA PETRA DI BAWA KE MANA ?
Menteri dalam negeri Syed Hamid Albar telah berkata Raja Petra Kamaruddin kini telah di bawa pergi ke ‘suatu’ tempat untuk di soal siasat.
.
Ini adalah kali ke dua Raja Petra di tahan di bawah ISA. Kali pertama dahulu pada April 2001.
.
Pada 10hb April 2001 Raja Pertra telah ditahan bersama 10 Reformis Tian Chua, Saari Sungip , Gobalakrishnan dan Tukar Tiub.
.
Setelah 60 hari ditahan Raja Petra telah dibebaskan. Manakala 6 orang Reformis telah di hantar ke Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun.
.
Tian Chua, Saari Sungip dan Gobalakrishan kini telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Tian dan Gobi di parlimen manakala Saari Sungip menjadi Adun kerajaan Pakatan di Selangor
.
Kenyataan Media
12 September 2008
.
BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN!
.
Wanita Parti Keadilan Rakyat membantah dengan sekeras-kerasnya akta zalim ISA telah digunakan sekali lagi hari ini.
.
Kami merakamkan rasa kesal atas penangkapan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA sebentar tadi. Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas-lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
.
Sikap kerajaan yang terburu-buru seolah-olah menunujukkan ketidakmatangan dalam memperjelaskan isu penangkapannya kepada masyarakat memandangkan ini adalah tangkapan yang berulangkali ke atas Raja Petra.
.
Pada masa yang sama kita juga mempersoalkan kenyataan daripada Ahmad ismail yang jelas berbau perkauman yang tidak diambil sebarang tindakan tegas oleh kerajaan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri.
.
Oleh itu, kami mengecam kewujudan “double-standard” dalam tangkapan terhadap Raja Petra Kamaruddin.
.
Kami menuntut beliau dan semua tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan serta-merta.
.
YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan Pusat

5 pemimpin menuju Taiwan, dakwa MP BN setuju bincang sertai Pakatan - Malaysiakini

SEPANG: Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertolak ke Taiwan petang ini mendakwa sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan melompat parti.

Mereka merupakan Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong

Perkara ini disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Beliau berkata sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan iaitu pada 16 September, kerajaan baru akan berjaya dibentuk bagi menggantikan kerajaan BN.

“Hingga kini kami telah berjaya, langkah seterusnya adalah yang berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambah beliau setelah wakil PKR pulang pada Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengistirahan bahawa kita telah berjaya dalam agenda 16 September.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan. - mstar

2 Ahli Parlimen GERAKAN lompat ke Pakatan Rakyat? ~ Malaysiakini

Penulis mendengar khabar, ada dua Ahli Parlimen dari Gerakan yang berada di Taiwan dikatakan telah mengisytiharkan diri 'melompat part'i masuk Pakatan Rakyat.

Khabar belum sahih ini disampaikan seorang teman di Terengganu melalui SMS diterimanya. Bagaimanapun dalam siasatan saya media internet belum menyatakan perkara ini sama ada betul atau hanya khabar angin.

Yang jelas ialah kenapa Barisan Nasional (BN) membawa melawat kira-kira 40 ahli Parlimen (MPnya) ke Taiwan di saat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim merencanakan 16 September ini sebagai tarikh bertukar kerajaan?

Jika benar mustahil MP BN itu tidak akan melompat parti kenapa mereka dibawa ke Taiwan dan berada di sana sehingga tarikh 16 September?

Khabarnya wartawan-wartawan seluruh dunia tertumpu di Taipei, ibu negara Taiwan untuk menemui ahli-ahli parlimen berkenaan bagi mengetahui sama ada benar atau tidak mereka akan bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setiap adanya sidang akhbar mahu mengelakkan diri dari bercakap berkait dengan isu melompat parti dengan pelbagai alasan.

Ini menunjukkan bahawa Abdullah semacam mengiayakan apa yang disebarkan dalam media dan apa yang dinyatakan oleh Anwar.

Kalau tidak takkanlah Abdullah bersikap sedemikian rupa.

Orang takut dengan sesuatu situasi akan bertindak bodoh menampakkan ketakutanya sehingga menyebabkan orang ramai mengetahui bahawa dirinya takut dan gementar menghadapi suasana tersebut.

