






TV ONLINE
12 Jan 2009
11 Jan 2009
KT: Taktik Kotor BN

Kuala Terengganu – Taktik kotor Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO mula terserlah dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Kelmarin, Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato’ Mustafa Ali telah mendedahkan kepada umum sifat keji BN yang membeli undi dengan memberi rasuah RM 500.00
Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan pula cubaan BN untuk mengujudkan kekeliruan dan salahfaham dikalangan pengundi dengan penemuan sehelai ‘vest’ petugas BN yang dicetak dengan dua lambang.Ekoran risikan dan tindakan pantas skuad AMK akhirnya membuktikan niat jahat UMNO dan BN apabila vest yang dicetak dengan dua lambang itu ditemui dalam markaz besar pemuda UMNO.
“Kita (AMK) telah mendapat maklumat tentang vest yang berlambang dua itu lebih awal dan menugaskan skuad khas AMK membuat risikan,
“akhirnya ia berjaya ditemui di markaz besar pemuda UMNO dan skuad khas AMK telah bertindak pantas menyeludup keluar vest tersebut,”kata Pengarah Pilihanraya AMK, Fariz Musa di Markaz Besar AMK, di Kampung Ladang dekat sini semalam.
Beliau berkata vest tersebut amat mengelirukan dan cukup bahaya sekiranya ia diguna pakai.
“Dihadapan vest tersebut dicetak dengan lambang PKR, manakala di bahagian belakang dicetak dengan lambang BN,”katanya sambil menunjukkan vest tersebut dipejabatnya semalam.
Katanya pemakaian vest tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan pengundi Kuala Terengganu dengan niat untuk memberikan imej yang buruk kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
“Ia juga boleh memecahbelahkan muafakat Pakatan Rakyat sekiranya si pemakainya melakukan kerja-kerja sabotaj, misalnya mencabut merosakkan bendera PAS atau pun DAP,”terangnya.
Oleh yang demikian beliau meminta semua petugas Pakatan Rakyat samada dari PAS, PKR dan DAP supaya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terhadap tipu helah BN yang terbaru itu.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai samada pengundi atau pun bukan bersama-sama turut memantau keadaan keselamatan supaya pilihanraya kecil Kuala Terengganu dapat berlangsung dalam suasana yang aman.
Justeru beliau meminta pihak-pihak yang berkaitan dengan keselamatan samada petugas-petugas keselamatan dari Pakatan Rakyat atau pun petugas keselamatan awam meningkatkan kawalan masing-masing supaya kejadian yang tidak diingini dapat dicegah lebih awal.
KT: Imej Sombong Wan Farid
Gaya 3: Tanpa mendengar butir percakapan, gaya sahaja sudah dapat meneka apakah nada yang digunakan.
Buruk sangatkah imej dan perlakuan Wan Farid sehinggakan Pak Lah sendiri terpaksa membela Wan Farid dari imej sombong? Sebelum ini Najib juga telah ke depan membela Wan Farid apabila Dr M mengatakan Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah. MB Terengganu, Ahmad Said sendiri mengakui belum berpuas hati dengan imej Wan Farid setakat ini. Apakah Wan Farid adalah "teruk dan teramat buruk" seperti yang dikatakan tersebut?
Secara peribadi aku tidak kenal siapa Wan Farid. Walaupun tahu Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, namun disebabkan tiada apa yang menarik untuk diteliti tentang dirinya menyebabkan tiada perasaan mahu ambil tahu sehinggalah Wan Farid dilihat beria-ria mahu menjadi calon UMNO bagi kerusi P036 Kuala Terengganu.
Ketika itu imej Wan Farid sudah diperkatakan sebagai sombong, elit dan sebagainya. Ditambah dengan mempunyai pertalian dengan Wan Hisham (abang), imej Wan Farid sudah diletakkan sebagai tercalar sebelum dicalonkan lagi. Namun, kerana kedudukan dan sedikit 'keakraban' dengan Pak Lah mungkin menjadi penyebab kepada kerusi terbabit dicaloninya.
Imej Wan Farid bertambah buruk bilamana PAS meletakkan Hj Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Sifat semulajadi peramah dan mudah mesra Hj Wahid telah meletakkan saham Wan Farid merudum lagi. Perbezaan sikap dan kemesraan antara keduanya menyebabkan imej Wan Farid dikatakan terpaksa diperbaiki dan dimolekkan. Maka muncullah pelbagai billboard yang cuba menceritakan Wan Farid adalah comel-comel sahaja layaknya.
Dalam mendengar cakap-cakap awam tentang Wan Farid yang ego, sombong dan elit, aku akhirnya terpaksa akur dan mengakui bahawa cakap-cakap itu ada asas dan kebenarannya. Aku sempat melayari laman web UMNO Kuala Terengganu dan menjumpai gambar-gambar anak bangsawan tersebut. Patutlah dia dikatakan ego, sombong dan elit.
Buruk sangatkah gaya-gaya ini? - amdang81
10 Jan 2009
'Sambutan luar biasa orang Cina terhadap calon PAS ~ malaysiakini
KUALA TERENGGANU,10 Jan (Hrkh)- Sambutan masyarakat Tionghua terhadap calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu amat luar biasa kali ini.Pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham hasil kempennya di Kampung Tiong dan Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Menurutnya, orang Cina sekarang ini sudah terbuka minda terutama setelah melihat kepada perwatakan dan peribadi Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur, Air, Kemudahan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Perak berpendapat meski pun MB Perak dari kalangan orang PAS namun beliau seorang pemimpin yang baik. Kini katanya, orang Melayu, Cina, India dan orang Asli di seluruh negara ini telah mengetahui kesemua cerita fitnah dan bohong pemimpin Umno-BN itu
9 Jan 2009
Tok Guru Nik Aziz ketuai demo bantah Israel di Kota Bharu
KOTA BHARU, 9 Jan - Ribuan umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Ilmu Kota Bharu, Perkarangan Pejabat PAS Kelantan bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin khususnya Gaza. Demonstrasi anjuran Pemuda PAS Kelantan itu diketuai sendiri oleh YAB Tok Guru Nik Aziz selepas selesai Kuliah Mingguannya di Dataran Ilmu. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk turut serta, di mana simbolik pada tunjuk perasaan tersebut adalah acara membakar bendera Israel dan juga Amerika Syarikat.
KT: Dua lokasi dikesan port pengundi hantu

