Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Dis 2009

Saya masih Islam - Fadil


PERKAHWINAN Mohamed Fazdil dengan seorang lelaki rakyat Britain, Ian Young pada Mei lalu mengundang kontroversi.
- Gambar daripada Facebook.



KERATAN Kosmo! 5 Disember.


KUALA LUMPUR - Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine, 36, dalam laman sembang, Facebook mengakui dirinya masih berpegang kepada ajaran Islam dan berterusan melaksanakan tuntutan agama meskipun sudah berada di United Kingdom (UK) sejak awal tahun lalu.

Fatine atau atau nama panggilan mesra keluarga, Fadil, menjawab komen seorang kenalannya dengan berkata: "Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan."



Baru-baru ini, keluarga jurusolek terkenal kelahiran Malaysia yang kini tinggal di Derby, UK itu meluahkan rasa bimbang mereka kemungkinan Fadil bertukar kepada agama yang lain setelah berkahwin jantina sejenis dengan seorang lelaki Britain, Ian Young, 30.

Pada masa sama, keluarganya berharap Fatine yang kini terperangkap dalam masalah visa pelawat yang tidak dilanjut tempoh, tidak berasa tertekan.

Di ruangan itu juga, jurusolek itu menerangkan, perkahwinannya berlangsung secara sivil dengan menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan hubungan pasangan tersebut di UK.

"Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam."

6 Dis 2009

Gempar KBMall Kota Bharu runtuh?!


kbmall runtuh

Kereta kuning ini tersilap reverse gear dan terjatuh dari 3rd floor (parking) dan jatuh terus ke ground floor.eii..menakutkan!


Inilah lokasi 3rd floor yang dikatakan dilanggar oleh kesilapan reverse gear kereta tadi.



Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi. Sumber: nixkgeekier.net/

USUS UMNO Sudah Busuk

Oleh: Ketua Pemuda PAS Pusat

1. UMNO kini busuk sampai ke usus .... begitulah kesat dan kerasnya kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap UMNO parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden .

2. Saya tidak terperanjat atas tamsil [ perumpamaan ] yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap UMNO . Sebelum ini seorang sasterawan negara Dato' Shahnon Ahmad pernah menulis sebuah novel kontraversi yang berjudul SHIT turut mengumpamakan UMNO seperti SHIT [ najis yang busuk ] di dalam novel tersebut .

3. Jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato' Seri Najib dan orang - orangnya sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .

4. Pengakuan Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak boleh dipandang sebelah mata melainkan ini adalah satu pandangan yang jelas mendedahkan kedudukan UMNO yang sangat serius dan kritikal . UMNO sedang bertarung dan berjuang untuk terus bernafas dan hidup biarpun peluangnya semakin tipis .

5. Pendedahan berani ini sekaligus meletakkan segala usaha Dato' Seri Najib sebenarnya gagal dan tidak berkesan untuk menyelamatkan UMNO . Pastinya langkah - langkah drastik yang diambil oleh Dato' Najib dan teamnya sudah terlambat . Penyakitnya telah membusuk dan busuknya telah sampai ke usus .

6. Slogan 1 Malaysia hanya mampu mempertahankan pesonanya tidak melepasi 5 bulan kepimpinan dan pentadbiran Dato Seri Najib . Sebaliknya satu persatu kerapuhan dan ketepuan slogan 1 Malaysia didedah serta terdedah kepalsuannya . UMNO membawa 1 Malaysia dalam circle minda perkauman UMNO yang masih tebal .

7. Slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan turut tercemar dengan CPI negara yang sangat teruk dan kini menjunam ke tangga 52 . Rasuah masih melata malah perasuah masih tega diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka . Penyalahgunaan dana negara sangat ketara melalui pendedahan laporan audit negara . Pengurusan kewangan yang merugikan rakyat dan negara . Akhirnya slogan itu berbunyi selayaknya iaitu : Rakyat kena dulu dan Pemimpin diutamakan .

8. Mungkin sebahagian rakyat terpukau dengan keindahan slogan baru UMNO sekaligus menguburkan Islam Hadhari yang telah menelan belanja ratusan juta ringgit untuk dipromosi dan dipaksa kepada rakyat agar menganutnya sebelum ini . Entah berapa ratus juta pula wang rakyat akan dilaburkan untuk memaksa rakyat menghayati dan memahami slogan baru yang belum ada kitab rujukan rasminya lagi .

9. Ertinya kini rakyat mula faham dan nampak dengan ainul yaqin bahawa UMNO hanya berseloka dengan slogan - slogan indah guna memujuk dan menghiburkan diri yang kini sedang berjuang menyambung sisa nyawa yang masih ada . Sambil cuba mempertahankan keegoaannya dengan meyakinkan orang ramai bahawa ia masih sihat dan kuat . Sedang slogan itu hanya mahu melindungi busuk dan buruk yang sedang menjalar sampai ke usus .