Jika tidak berlaku lompat parti mengapa perlunya dihantar MP BN ke Taiwan atas apa motif sekalipun dalam tempoh perancangan yang dibuat Anwar (sehingga 16 September).

Bukankah tindakan sedemikian mengiyakan apa yang diwarwarkan sebelum ini?

Eloklah Abdullah meletak jawatan segera sebagaimana cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini untuk menyelamatkan keadaan sekaligus menghalang dari kehancuran Umno/BN membarah. ~Harakahdaily

Kenyataan Pakatan Rakyat: Peralihan Kuasa Tetap Akan Berlaku Kerana BN Telah Gagal ~ Malaysiakini

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan. Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.

Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah.

Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan.

Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai UMNO bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua.

Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
PKR

YB Loke Siew Fook,
Pengarah Pendidikan Politik
DAP

YB Dato’ Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung
PAS

11 Sep 2008

Pemimpin MCA, PPP dan Umno di N9 istihar masuk keADILan ~ Malaysiakini

Ratusan sms dan panggilan telefon diterima berikutan pengumuman blog ini semalam berkenaan satu sidang media pengistiharaan teman pemimpin MCA, PP dan Umno di Negeri Sembilan untuk meninggalkan komponen Bn dan memohon untuk memasuki keADILan. Nampaknya langkah berani teman - teman ini cukup mendapat perhatian bukan sahaja dalam Negeri Sembilan malah dari pemerhati politik Malaysia di luar negara juga.

Pagi ini , 11 September 2008, sekitar jam 11 pagi sidang media dimulakan. Kehadiran wartawan dalam jumlah yang juga luar biasa.

petikan berita dari Malaysiakini.

Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.

Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.


Selain mereka, tiga AJK cawangan Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.

"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri
Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.

"Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.

Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR d
i Negeri Sembilan amat menggalakkan.

"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.


Sidang media dihadiri oleh YB Dato Kamarul Baharin Abbas,Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, Sabarudin Yasin, Setiausaha Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Timbalan Pengerusi Perhubungan dan selain dari cheGuBard sendiri selaku MPT keADILan.

Sekurang kurangnya 7 cawangan MCA akan terbubar, 12 cawangan PPP juga akan terbubar dan menyebabkan PP NS lumpuh. Kekuatan Umno juga sudah mula goyah kerana ramai pimpinan 'grassroot' Umno juga telah bersama keADILan. Ada antara mereka ialah golongan profesional dan pemimpin Belia serta NGO peringkat Nasional.

Mengulas ugutan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Bn Negeri Sembilan yang akan membubarkan DUN jika keadaan politik goyah dan ada ADUN yang melompat.

keADILan Negeri Sembilan amat kesal dengan ugutan Mohamad yang jelas menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana bagindalah yang berkuasa membubarkan DUN bukan Mohamad. Persoalanya adakah Mohamad tidak faham undang -undang tubuh negeri atau dia terlalu panik sehingga mengeluarkan ugutan itu ?

Kenyataan Mohamad yang begitu yakin akan merampas semula 15 kerusi PAKATAN kerana baginya kemenangan PAKATAN hanya kerana masalah dalaman Bn seolah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan. Banyak kenyataan Mohamad sebelum ini juga memperlekehkan kehadiran 15 orang ADUN PAKATAN dalam DUN dan mengangap ia memberikan masalah kepada kerajaan negeri.

Sekarang keADILan mencabar jika benar Mohamad berani 'anak jantan dalam politik', sila mengadap Istana Negeri Sembilan persembahkan kepada Banginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk dibubarkan DUN agar membolehkan pilihanraya diadakan semula. Bagi keADILan dengan keangkuhan berterusan kerajaan Bn khususnya di Negeri Sembilan, dengan kebangkitan rakyat serta kempen berterusan memperjuangkan dan membela rakyat leh PAKATAN, keADILan yakin jika diadakan Pilihanraya DUN Negeri Sembilan, PAKATAN bakal merampas sekurang kurangnya 20 kerusi dan akan memerdekan kedaulatan rakyat negeri ini.

Email dari YB kat Taiwan ~ Malaysiakini



Hello Brader MSK,

Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku.

Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang.

Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq.

Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot?

Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka?

Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu.

Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la..

Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa.

Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister.

OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call. ~perakexpress

Nik Aziz sangkal bentuk kerajaan 16/9 perbuatan tidak bermaruah ~ Malaysiakini

KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.
.
"Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,
.
“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.
.
Jelas beliau, sekiranya negara ini terus di perintah oleh UMNO maruah manusia akan tercalar disebabkan perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang sememangnya tidak bermaruah.
.
Namun, katanya, adalah tidak salah jika ada Ahli Parlimen (BN) yang akan melompat parti dan ia bukanlah suatu tindakan yang tidak bermoral.
.
“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula,
.
“Duit pun habis, nampak sangat pengecut. Tak boleh menyerah tetapi panik sehingga larikan diri, takkan nak lari sampai hilang taraf kerakyatan?,” tegas Tuan Guru.
.
Sebaliknya beliau berpendapat, isu lompat melompat parti sudah lama di ajar oleh UMNO sendiri dan jika ia berlaku sekarang bukan suatu perkara yang pelik.
.
“UMNO beli rakyat Kelantan masa Ibrahim Fikri, lompat ke UMNO. Zaman Dato’ Asri pun rakyat di ajar lompat parti, mana ada maruah. UMNO yang ajar rakyat tidak bermaruah. Lompat-melompat ni memang tidak bermaruah. UMNO yang ajar manusia melompat,” jelasnya lagi. - GMC

EMPAT PEMIMPIN PKR BERLEPAS KE TAIWAN ESOK ~ MALAYSIAKINI


Usaha Pakatan Rakyat 'memburu' Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi.

Saifuddin bersama Naib Presiden PKR, Dr. Lee Boon Chye; Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

"Ya memang betul kita akan ke sana (Taiwan) esok," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang kini mengetuai rombongan 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan berkata, beliau tidak risau dengan kedatangan pemimpin PKR esok, yang dikatakan bertujuan ‘memburu’ dan 'memujuk' mereka.

"Apa nak risau...biarlah mereka datang. Negara ini (Taiwan) bebas untuk menerima kedatangan mereka,” kata beliau kepada mStar Online.

Sambil mengakui menyedari kedatangan empat pemimpin PKR itu, beliau menegaskan: "Datanglah... kita semua boleh bersalaman dengan mereka."

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (PKR) kata, mereka sudah ada senarai sembilan nama MP yang akan menyertai mereka dalam rombongan kita.

“Kalau betul ada, saya harap sayalah orang pertama yang akan mereka buru kerana mereka juga mendakwa saya sudah beberapa kali buat perjumpaan sulit dengan Anwar,” katanya.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar, beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

"(Tarikh) 16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya.

Kumpulan berkenaan, yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin, dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

Empat pemimpin PKR itu dijadualkan menemui sebahagian daripada 49 anggota BN-BBC.~ mstaR



HOT!!HOT!

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua. ~ tukar tiub

Gambar sekitar Majlis berbuka Puasa Unit AMAL Kawasan Besut













Gambar sekitar Majlis Berbuka Unit AMAL Kawasan Besut bertempat di Pejabat PAS Kawasan Besut pada 11 Sept 2008.

PAS tentang cubaan cetus isu perkauman~ malaysiakini

KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Peringatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai isu-isu perkauman yang dicetus pemimpin-pemimpin politik perlu diberi perhatian semua pihak.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pandangan Jeneral tersebut perlu diambil perhatian kerana isu perkauman yang ditimbulkan sesetengah pihak kebelakangan ini begitu membimbangkan.

"Pihak tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman," katanya di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera yang mendakwa isu perkauman yang ditimbulkan ahli-ahli politik sekarang boleh menjurus kepada keadaan huru-hara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa kenyataan seperti itu mungkin secara langsung ditujukan kepada Umno dan Gerakan memandangkan mereka sedang bertelagah sesama ekoran isu perkauman yang ditimbulkan Umno.

Menurutnya juga sejak awal lagi Islam menolak perjuangan berasaskan kebangsaan kerana ia boleh menjurus kepada semangat perkauman.

