Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Ogo 2010

Kerajaan PAS Terengganu Jadi Panduan Negeri Pakatan Rakyat



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrul Amin berkata beliau selaku Pengarah Penerangan Selangor banyak belajar dari kerjaan PAS Terengganu.

Polis serbu ceramah PKR di Rengit



Banner di rentap oleh polis..

Ratusan Polis berkumpul di pentas Pakatan Rakyat..

Dato Dr Chua Jui Meng turut hadir berbincangan dengan pihak polis di markas..

Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis. Hrkh

30 Jul 2010

Sarjan N. Tharmendran menghadapi pertuduhan lain..



Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja menghadapi pertuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM, tetapi turut didakwa atas pertuduhan lain di Mahkamah Tentera kerana menerima harta awam yang digunakan secara tipuan dan satu pertuduhan alternatif iaitu menerima harta curi.

Sarjan itu didakwa mengikut Seksyen 61(b) Akta Angkatan Tentera 1972 dan Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tharmendran telah dihadapkan ke Mahkamah TUDM bermula pada Jun 2007 dan seramai 11 saksi pendakwaan telah dipanggil sehingga Mei 2009. Bagaimanapun, perbicaraan itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyiasatan kes kecurian enjin pesawat yang didakwa dilakukannya.

Perbicaraan itu sepatutnya disambung pada hari Khamis dengan memanggil tiga lagi saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Bagaimanapun, ia ditangguhkan selepas peguam bela tertuduh, Rakhbir Singh tidak hadir kerana beliau menjelaskan melalui surat kepada mahkamah menyatakan ingin menarik diri selepas tidak mendapat arahan daripada anak guamnya itu.

Mengikut pertuduhan, Tharmendran, 42, didakwa menyalahgunakan secara tipuan harta-harta milik awam iaitu lapan buah 'HP Laser Jet Print Catridge' pelbagai model manakala bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi lapan buah 'HP Laser Jet Catridge' pelbagai model.

Turut didakwa, seorang Koperal Udara Mohamad Zohari Aris, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 61(a) Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu menyalahgunakan 10 buah 'HP Laser Jet Print Catridge' pelbagai model.

Bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi 'HP Laser Jet Catridge' itu mengikut Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Pangkalan Udara Subang pada 1 tengah hari, 13 Jan 2006. - Bernama

28 Jul 2010

'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat' dilancar 9 Ogos



Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) hari ini mengumumkan enam langkah yang akan diambil bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan asas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bantahan tersebut dibuat ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa boleh dielakkan jika kerajaan tidak membazir, tidak rasuah dan mengelak ketirisan dalam penggunaan wang negara.

Benarkan Guru Berpolitik; BN Menagih Sokongan Guru


Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

“Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya.

“Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

“Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

“Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,” ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

“Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Gambar) hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

“Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?

“Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,” katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

“Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

“Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

“Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

“Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

“Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

“Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

“Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

“Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,” katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

“Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,” katanya.-MalaysianInsider

27 Jul 2010

Pertemuan dengan Mufti Perak - Dato' Dr Hasan Ali (Video)



Penjelasan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengenai pertemuannya dengan Dato' Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, semasa merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 25 Julai 2010.

Harussani Berbohong...

Ketua Pemuda Pas Pusat Tunggang Motor Racing





Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasarudin Tantawi menunggang motor racing mini ketika beliau hadir merasmikan Jambori ARC(Alternative Riding Club) yang diadakan di Pantai Merang Setiu Terengganu pada 22-24 julai 2010.Jambori Kelab Motor naungan Pas ini berjaya menarik 500 penyertaan dari seluruh Terengganu.



Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Ustaz harun Taib berkta penukaran nama-nama bagi KUSZA tersebut sehingga kini yang masih belum selesai, bermakna isyarat kerajaan Umno Terengganu masih dalam krisis

26 Jul 2010

Video : Acara Sukan Bermotor Sempena Jambori ARC Terengganu/Malaysia





Antara acara yang paling menarik sempena Jambori ARC(Alternative Riding Club) iaitu kelab bermotor yang bernaung dibawah PAS.Jambori yang diadakan di Pantai Merang Setiu Terengganu ini dirasmikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasaruddin Hasan Tantawi.Jambori yang julung kali diadakan ini berjaya menarik lebih kurang 500 penyertaan.