10. Tun Dr. Mahathir bukan budak jalanan UMNO juga bukan budak pejabat UMNO . Tun Dr. Mahathir juga bukan hanya tukang masak UMNO dan tidak juga budak suruhan UMNO . Tetapi Tun Dr Mahathir adalah pengasas UMNO Baru . Tun Dr. Mahathir adalah arkitek dan designer UMNO seketika dulu . Tun Dr. Mahathir adalah ahli dan pemimpin besar UMNO yang pernah bertakhta selama 22 tahun dikerusi utamanya . Maka kenyataan Tun Dr. Mahathir bukan kata - kata penjual ubat kurap dikaki lima tetapi kenyataan dari doktor pakar yang telah masak dengan pesakitnya . Begitulah mengingatkan kita kenyataan Tengku Ahmad Rithauden [ Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ] yang menegaskan bahawa tiada jalan mahu menyelamatkan UMNO melainkan mesti putera , pemuda , wanita dan puteri UMNO dibubarkan .

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi!



MENTERi Besarnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

“Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan,” jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah ‘PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya – seru rakyat Kelantan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa.

“Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka,” ujarnya.

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

“Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan),” doa Nik Aziz

“Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya.”

“Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat.”

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

“Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru,” ujarnya. -zainulfaqar

5 Dis 2009

Kumpulan Piala Dunia 2010


Hasil Undian grup Piala Dunia 2010 baru saja selesai dilaksanakan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari delapan grup, hampir semua negara-negara unggulan seperti Inggris, Spanyol, Italia dan Argentina bergabung dalam grup yang relatif mudah.

Di grup G, Brasil dan Portugal berada dalam satu grup, ditemani Pantai Gading dan Korea Utara. Mungkin grup inilah yang persaingannya akan berlangsung ketat untuk lolos dalam fase grup. Aroma pesta sepak bola paling akbar di muka bumi, Piala Dunia 2010 Afrika Selatan telah terasa dalam undian grup Piala Dunia 2010 yang berlangsung tadi malam.

Berikut hasil lengkap drawing (undian) grup Piala Dunia 2010

Grup A
1. Afrika Selatan
2. Meksiko
3. Uruguay
4. Prancis

Grup B
1. Argentina
2. Nigeria
3. Korea Selatan
4. Yunani

Grup C
1. Inggris
2. Amerika Serikat
3. Aljazair
4. Slovenia

Grup D
1. Jerman
2. Australia
3. Serbia
4. Ghana

Grup E
1. Belanda
2. Denmark
3. Jepang
4. Kamerun

Grup F
1. Italia
2. Paraguay
3. Selandia Baru
4. Slovakia

Grup G
1. Brasil
2. Korea Utara
3. Pantai Gading
4. Portugal

Grup H
1. Spanyol
2. Swiss
3. Honduras
4. Cile

Kereta MB Perak AGS 10 tak laku?


Gambar terkini kereta Resmi MB PR Perak yang diambil pada 10 Nov lepas .


Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.

Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.

AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.

Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.

Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu. nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas. Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?
_ CiNa Islam

4 Dis 2009

Aksi Datuk Azhar Ibrahim (BN) Tunjuk Punggung Dalam Dewan



Belum pun 15 minit bersidang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini semalam kecoh apabila sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya memohon maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya.

Semuanya bermula apabila Tze Tzin yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi dan membangkitkan isu itu yang kemudian- nya mendapat perhatian Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.

Abdul Halim kemudiannya mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-oleh menghina Tze Tzin selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dipatuhi Azhar.

Beliau kemudiannya mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan yang menyaksikan semua ADUN BN keluar dewan. Kosmo

Ketua SPRM Letak Jawatan

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberitahu, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya lebih awal berkuatkuasa pada 31 Disember ini.

Ahmad Said telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

Sehubungan itu, Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru SPRM berkuatkuasa 1 Januari depan. .

"Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim…dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Permohonan Ahmad Said menamatkan kontraknya lebih awal, sekaligus mengundang pelbagai persepsi, apatah lagi selama ini, kewibawaan SPRM sering dipertikaikan termasuklah ‘dakwaan terpilih’.

Kematian setiausaha sulit kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya terdampar jatuh di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Negeri Selangor mengundang pelbagai tanggapan sehingga mahkamah memutuskan sesi soal jawab penyiasatan tidak boleh dibuat selepas waktu pejabat.

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan SPRM dan Polis adalah antara parti komponen Barisan Nasional (BN). Mereka cekap mengendalikan kes-kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat sekalipun ia hanya berdasarkan laporan media tetapi menghadapi pelbagai masalah mengendalikan kes-kes melibatkan pemimpin BN sekali pun bukti diserahkan kepada mereka.

Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala



Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu. Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.

"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara),” katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan “dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan” selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam. - Malaysiakini

LAPORAN RASMI MENGENAI TIGA KES UJIAN LITMUS BUAT PDRM - che'GuBard

Pakat aminkan doa Tok Guru Nik Aziz

Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz, 4 Disember 2009 - Dataran Ilmu Kota Bharu.





Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru Nik Aziz



Himpunan menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang diadakan di Medan Ilmu Kota Bharu pada 04/12/2009. Lagi video: Malaysiaberih

3 Dis 2009

Langgar Akta Petronas: Najib yang patut letak jawatan



Mungkin agak melucukan apabila seorang ulama yang mahu mendoakan supaya dibuka pintu hati pemimpin tertentu, didesak supaya meletakkan jawatan, sedangkan ketua kerajaan yang jelas melanggarkan Akta Petronas dipertahan habis habisan.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cuba melanggar akta dan perjanjian yang ditandatangani pada 1974.

Timbalannnya, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perdana menteri perlu meletakkan jawatan kerana kenyataannya mahu menukar royalti minyak kepada wang ihsan jelas bertentangan dengan perjanjian sebelum ini.

“Kenyataannya mahu membayar wang ihsan bercanggah dengan kebenaran dan fakta.

“Kami beranggapan jawapan itu bertujuan memperbodoh rakyat Kelantan dan menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 1974,” ujarnya di sini.

Najib melanggar Akta Petroleum Negara 1974 dengan hanya mengumumkan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan sedangkan perkataan 'wang ihsan' tidak langsung dinyatakan dalam akta tersebut.

Sebaliknya yang ada adalah 'bayaran tunai' atau disebut sebagai cash payment.

Oleh itu Ahmad Baihaqi berkata apabila seorang pemimpin tidak mampu lagi memegang amanah rakyat maka wajarlah beliau berundur secara terhormat.

Baru-baru ini kira-kira 100 ahli dan penyokong Umno yang berselindung di sebaliknya Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Pemuda PAS Kelantan menyatakan pendirian menyokong penuh kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Dewan Pemuda PAS juga sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok Guru supaya dapat menerajui kerajaan negeri dan parti dengan berkesan biar pun berdepan dengan pelbagai desakan dilakukan pihak lawan.

“Kami menganggap apa yang dilakukan pihak tertentu sebelum ini tidak mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini,” ujarnya.

Malah kata beliau dengan isu begitu kecil dipandang negetif pemimpin Umno sehingga menganjurkan demontrasi. Salmah Mat Hussain (Hrkh)

Kes Anwar Saman Kerajaan Malaysia Ditangguh



Keputusan keatas rayuan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hakim Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan daripada peguam Anwar, Karpal Singh dan peguam Kerajaan Malaysia, Datuk Kamaluddin Md Said di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Karpal dalam penghujahannya menyorot perhatian mahkamah bahawa pemecatan Anwar dibuat secara sewenangnya.

“Kita dengar tadi keterangan dari peguam dan juga jawapan dari pendakwa raya pandangan kita ialah bahawa mengikut Perlembagaan 43 (5) kuasa melantik dan memecat Menteri adalah Perdana Menteri yang beri nasihat tapi mesti diperkenan Yang Di Pertuan Agong”, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Anwar menambah kenyataan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar isu pemecatannya juga mengundang keraguan.

“Dalam kes ini, sepertimana yang dibuktikan dalam hansad parlimen, Perdana Menteri mengatakan Agong dimaklumkan, kemudian ditanya lagi YB Karpal Singh Agong tidak membantah, jadi ternyata tidak ada satu bukti menunjukkan Agong mengesahkan atau memperkenan pada 2 September”, tambah Anwar lagi.

Permohonan Anwar kali ini bukan untuk mengembalikan haknya kepada jawatan terdahulu sebaliknya mahu masyarakat umum jelas tentang bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang Di Pertuan Agong.

“Saya tidak berniat untuk dipertimbangkan kembali kepada jawatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kuasa Perdana Menteri biar jelas, dan kuasa Agong juga jelas, supaya kita faham semangat Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen”, katanya.

Panel tiga hakim hari ini antaranya Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff, Datuk Hashim Datuk Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Turut kelihatan, Datuk Seri Wan Azizah. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat Serah Rakaman P. Bala ke SPRM



Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi. TVS

MB N9, Isteri Menteri Kanan Terbabit Seludup Wang Negara



Skandal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan menyeludup keluar RM10 juta ringgit wang negara adalah sekelumit dari ratusan kes sedemikian rupa.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata Bank Negara mengesahkan 114 kes penyaluran wang secara haram berjaya dikesan bank pusat itu sejak 2006.

Walaubagaimanapun butiran penyeludupan wang ini dirahsiakan dari pengetahuan awam.

Menurut Tian, beliau menerima maklumat ada dua kes membabitkan isteri seorang menteri kanan dan seorang bekas menteri.
“ Sebenarnya dalam rekod yang didapati oleh saya, di antara 2006 sehingga 2009, seperti dalam jadual yang ditunjukkan, sebanyak 114 pengiriman tidak mematuhi syarat telah berlaku. 114 kes tetapi sehingga ke hari ini, hanya 1 kes sahaja yang diambil tindakan manakala yang lain seolah-olah tidak siasatan lanjutan dilakukan”.

Tian bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat dalam tangannya sehingga Bank Negara selesai menyiasat skandal ini.
“ Di sini saya ingin mendesak Bank Negara mengambil siasatan yang adil dan tegas dalam kes-kes yang berkenaan”. TVS

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.