"Dalam al-Quran disebut "Sengaja Allah jadikan kaum itu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Kata beliau Umno dan Barisan Nasional (BN) bergerak atas asas perkauman di mana parti itu memupuk semangat perkauman mengikut sentimen bangsa masing-masing.

Katanya, kaum Cina dengan MCA, India dengan MIC dan Melayu dengan Umno yang akhirnya bertembung sesama sendiri akibat masalah perkauman yang ditiupkan dalam perjuangan mereka," katanya.

Sedangkan PAS, tambahnya sejak awal lagi menolak soal perkauman yang telah menjadikan Islam sebagai dasar dalam perjuangannya.

Beliau berkata, PAS memberi kesedaran kepada penganutnya supaya menjalin hubungan baik semua bangsa seperti saudara sendiri.

"Di Kelantan kerajaan negeri yang mentadbir secara Islam tidak pernah meminggirkan golongan minoriti, antaranya Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah diberikan kepada semua kaum.

"Selain itu, kita juga menterjemahkan gabungan tiga budaya pada Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang bagi menggambarkan penghormatan pimpinan kerajaan negeri kepada golongan terbabit," katanya.

Oleh itu beliau berkata, PAS menentang habis-habisan mereka yang membangkitkan isu perkauman kerana ia mendatangkan mudarat besar kepada seluruh rakyat.

Sementara itu, ada sumber menyebut isu perkauman seperti sengaja dibangkitkan pemimpin Umno dalam usaha mereka menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan pada 16 September ini.

Katanya, ia dibuktikan apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lambat mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail biar pun tindakan dan kenyataannya ternyata boleh menggugatkan perpaduan kaum di negara ini.

"Perdana Menteri hanya menggantungkan jawatan pemimpin itu dalam Umno dan bukannya mengenakan tindakan mengikut undang-undang seperti dikenakan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya. - mj _

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat masuk wad



Kota Bharu; 10 Sept. - Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat, Ust Nik Zawawi Salleh telah dimasukkan ke Hospital KBMC akibat dijangkiti penyakit denggi.

Beliau dimasukkan hari sabtu lepas ke Wad dan keadaannya beransur sembuh. Dijangka dibenarkan keluar esok hari.

PEMUDABESUT diwakili oleh Setiausaha DPPK Besut dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Besut telah menziarah beliau di hospital termasuk Ust Zahid, Setiausaha PAS Kawasan, Nik Hassan Azmi - Penolong SU PAS Kawasan (juga seorang blogger ; Nikhassanazmi.blogspot) dan Ayah Chik, Ketua Keselamatan PAS Besut.

Ust Nik Zawawi yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut terpaksa membatalkan beberapa program penting yang terpaksa beliau hadiri termasuk program bersama pekerja PROTON di Shah Alam .

Pemudabesut mendoakan semoga Ust Nik Zawawi cepat sembuh.


* Pulang dari KBMC singgah beli martabak Raja & jaudah berbuka puasa. Akhirnya PEMUDABESUT dapat juga makan martabat Raja.~ mengidam.....



Kenapa Mahathir Bukan Tengku Razaleigh? ~ Malaysiakini



PRESIDEN Umno Abdullah Ahmad Badawi hanya mengulas ringkas apabila ditanya mengenai hasrat Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke dalam Umno dengan berkata; kita bincang hal Ahmad Ismail saja", apabila ditanya mengenai hal itu oleh wartawan.

Jawaban ringkas tetapi padat itu memberi tafsiran bahawa beliau mungkin tidak setuju dengan cadangan dikemukakan oleh Muhyiddin Yassin itu yang meminta Mahathir kembali ke dalam Umno.

Mudah saja untuk difahami kenapa kalau Abdullah tidak setuju kerana Mahathir menjadi masalah kepadanya.Jadi cadangan Muhyiddin itu menyenakkan ulu hati Abdullah maka eloklah kalau beliau tidak melayaninya!

Muhyiddin pula tentu ada motif tersendiri kenapa beliau mengajak Mahathir agar kembali dalam Umno? Alasan yang beliau berikan Mahathir dapat memperkuatkan Umno dan BN. Secara tidak langsung alasan Muhyiddin itu Umno kini berada dalam keadaan lemah dan tidak ada siapa boleh mengubatinya lagi sehingga terpaksa memanggil bekas pemimpinnya.

