Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Jul 2009

1Malaysia ragu kenyataan Polis dan SPRM





Malam tadi, beratus-ratus rakyat Malaysia berkumpul di perkarangan Plaza Masalam di mana terletaknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14. Rakyat Malaysia berbilang kaum itu marah apabila Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan tersebut (laporan Bernama).

Jeff Oii melaporkan (komen di sini):
The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry.
Saya rasa Jeff tersilap membuat laporan. You cannot say the whole town is very angry, Bro. There are insane scumbags loitering here and there around town. They do not feel anything. They are not angry. It takes a sane human to feel angry, Bro!

Hari ini, kira-kira 10 pagi nanti, insya Allah, ramai lagi rakyat Malaysia akan pergi ke pejabat SPRM Selangor menuntut penjelasan (sila baca "The writing was already on the wall so long ago" oleh Raja Petra Kamarudin).

Keluarga dan penyokong Pembantu Exco Selangor tidak puashati SPRM gagal jaga keselamatan



MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

Penyokong pakatan pembangkang berkumpul di pekarangan Plaza Masalam di sini malam ini sambil menyalakan lilin dan memegang bunga sebagai tanda berkabung berikutan kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30

Mereka turut membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa gagal menjaga keselamatan Beng Hock, salah seorang saksi kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkumpul sejak pukul 7 malam dan turut disertai ahli keluarga Beng Hock dan teman wanitanya.

Semasa berkumpul, kumpulan itu melaungkan rasa tidak puas hati atas kejadian yang menimpa Beng Hock dan menyalahkan SPRM serta pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai punca kejadian tersebut.

Mereka juga menyamakan kematian Beng Hock dengan kes kematian S. Kugan, suspek yang mati di dalam lokap polis awal tahun ini.

Sambil berkali-kali menjerit meminta SPRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Beng Hock, kumpulan tersebut bersurai pada pukul 11 malam selepas diarah berbuat demikian oleh pihak polis.

Berita berkaitan:
Kenapa baju terkoyak

Exco tidak puashati

Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut

16 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (43) : Terima RM700 - RM1500 punca kalah?



Dakwanya, sebagaimana diberitahu penduduk ada di antara mereka mendapat antara RM700 hingga RM1500."Kita mendapat maklumat daripada pengundi bahawa BN berkempen dengan mengunakan politik wang sehingga pagi hari mengundi," katanya.Ujarnya, ini menunjukkan apa yang dirancang kerajaan BN untuk menghapuskan politik wang dan rasuah ini tidak berkesan. Petikan daripada harakahdaily Terpengaruh janji manis BN, dakwa wujud politik wang



Dekat bawah ni ialah gambar yang diambil pada pagi hari pengundian dan lokasinya ialah berhampiran pejabat KESEDAR Sungai Peria. tengok gambar dulu...
Gambar diatas ialah gambar yang diambil semasa beberapa petugas Pilihanraya N-41, MAFREL dan juga NGO yang terlibat dalam pemantauan PRK N-41 menyerbu sebuah rumah yang disyaki dijadikan lokasi mengagihkan sogokan wang oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal...

Aku yakin para pembaca yang menyokong UMNgOk/Barisan Nasiyonal bising kononnya tak de bukti... gambar macam ni bukan bukti...

Jadi baik korang tengok video pengakuan dekat bawah ni pulak... diambil dari lokasi yang sama ketika serbuan dibuat...

Setiausaha Politik Exco Selangor mati jatuh dari pejabat SPRM


Teo Beng Hock, 30 Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini, tengahari tadi.

Mayat beliau ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat Selangor. Difahamkan beliau disiasat sehingga awal pagi tadi.

Sebelum itu, pejabat Ean yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor diserbu sepasukan anggota SPRM. Ean adalah Adun DAP Seri Kembangan.

Mereka turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teo.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Teo terjatuh ataupun terjun dari pejabat SPRM Selangor itu. _

Kedah terima pelaburan RM35.7 billion.

Kedah bakal pesat membangun selepas ini apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.

Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.

Kilang ini akan dibangunkan oleh Merapoh Resources Corporation dan dananya akan disokong oleh pelabur antarabangsa.

Kilang ini akan menapis minyak mentah dari Timur Tengah untuk diekspot kemudiannya ke China.