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.
Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP).
Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu.
8 Jan 2009
10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU
1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.
3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.
4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.
5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.
6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.
7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.
8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.
9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.
10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.
6 Jan 2009
KT : Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu
Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad..Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.
Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.
U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.
Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.
Sekitar Penamaan Calon P.36
Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.










4 Jan 2009
Apa reaksi konsert Rihanna di Malaysia - Malaysiakini
Sisipan hiburan sebuah akhbar hari ini menulis tentang berita yang menyatakan penyanyi kulit hitam Amerika Syarikat yang sedang popular, Rihanna akan mengadakan konsert di Malaysia Februari ini.Rihanna yang mula mendapat tempat di hati peminat dengan lagu hits Umbrella, adalah lebih ’seksi & bahaya’ berbanding Avril Lavigne. Tidak lama dahulu, kecoh negara kita apabila Avril Lavigne ingin mengadakan konsert dan berduyun-duyun petisyen dihantar sebagai bantahan.
Kita tunggu apa reaksi...
Utusan Malaysia : Konsert Rihanna di Malaysia
2 Jan 2009
PEMUDA BESUT @ Bantah Isreal ~ Malaysiakini
Antara pimpinan yang mengucap Pidato Umum tentang kekejaman terhadap tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa ialah Ust Hamzah ( Dewan Ulama Terengganu), Ust Azman Shapawi ( Ketua Pemuda PAS Terengganu), YB Ust Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan), YB Mohd Noor Hamzah ( ADUN Bukit Payong), Wakil Pelajar dan diakhiri ucapan & doa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato Abu Bakar Chik.
Beliau berkata tindakan itu juga sebagai melahirkan rasa bimbang yang berpanjangan masyarakat Islam dunia terhadap Israel yang terus menerus membunuh masyarakat Islam yang tidak berdosa.
Masjid Pengadang Baru menjadi saksi kebangkitan Islam
YB Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan turut menyertai bantahan
YB Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong) sedang memberi pidatonya
Dato Abu Bakar Chik begitu bersemangat menyampaikan PidatonyaKota Bharu: Bantah Kekejaman Israel - Malaysiakini
KOTA BAHARU - Kira-kira 1,000 pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran KIAS hari ini bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
Presiden KIAS, Syed Ridhuan Syed Kamar Kamaruddin berkata perhimpunan setengah jam itu bagi menyatakan perasaan marah terhadap tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Beliau berkata tindakan itu juga sebagai melahirkan rasa bimbang yang berpanjangan masyarakat Islam dunia terhadap Israel yang terus menerus membunuh masyarakat Islam yang tidak berdosa.
1 Jan 2009
KT: Yang DiPertua PAS Vs Ketua UMNO Bahagian
Roslan SMS : Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.
Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.
Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.
Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.
Berikut adalah artikel dari NST berkenaan YB Wahid yang pernah terbit pada 15 November lalu: Know your State Rep: It's about willingness to work with others
Harakahdaily : Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
Tranungkite: ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
mStar : ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
Malaysiakini : PAS fields surprise candidate
themalaysianinsider : Pas names surprise candidate after last minute change




PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Ribuan orang menyertai bantahan tersebut