Kalau dalam hikayat wayang kulit bila pengasuh tua (Pak Dogol) dipanggil kembali agar pulang semula ke negeri yang dinyahkan itu bermakna negeri itu berada dalam keaadaan kucar kacir dan di ambang kemusnahan.

Begitu juga dengan Umno kini. Kalau sampai Mahahtir diminta kembali semula ia menggambarkan Umno dalam keadaan teruk kalau pun tidak nazak.

Apakah Mahathir mampu berbuat sesuatu kepada Umno? Apakah beliau ada kuasa jin dapat memperbaiki keadaan Umno hari ini yang semakin tersisih dan di ketepikan rakyat?

Sepatutnya Muhyiddin tidak mengemukakan cadangan demikian dan beliau perlu arif dengan realiti yang berlaku disebabkan Mahathir. Beliau mungkin tahu kemusanahan Umno sebagai wadah perjuangan Melayu bermula ditangan Mahathir. Kenapa beliau tetap berminat dengan Mahathir, mungkin Muhyiddin ada agenda lain yang agak personal.

Antara penyebab kenapa Umno berada dalam keadaan dibenci kini ialah kerana Mahathir juga. Stail, dasar dan sikap liberal beliau dalam menguruskan parti berkenaan sehingga menyebabkan semangat Melayu tulen terhakis dari kerajaan yang dibentuk oleh parti berkenaan.

Jadi apabila orang berpenyakit diajak menyertai Umno semula pasti Umno akan jadi bertambah sakit dan ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang semakin meruncing itu.

Cadangan Muhyiddin itu tidak masuk akal sama sekali melainkan ia dilihat kerana menyelitkan motif tertentu yang mudah untuk diteka. Umno harus diberi dan diserahkan kepada orang lain yang masih belum ada rekod mengkhianati perjuangan orang Melayu itu.

Untuk tujuan ini kenapa Umno begitu liat untuk mencari seseorang yang lain sebagai pengganti kedua mereka itu - Mahathir dan Abdullah? Dalam hal ini Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya relevan dan boleh dijadikan penyelamat kepada Umno.

Tengku Razaleigh mampu menjadi nakhoda bagi menyelamat kapal bernama Umno yang semakin senget dan retak di sana sini itu. Dalam keadaan Umno kini sudah kehilangan semangat Melayu adalah sangat elok kalau ianya diserahkan kepada anak raja itu yang kelihatan mempunyai semangat Melayu yang tinggi.Beliau boleh dan mampu menyuntik semula nasionalisme dalam Umno.

Selain daripada itu kepakaran beliau dalam bidang pengurusan kewangan dan ekonomi terbukti menjadi apabila terbangunnya beberapa institusi kewangan dan ekonomi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dulu.

Nama-nama seperti Petronas, Pernas, Bank Bumiputeran, pembinaan lebuh raya adalah antara institusi ekonomi, kewangan dan idea prasarana negara yang seninom dengan beliau. Kita percaya kalau beliau diberi peluang, Tengku Razaleigh mampu berbuat sesuatu yang lebih daripada itu.Kalau dengan hanya sedikit kuasa beliau dapat melakukan sesuatu yang kini mengkagumkan kita apa lagi kalau diberikan kuasa yang lebih besar.

Umno harus berani membuat perubahan dan mencuba khidmat seorang pakar baru untuk membina semula partinya. Tidak ada guna kalau terus menggunakan pakar atau arkitek yang ternyata tidak dapat menyegarkan jiwa Umno seperti mana diharapkan. Kedegilan ahli Umno untuk melakukan anjakan paradigma ia akan memusnahkan parti berkenaan.

Dalam hal ini ahli Umno sepatutnya tidak terikat dengan stigma atau pun label yang telah dilemparkan kepada Tengku Razaleigh oleh seseorang yang menilainya dengan hasad dengki dan dendam kerana cara penilaian itu amat tidak adil.

