Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Dis 2009

Bumi Besut, Bumi Ulul Albab? ~(2)

Pendedahan siri kedua adakah Bumi Besut, Bumi Ulul Albab? ini memetik berita dari Sinar Online hari ini 24 Disember tentang seorang ibu tunggal yang ditangkap keran memliki syabu.... Apa nak jadi dengan generasi Ulul Albab????

Ibu tunggal anak empat disyaki miliki syabu

"KAMPUNG RAJA – Polis menahan seorang ibu tunggal kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Amir, dekat Alor Lintang pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, polis menahan seorang ibu tunggal berusia 31 tahun yang mempunyai empat anak.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis tidak menemui sebarang bukti.""


"“Namun, selepas pemeriksaan dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva milik suspek, polis menemui enam peket plastik dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM600 yang disembunyikan pada satu tempat dalam kereta itu,” katanya.

Kamaruddin berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.""

Keberanian Ahmad Said Akan Selamatkan Negara

Datuk Husam Musa

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

NST
http://www.nst.com.my/articles/21los/Article/index_html

Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6247307.asp


Tiga kereta Perdana V6 Kerajaan Terengganu hilang

Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.

Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta. - erapakatan

Bumi Besut, Bumi Ulul Albab?~ (1)


Selepas 'Impian Tidak menjadi Realiti' dan gagal merealisasikan hasratnya di peringkat negeri Terengganu, Mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh mengalihkan sasarannya kepada dua daerah politik yang masih dikuasainya sebagai pangkalan kepada projek ulul-albab.

Selepas setahun di pecat dari jawatan yang sepatutnya menjadi milik beliau, selaku Pengerusi Perhubungan negeri Terengganu, selepas pilihanraya umum 'Tsunami' Mac tahun lalu, Idris masih 'membebel' tentang Ulul-albab.

Beliau terus bercakap tentang perkataan-perkataan baru rekaannya, yang tidak sempat popular semasa menjadi MB Terengganu iaitu, Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Jadi PEMUDABESUT akan 'menyelongkar' dalam beberapa siri adakah benar 'Bumi Besut, Bumi Ulul Albab' @ sebaliknya...

Malangnya, impian Idris mahu menjadikan Besut sebagai satu daerah penghasilan 'produk' ulul-albab mengikut kerangka pemikirannya juga semakin meleset kebelakangan ini.

Ia adalah disebabkan kejadian jenayah yang semakin meningkat berlaku di daerah Besut, yang sememangnya dikenali sebagai daerah 'gedebe' sejak dahulukala.

Siri Pertama PENDEDAHAN ini ialah

Pelajar curi keluar jumpa kekasih mengaku selalu berzina
(Bharian Online ~24 Dis 2009)

"BESUT: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.

Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur."


"Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.

Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.""

23 Dis 2009

Isu Qazaf: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bela Anwar

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009



PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

ADUN BN SLIM RIVER BIADAB & INGKAR PERKENAN TUANKU

Adun BN Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib telah bertindak melampaui bidang tugasnya sebagai ADUN. Tugas beliau menjaga dan memperjuangkan hak rakyat di DUNnya. Tetapi beliau telah bertindak biadab dan ingkar apabila mempertikaikan perkenan Tuanku dan menuduh JAIP mengubah senarai yang telah diluluskan oleh MAIP.

Beliau begitu lantang mengecam JAIP yang kononnya mengubah keputusaan Tuanku kerana memasukkan beberapa ahli PAS menganggotai Jawatankuasa Masjid tersebut. Pada hal senarai yang diluluskan oleh MAIP itulah yang sebenarnya.

Tindakan Adun Slim yang mahu nama-nama ahli PAS digugurkan dalam senarai tersebut menyebabkan Pengarah JAIP terpaksa turun untuk berunding dengan Adun tersebut. Pada saya tidak sepatutnya Pengarah JAIP melayan Adun tersebut untuk tunduk mengikut telunjuk UMNO BN. Isu ini menjadi kecoh sehingga orang ramai tidak puas hati. Ikuran tindakan Adun BN yang biadab, sombong, angkuh dan ingkar itu menyebabkan majlis penyerahan watikah perlantikkan terpaksa ditangguhkan.