Gambar : Sekitar Jambori ARC Terengganu/Malaysia

Tapak perkehmahan peserta
Peserta dari Besut
Peserta berkumpul sebelum memulakan acara yang disediakan penganjur
Peserta berkumpul mengikut kawasan masing masing,yang ni dari Besut
Sabarrr....
Lebih kurang 500 orang peserta menyertai Jambori kali ini
Nyanyian lagu rasmi Pas dan ARC
Ketibaan Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasarudin Hasan Tantawi

20 Jul 2010

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Zaid


KUALA LUMPUR, 20 Julai - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak bantahan awal oleh peguam Datuk Zaid Ibrahim dan akan mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, untuk membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh peguam itu.
Hakim Datuk Azahar Mohamed memerintahkan hakim pilihan raya mempunyai kuasa sedia ada untuk menolak atau melupuskan petisyen itu sekira ianya cacat.
Mahkamah diberi kuasa untuk berbuat demikian jika petisyen itu tidak memenuhi syarat mandatori yang ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, katanya.Azahar berkata beliau akan mendengar merit permohonan Kamalanathan esok.
Zaid, kini sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen supaya keputusan pilihan raya kecil itu diisytiharkan tidak sah dan batal dengan mendakwa berlaku rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk di kawasan itu.
Zaid menamakan Kamalanathan, pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Azahar berkata beliau juga akan mendengar bantahan awal yang dikemukakan oleh SPR atas alasan Zaid telah gagal menyediakan bukti secukupnya terhadap dakwaan rasuah itu.
Beliau menjelaskan kuasa yang diberikan kepada hakim pilihan raya untuk menolak petisyen pilihan raya telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes sebelum ini.
"Pada petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pengundi PAS, Ahmad Jamaluddin Abd Majid terhadap Rafidah Aziz, Mahkamah Persekutuan memerintahkan baawa hakim pilihan raya mempunyai kuasa untuk menolak petisyen itu sekiranya mempunyai kecacatan," katanya.
Kamalanathan, yang juga Ketua Penerangan MIC, telah memohon untuk membatalkan petisyen itu atas alasan ianya mengaibkan, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Katanya Zaid gagal mendedahkan identiti orang yang dikatakan telah ditawarkan rasuah.
Peguam Zaid, Azahar Azizan Harun, sebelum itu mengemukakan bahawa di bawah Seksyen 36(1) Akta Kesalahan Pilihan raya 1965, hakim pilihan raya tidak mempunyai kuasa untuk melupuskan petisyen itu tetapi harus menentukan sama ada wujud sebarang amalan rasuah atau amalan haram dalam perbicaraan penuh.
Peguam Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Kamalanathan, berhujah bahawa ada beberapa petisyen pilihan raya ditolak tanpa perbicaraan penuh dan ianya disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Oleh itu, Mahkamah Pilihan Raya tertakluk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.
Bernama

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI

18 Jul 2010

Harussani semakin bercelaru.

6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

Guna Istilah 'Rasionalisasi, Pengurangan Subsidi' Untuk Menipu



BN Guna Pelbagai Istilah Untuk Tipu Rakyat

PAS Terengganu menyifatkan pemakaian istilah 'pengurangan subsidi', 'penyelarasan subsidi' dan 'rasionalisasi subsidi' oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga barangan merupakan satu tindakan 'politik' bagi tujuan menyembunyikan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan.

"Mereka cuba mempolitikkan istilah dan (dengan itu mereka berharap) tindakan-tindakan yang dilakukan dapat diterima oleh rakyat, mereka cuba menyembunyikan penyelewengan-penyelwengan yang ada,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Menurutnya, disebalik pemberian subsidi kepada rakyat, kerajaan BN telah nmemberikan subsidi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kroni.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan mengaut semula subsidi tersebut dari rakyat sedangkan pada masa yang sama katanya, pembaziran wang rakyat terus berlaku dan kerajaan terus mengutip cukai dari rakyat.

