Koroner Azmil Muntapha Abbas mengarahkan mayat mendiang setiusaha politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula untuk bedah siasat.
Bagaimanapun persoalan bila, di mana, dan siapa yang akan menjalankan bedah siasatan itu hanya akan ditentukan pada 9 November ini.
Peguam Gobind Singh Deo dalam hujahnya ketika membuat permohonan bagi menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat Beng Hock berkata testimoni daripada pakar patologi Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip amat penting dan ia perlu disahkan melalui bedah siasat baru.
Bagaimanapun peguam mewakili Peguam Negara, Tan Hock Chuan berkata testimoni Dr Pornthip kekurangan satu elemen penting iaitu penemuan kerana bukan beliau membuat bedah siasat pertama.
Gobind berkata langkah ini perlu supaya mahkamah dapat melihat semua penemuan-penemuan sebelum mencapai pada satu keputusan.
Gobind bagaimanapun berkata Dr Pornthip menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sijil yang sewajarnya untuk menjalankan bedah siasat kedua.
Demikian itu Gobind mencadangkan Dr Pornthip menyertai bedah siasat kedua dan mengarahkan salah seorang pegawai perubatan kerajaan.
Gobind juga mencadangkan supaya Dr Pornthip bekerjasama dengan Dr Khairul dan Dr Prashant dalam bedah siasat berkenaan.
Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong permohonan ini.
“Permohonan dibuat oleh keluarga simati Teoh Beng hock untuk mengeluarkan mayat beliau untuk tujuan bedah siasat kali kedua, permohonan di dengar oleh Koroner petang tadi dibenarkan dan kita akan dapat perintah yang lebih lanjut dan terperinci pada hari isnin berkenaan masa dan tempat post mortem kedua akan diadakan,"katanya.
Dr Pornthip mencetuskan kegemparan di inkues 21 Oktober lalu selepas penemuannya mendapati ada 80 peratus kemungkinan mangsa telah dibunuh.
Penemuan Dr Pornthip bercanggah dengan laporan bedah siasat patologis tempatan dan polis yang mengumumkan bahawa mangsa telah membunuh diri.
Dalam siasatannya mendapati ada kemungkinan mangsa dicekik terlebih dahulu, dan duburnya ditusuk sesuatu, sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM.
Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat awal dan dokumentasi sekitar kematian mangsa.
“Kehadiran Dr Pornthip dibenarkan,itu yang kita beri penekanan semasa pendengaran tadi.Apa yang kita perlukan adalah untuk Pornthip hadir walaupun terdapat masalah dari segi kelayakan tetapi kepada kita itu tidak member i sebarang kesan. Apa yang penting untuk beliau hadir supaya beliau dapat melihat dengan lebih jelas atau terperinci aspek-aspek yang beliau telah pun katakan menimbulkan keraguan khususnya kesan cekik dan juga kesan calar menunjukkan kemungkinan ada kesan dera dan juga beliau telah dicekik,”katanya.
Gobind berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dalam hujahnya petang tadi bagaimanapun tidak membantah bedah siasat baru dibuat namun pihkanya akan menghantar pakar pataloginya untuk menyertai bedah siasat berkenaan.
Sementara itu Hock Chuan menyokong saranan Gobind supaya pakar patologi dari bedah siasat pertama iaitu Dr Khairul Azman dan Dr Prashant hadir di bedah siasat kedua ini.
TV ONLINE
4 Nov 2009
Koroner benar mayat Teoh digali semula
Solat hajat mohon kemenangan DS. Nizar ke mahkamah esok.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, yang mana pada esok hari akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, siapakah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang - undang.
Beliau meminta seluruh ahli PAS dan rakyat yang cintakan keadilan memohon berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT agar keputusan tersebut berpihak kepada Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin , serta dijauhkan dari perancangan jahat musuh-musuh Islam.
Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela,
Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT Satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”
InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau. Mohd hafez sabri
Dr MAZA jawab tuduhan.
Sarjana Muda Kepujian, University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan Dr Mohd Asri dalam Bahasa Arab dan Sastera serta Syariah Islamiyyah. Ia bercanggahan dengan dakwaan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari yang disiarkan Utusan Malaysia pada 2 November 2009.
3 Nov 2009
Asri mula serang, dedah ‘gelombang fitnah’ malam ini
Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan malam kelmarin atas alasan memberi ceramah agama tanpa tauliah, sudah memulakan langkah mempertahankan diri beliau dengan ‘siri’ pertama menjurus kepada penjelasan ‘gelombang fitnah’ malam ini. Kuliah beliau yang akan berkisar pada tajuk “Gelombang Fitnah” dijadual untuk berlangsung di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam.
Maklumat blog Asri pagi ini juga menyebut beliau akan menjawab tuduhan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang sijil palsu.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al-Ghari mendedahkan Asri telah memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.
Jelas Zamihan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
“Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti ‘fiqh wa usul’.
“Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.
“Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Penahanan beliau mencetuskan persoalan di kalangan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Asri dilepaskan petang semalam dengan bon jaminan kerana JAIS gagal mengemukakan pertuduhan ke atas beliau. - themalaysianinsider.com
8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah
Dari kiri ke kanan: Datuk Abdul Rahman Bakri, Mohd Rosli Bushra, Wong Choon Hau, Yahya Saari, Yap Soo Soon dan Firdaus Abu Karim. – Gambar oleh Jack Ooi (themalaysianinsider)
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.
Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.
Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu,bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.
Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.
Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.
Selain itu, pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.
Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.
Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.
Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dilaporkan telah menangkap lima orang termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa hari ini.
Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.
Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM semalam.
Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini.
Selain itu, SPRM Selangor juga dilaporkan telah menangkap seorang bekas Adun dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas Adun tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas Adun berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Selain mereka, turut ditangkap adalah seorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor dan seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya juga akan didakwa._ Hrkh
Terengganu: Pembelian Bas bernilai RM10.5 juta Membazir
Pembaziran tersebut berpunca dari kerajaan negeri gagal membuat kajian komprehensif sebelum melaksanakan projek tersebut.
(Gambar - penyerahan bas yang 'tersadai' kepada sebuah sekolah, gambar fail SUK)
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kajian sedemikian adalah sangat perlu bagi mengelakkan kegagalan mencapai objektif.
Menurut laporan tersebut, Setiausaha kerajaan negeri telah melantik dua syarikat membekalkan bas-bas tersebut pada tahun 2007.
Kemudian, pada bulan Februari tahun ini, Kerajaan negeri memutuskan untuk mengagih-agihkan 18 buah bas itu kepada beberapa agensi dan jabatan.
Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan.
Berdasarkan laporan Setiausaha Kerajaan negeri, audit juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dari membelinya.
Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua knderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.
Auditor tidak dapat menganalisa kos yang timbul kerana Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) telah merampas fail-fail berkenaan.
Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati penyelewengan penggunaan kad pegisian bahanapi berlaku di pejabat Setiausaha kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
Kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit supaya sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sayarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan mereka melaksanakan amalan pengurusan koporat yang baik, mematuhi peraturan, memperolehi keuntungan dan membayar dividen kepada negeri.
Baca laporan asal >>
2 Nov 2009
Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS


Preisen PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009
Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam. Lagi... (trgkini)
Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta - Terengganu

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).
Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.
Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.
”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008
Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.
Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.
Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.
”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.
Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO
Badrul Hisham di beli 10 juta atau 20 juta...
Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional.
Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini.
“Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya.
Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN.
Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini.
Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar.
Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya.
Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti.
“Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang dia lakukan, mana dapat wang? Peruntukan dari mana?,” katanya. TVS
Sidang Media Dr Asri
Sebelum Dr Asri ditangkap oleh JAIS & Polis, beliau telah membuat satu sidang media tergempar telah dilakukan oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin di Taman Tun Dr Ismail jam 8.10 malam tadi.
Sidang media tersebut bertujuan untuk menjawab memorandum fitnah Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Beberapa persoalan fitnah yang telah dibuat di dalam memorandum tersebut telah dijelaskan di dalam sidang media itu.
Lagi berita tentang sidang media:
Salinan Memorandum fitnah tersebut, sila klik di sini.
Bekas Mufti Perlis ditahan JAIS.
Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.
Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.
Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.
Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.
Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.
"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.
Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.
Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.
Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.
Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.
Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.
Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."
Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.
"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.
Pihak media menanti dengan setia di luar kawasan balai polis Ulu Kelang ketiak Dr Asri dibawa masuk untuk diambil keterangannya
Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.
Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.
Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.
Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.
Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.
Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.
Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.
Mohd Asri telah diarahkan untuk menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada hari ini, jam 9 pagi untuk diambil keterangannya.Mstar
1 Nov 2009
HIMPIT10K : Besut Juara Bola Sepak Pantai & Tarik Tali
Dalam acara Tarik tali pula, 'Geng Badang' telah menjuarai acara itu dengan mengalahkan pasukan Dungun. Besut juga telah berjaya mendapat Naib Johan dalam acara sepak raga. Menurut ketua Pemuda PAS Kawasan Besut telah berpuas hati atas pencapaian tersebut.
Justice For Tian Chua
Nurul Izzah's fund raising dinner at Taman Sri Sentosa in KL, 31/10/2009
Justice For Tian Chua
Rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan satu Kempen menuntut ‘Keadilan Untuk Tian Chua’, ekoran hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Beliau dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 (Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen KL) di Jalan Parlimen 10.45 a.m. 11hb.Disember 2007 (dipintu masuk gerbang Bangunan Parlimen).
Oleh itu, Ahli Parlimen Batu itu telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Kes telah berlanjutan sejak 11 Januari tahun 2008 dibicarakan mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, dengan hukuman yang dikenakan keatasnya, Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.
Ketika ditangkap Tian berada di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.
Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.
Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan saksi secara nyata menyaksikan Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis, kecuali konstabel Rosyaidi yang mendakwa dirinya digigit Tian Chua, sedangkan tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut.
Kempen Tandatangan (BM)
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