Apa kata kalau ahli Umno ramai-ramai sepakat untuk mencuba khidmat Tengku Razaleigh bagi memperbaiki keadaan Umno dengan memberikan ruang untuknya mengadu nasib sebagai Presiden Umno pada Disember nanti! ~ MSO

PROSES MELOMPAT DIJANGKA BERMULA HARI INI? ~ Malaysiakini


Siasah Malaysia dijangka mengalami satu kejutan dalam sehari dua lagi. Apa yang disifatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai mustahil dijangka menjadi realiti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim amat yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008 atau selewat-lewatnya selepas rombongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kembali ke tanahair daripada “lawatan sambil belajar” mereka di Taiwan.

Keyakinan ini terpancar dalam ucapan Anwar selepas majlis berterawih di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada malam Selasa 9 September 2008.

Proses melompat Ahli Parlimen BN untuk menganggotai PR dijangka bermula sehari dua lagi. Proses ini akan dimulakan oleh seorang Ahli Parlimen yang kini menyandang satu jawatan penting dalam BN. Tindakan ini dijangka diikuti oleh banyak lagi siri lompatan seterusnya.

Selanjutnya, apa yang sedang diheboh-hebohkan sebagai “lawatan sambil belajar” ke Taiwan adalah indah khabar dari rupa.

Rombongan Ahli Parlimen BN yang berada di negara berkenaan sejak dua hari lalu tidak mempunyai apa-apa jadual dan program sebagaimana dijangkakan.

Ahli-Ahli Parlimen wanita hanya menghabiskan masa dengan membeli-belah. Kebanyak ahli yang lelaki pula hanya berbuat apa sahaja yang mereka fikirkan perlu.

Saya mempunyai beberapa maklumat terkini mengenai kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, biarlah maklumat ini saya rahsiakan buat sementara waktu.

Apa pun, siri lompatan ini dijangka berakhir dengan satu klimeks yang lebih menggemparkan dan di luar jangkaan ramai kebelakangan ini.

Oleh itu, sama-samalah kita nantikan saat dan ketika itu dengan penuh sabar. – Ruhanie Ahmad

16 Sept; Anwar ke Taiwan? ~ malaysiakini


Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang di fahamkan akan ke Taiwan jika perlu untuk berbincang bersama 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini.
Walaupun sebelum ini beliau ada menjelaskan mungkin penubuhan kerajaan baru akan berlaku pada 20 September ini namun itu hanya sebahangian dari ” Pelan B ” mungkin.

Agak mengejutkan sewaktu keterangan beliau kepada akhbar di mana
“16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung tuduhan liwat.

Jelas Anwar lagi beliau tidak pernah putus hubungan dengan anggota Parlimen yang berada di Taiwan kini dan jika terdesak bagi menyelesaikannya beliau akan pergi ke negara itu jika perlu.
Namun dapat di lihat keretakkan Barisan Nasional semakin jelas apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk fikirkan semula tempoh peralihan kuasa yang di anggap terlalu lama.

Menerusi apa yang di katakan jelas bukan sahaja rakyat malahan pimpinan UMNO Barisan Nasional juga mahu Abdullah Badawi mengundurkan diri dengan lebih awal dari apa yang di rancang Perdana Menteri tersebut.

Selain itu mengikut sumber beberapa ketua cawangan MCA akan menyertai KeADILan diatas kepercayaan yang tinggi keatas komitmen Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan keatas tanah air. Bertempat di Ibu Pejabat keADILan Negeri Sembilan di Seremban pagi esok, satu majlis akan diadakan bagi menyambut penghijrahan Ketua-ketua cawangan berkenaan. InsyaAllah

Namun apa yang di kesali apabila kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan diatas kenyataan yang berbau ugutan.

Mohamad Hasan dengan beraninya mengungut akan membubar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri berkenaan sekiranya ada dikalangan ahli-ahli Dun dari Barisan Nasional yang akan menyertai KeADILan atau Pakatan Rakyat.

Walaupun beliau berkuasa dengan jawatan Menteri Besar Negeri sembilan beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian seolah-olah angkuh terhadap kuasa yang ada kami dari Pakatan Rakyat begitu kesal terhadap kenyataan yang di keluarkan seolah-olah menakut-nakutkan mereka yang ingin berhijrah.

Yang pasti mungkin ada di kalangan mereka yang mahu berhijrah jika tidak masa kan kenyataan beliau yang kelihatan begitu resah dan marah dan sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seolah berbau ugutan. p99ampang

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.