Azizan berkata, kerajaan negeri menjangka, pelaburan untuk industri minyak dan gas akan bernilai RM80 bilion di masa depan dengan terbinanya hub ini. - siasahdaily

Anwar Menang Kes Tuntutan, Pendakwaraya Diarah Serah Bukti

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela.

Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen.

Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu.

Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas.

Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008.

Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya.

Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar menghadapi kes Liwat II.

PRK N41 Manek Urai (42) : Nik Aziz: Rasuah, punca PAS menang tipis di N.041



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno BN memperbodoh rakyat Manek Urai dengan janji pembangunan serta rasuah

PRK N41 Manek Urai (41) : Tragedi sebenar di Manek Urai

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan.

Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi. Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Menurut seorang yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, mereka sempat mengambil gambar dan video tentang kejadian tersebut. (Lihat gambar-gambar yang disertakan)

Salah seorang muslimah pas yang cedera parah diusung keluar selepas berlakunya perang botol dan batu di hadapan sek men perial kelmarin

Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila TPM dan IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.
Pemuda PAS ini juga pecah di kepala kerana lontaran batu dari penyokong -penyokong UMNO di peti undi Perial

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?

Difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib. Sumber : pinkturtle2 / manjongmari / wfauzdin

15 Jul 2009

Khir Toyo Digantung Setahun Kerana Lari Dari Disiasat



NONESidang Dun Negeri Selangor hari ini meluluskan usul menggantung Adun Sungai Panjang Dr Mohd Khir Toyo selama setahun berkuat-kuasa serta merta melalui undi suara.

Usul ini dibentangkan oleh Jawatankuasa Keistimewaan dan Hak dan disepakati oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi menghukum bekas Menteri Besar Selangor itu yang enggan menghadirkan diri ke siasatan penyelewengan dana Balkis membabitkan isterinya.

Kata sepakat ini diluluskan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa sebarang masalah dari wakil-wakil rakyat BN, yang mengambil keputusan keluar Dewan membantah usul menggantung Khir Toyo.

Ini bermakna, Adun Sungai Panjang itu hanya boleh kembali ke Sidang Dun sebagai wakil rakyat pada Julai tahun hadapan.

Sumbangan Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) kepada Balkis dikesan digunakan untuk menampung projek-projek isteri adun-adun Umno-BN.

Yang Dipertua Balkis, iaitu Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohamad Khir Toyo, memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac 2008 - tiga hari selepas pilihanraya umum ke-12 - untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian.

Wang sebanyak RM9.9 juta itu kemudian disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berpendapat wang Balkis itu tidak seharusnya dipindahkan kepada Bakti kerana perlembagaan Balkis menyatakan wang RM9.9 juta itu sepatutnya disalurkan kepada kerajaan atau tabung yang didirikan oleh kerajaan dengan kelulusan daripada ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang menteri besar baru Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Usul itu juga melibatkan penggantugan enam bulan empat wakil rakyat yang mempersoalkan integriti Selcat. Mereka adalah Adun Sabak Warno Dogol, Adun Batang Kali Isa Abdul Kasim, Adun Dengkil Marsum Paing dan Adun Hulu Bernam Mohamad Idris Abu Bakar.

Mereka tidak akan menerima elaun masing-masing sehingga tamat tempoh penggantungan.

Abe Uji: Terima Kasih Rakyat, Saya Akan Pikul Tanggungjawab Dengan Amanah



MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam ini.

Pemenang Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada rakyat kerana tidak termakan sogokan dan omong politik Umno-BN.

Beliau berkata kepercayaan yang diberikan pengundi kepada Pas akan dipikulnya dengan rasa amanah dan tanggungjawab.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Saya berterima kasih kepada semua, khususnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus disebalik persaingan Umno yang sengit. Kita dapat kekalkan kerusi N41 Manek Urai diatas kepercayaan rakyat dan sokongan dari Pas dan Pakatan Rakyat kita dapat kejayaan hari ini” kata Fauzi.

Tepat jam 9.01 malam, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan kerusi N41 Manek Urai dimenangi calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Fauzi Abdullah.

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Fauzi menujukan kemenangan ini kepada kepimpinan dan akar umbi Pas yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.

“Memang sengit pilihanraya ini, walaupun kecil, tetapi semua menteri turun ke Dun Manek Urai ini,” katanya.