Berikutan itu, Tuanku Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak telah menitahkan supaya perlantikkan Jawatankuasa Qaryah bagi mukim Slim, Batang Padang kekal berdasarkan senarai asal yang dipersetujui pada 2hb. Ogos 2009, bukannya senarai yang mengikut telunjuk UMNO BN.

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Pada hal beliaulah yang paling tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telag diperkenankan oleh Tuanku Raja Dr. Nazrin. Kalaulah Adun PAS apatah lagi YB Hj Nizar yang berbuat demikian, sudah pasti UMNO akan jaja merata kampung sampai ke luar negara menuduh Hj Nizar derhaka pada Tuanku. Sekarang siapa sebenarnya yang derhaka dan biadab pada Tuanku?

EXCO Trg: “Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpgPengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu


Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.

Enjin Hilang-PAS Mahu Najib Letak Jawatan

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakan Jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F5E. PAS memandang serius kes yang berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika Najib masih lagi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Selaku Menteri beliau bertanggungjawab penuh diatas kecuaian terbesar yang berlaku dalam sejarah pentadbiran Kementerian Pertahanan. Sewajarnya beliau meletakan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini.

Jelas beliau cuba merahsiakan perkara ini dari rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kelicikan politik beliau dalam menyembunyikan kes ini jelas memperlihatkan agenda beliau itu.

Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik disebalik kegagalan sistem pertahanan negara dibawah pentadbiran Najib.

Dibawah pentadbiran Najib, kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas, dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit negara.

Keselamatan negara merupakan tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman bila mana sistem keselamatan negara dilihat terlalu rapuh ekoran wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan masa depan politik peribadinya.

Zaman Najib menjadi menteri pertahanan juga menyaksikan munculnya projek Angkawan Negara yang berakhir dengan kisah Pelancong Angkasa. Program Latihan Khidmat Negara juga dicipta dengan begitu banyak tragedi sedangkan manfaat yang diterima kurang dari 10 peratus dan masalah sosial generasi muda hari ini kian membarah. Zaman beliau begitu banyak kecuaian, kerugian, penipuan dan pembaziran.

Oleh itu PAS tegas, agar Najib meletakan jawatan. Jika 2 unit enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sidang akhbar Rosmah terencat dengan soalan ‘cepumas’

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.

Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.

Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.

"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.
Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Bajet mengalahkan Selangor, taraf hidup rakyat meleset - Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/rumahmiskinkgtengahcukai.jpgKUALA TERENGGANU – Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.

Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.

“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.

“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.

Beliau berkata, sepa-tutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakayat yang sehingga kini masih belum selesai.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini. BO

22 Dis 2009

Gambar Istana untuk Pak Lah berjumlah RM 12 juta....



Wow..... RM 12 juta..... dan lokasi terbaik pulak tu...di Persiaran Mahameru, Jalan Damansara... dekat Tasik Perdana.... dan dekat dengan Southeast Asia Regional Center for Counter Terrorism (SEARCCT)

RUNTUH - Pejabat Agama Besut Menunggu Giliran...

Setelah beberapa kejadian keruntuhan berlaku dan tidak berhenti-henti, kini mari perhatikan pula banggunan Pejabat Agama Islam Besut yang di KHUATIRI bakal menerima nasib yang sama....

Untuk makluman semua, banggunan tersebut baru sahaja siap dan diduduki. Namun kerosakan pada atap telah pun berlaku.... Mungkinkah akan berlaku kejadian yang tidak diingini satu hari nanti..... ???? - mampat.blogspot.com

Hadi: Penubuhan Pakatan telah dipersetujui bersama

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, langkah penubuhan Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya telah pun dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga komponen dalam ikatan itu.

Dalam kenyataan satu perenggan, Hadi berkata PR tidak dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Bahawa penubuhan parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan," kata beliau hari ini.

Kenyataan itu dilihat sebagai langkah menjelaskan laporan kelmarin bahawa pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Hadi yang dipetik oleh Bernama kelmarin memberitahu apa yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah badan formal.

Sehubungan itu kata Anwar, Hadi kemungkinan telah salah faham.

"Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami," kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umum PR itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di RoS.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa. - themalaysianinsider

21 Dis 2009

Perhentian bas pula runtuh - Terengganu






HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".

Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

20 Dis 2009

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan."Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari."Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik."Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.
_ Harakah

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.