“Saya ucap terima kasih kepada rakyat yang tidak termakan dengan sogokan dan janji-janji yang dibuat, yang saya fikir kerana ketahanan diri mereka yang kuat. Faktor kemenangan ini juga kerana hubungan rakyat dengan akar umbi kerana kalau kita tidak hampir kepada rakyat, kita tidak mungkin dapat mempertahan Dun Manek Urai,” tambah Fauzi.

Sementara itu, Exco Kelantan Husam Musa berkata Pas mampu meraih sokongan lebih besar sekiranya politik wang Umno-BN dibendung SPR.

“Kemenangan ini sesuatu yang berharga pada kami, kerana politik wang amat berleluasa, tetapi rakyat mampu bertahan dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pusingan ke enam. Kalau kena tiga lagi pusingan, dengan izin Allah, Umno tumbang,” tegas Husam.

“Secara teori, Umno percaya menjadi alat untuk memenangkan kawasan luar bandar, tetapi kerana kekuatan iman dan kefahaman politik para pengundi, rakyat dapat bertahan disebalik serangan wang yang begitu dahsyat sekali,” katanya.

“Saya ingat BN tentu amat kecewa sekali. Dengan pelaburan sebesar itu mereka masih gagal. Ini satu pukulan hebat kerana walaupun dengan 11 tawaran Perdana Menteri, masih mereka belum menang disini,” kata Husam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang mengikuti perkembangan Manek Urai dari Nottingham, United Kingdom menyaggah dakwaan media perdana bahawa sokongan terhadap Pas semakin terhakis.

“Tidak sekali-kali berkurangan. Di kawasan Manek Urai, dengan rakyat yang banyak bergantung kepada kerajaan dari segi bantuan, namun mereka masih memilih calon Pakatan Rakyat – walaupun dengan majoriti yang kecil – tetapi ini adalah petanda positif rakyat Kelantan masih bersama-sama Pas dalam apa keadaan sekalipun,” tegas beliau.

“Kita bersyukur rakyat telah cuba dirasuahkan tetapi rakyat masih lagi berpegang kepada perjuangan bersama Pas, disebalik ugutan dan rasuah dari pihak Umno-Barisan Nasional,” tambahnya.

14 Jul 2009

KEPUTUSAN SETIAP UPU

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


8.25 pm : Abe Uji & TGNA ke Pusat penjumlahan undi


8.25 malam - Calon PAS, Abe Uji dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.


8.15 malam - Keputusan sekarang, PAS hanya mendahului 64 undi sahaja.

8.15 malam - 5 lagi peti undi masih lagi tidak sampai ke tempat pengiraan undi. Keadaan diluar sedang hujan renyai. Sebarang kemungkinan mengkin berlaku.

Di Markaz Induk, tazkirah dan doa dipimpinkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selasai. Calon PAS, Abe Uji keluar dari markaz ke dataran untuk bersama-sama para penyokong.

Trafik menuju ke tempat semakin sesak tidak bergerak sejak dikhabarkan PAS menang tipis.


8.15 malam - Keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui umum jam 8 tadi tidak dapat diumumkan.

Pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

3.10 pm : AGAK LUAR BIASA PERATUSAN UNDI SUDAH MENCECAH 82%

Agak luar biasa apabila kira-kira 82 % atau 10,080 pengundi sudah keluar mengundi setakat jam 2.15 petang tadi.
Peratusan ini adalah tinggi berbanding dengan 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Jika trend ini berterusan sehingga ke petang tidak mustahil ianya akan mencecah 90%, suatu yang boleh dibanggakan.
Namun begitu persoalannya mengapa pengundi begitu 'dahaga' untuk mengundi sehingga sanggup keluar awal sedangkan trend pengundian pada PRK sebelum ini agak normal dengan lebih kurang 50-60 % sahaja yang keluar sehingga jam 2 petang.
Apapun kita yakin petugas PAS akan sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan yang berlakunya penipuan dan penyelewengan jika dilakukan pihak lawan.


3.09 petang - Di Sungai Peria, dua eorang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.


2.50 : Dah letih ke??

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

2.30 petang - Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk

2.00 petang - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri


1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.


1.14 petang - calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major


1.10 petang - Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.


Kanak-kanak pun turut berkempen untuk PAS. Anda bagaimana?


Kaum Cina bukan Islam berkempen untuk PAS. Anda?

1.40 pm: Gambar terkini di Manek Urai




















PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.