"Ingin membatalkan subsidi, sepatutnya kerajaan tidak perlu ambil dari rakyat, kalau subsidi ditarik, cukai diambil, boleh...tetapi kerajaan perlu meningkatkan kos buruh (iaitu) kadar gaji (yang ada) masih rendah,"ujarnya ditemui selepas Ijtimak Tarbawi PAS Dungun semalam.

Mengulas lanjut, katanya, ucapan-ucapan pemimpin Umno yang membandingkan harga minyak dan barangan lain diantara negara Malaysia dengan negara lain umpamanya Singapura adalah merupakan ucapan yang memperbodohkan rakyat.

Menurutnya, negara-negara tersebut tidak mempunyai sumber yang banyak berbanding negara kita.

Beliau mempertikaikan tindakan kerajaan menaikkan harga gas yang turut didakwa turut diberi subsidi, sedangkan menurutnya gas adalah barangan keluaran tempatan dan tidak diimpot dari negara lain.

Oleh itu, beliau menyimpulkan tindakan kerajaan menaikkan harga dan mengutip hasil dengan menguatkuasakan peraturan keatas rakyat merupakan strategi Umno dan BN mengumpul dana menghadapi pilihanraya.

Namun, beliau kesal kerana menurutnya, kerajaan BN mendakwa tujuan menarik balik subsidi adalah tujuan berjimat cermat, sedang apabila tioba pilihanraya samada kecil atau umum, tidak ada konsep jimat cermat.

"yang kita hairan bila berlaku pilihanraya kecil atau sebagainya, tidak ada konsep jimat cermat, pemimpin-pemimpin (Umno/BN) menabur dana awam, sumber kerajaan, menggunakan pelbagai dana GLC dan sebagainya untuk kepentingan pilihanraya Umno,"jelasnya.

Justeru, PAS Terengganu akan menggerakkan seluruh jentera bagi menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat dengan siri-siri ceramah dan penyebaran maklumat

"Seluruh organisasi parti perlu digerakkan untuk memberikan maklumat dan menjelaskan pengistilahan-pengistilahan yang digunakan Umno/Bn untuk menipu rakyat,"tambahnya. BO

Najib Umpama Diktator

Naik Harga Barang, Naik Cukai; BN Sudah Tidak Mampu Memerintah


-Arah Media Jangan Guna 'Barang Naik'

Tindakan Dato' Seri Najib Razak mengarahkan editor semua akhbar supaya tidak menggunakan perkataan 'harga naik' atau 'barang naik' dalam melaporkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, gas serta gula kelmarin disifatkan sama sepeti tindakan mana-mana diktator yang memanupulasikan media untuk keuntungan mereka.

"Dalam hal ini media diarahkan supaya jangan mengggunakan perkataan 'harga naik' dan 'barang naik', tetapi digunakan istilah untuk menyusun semula subsidi dan pengurangan subsidi, malahan di suruh juga (media supaya) digembar-gemburkan dengan tindkan Najib berani,

"inilah merupakan satu corak yang digunakan oleh mana-mana pemimpin diktator yang memanupulasikan media untuk kepentingan mereka,"kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaputama program Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Dungun, di sini Sabtu 17 Julai

Katanya, tindakan kerajaan Umno/BN menaikkan harga tersebut akan 'menyeksa' 75 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM2000 kerana menurutnya, rantaian barangan lain akan turut naik harga apabila harga minyak dinaikkan.

Oleh itu PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, beliau telah mengarahkan semua cawangan-cawangan PAS diseluruh negara untuk menaikkan kain-kain rentang dan papan-papan tanda serta menyebarkan risalah bagi menunjukkan rasa protes dan meningkatkan kesedaran sivik serta politik dikalangan rakyat.

"Ini permulaan kepada usaha kerajaan untuk menghapuskan subsidi secara menyeluruh, secara berperingkat, lepas ini, rakyat akan kena (cukai lain) lagi, dia akan kenakan GST,

"pada kita (PAS) kita menganggap dia (kerajaan) sebagai orang yang kering idea, bangkrap idea untuk mengemukakan (rancangan) untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, yang mereka tahu naik cukai, naik harga barang, naik harga minyak, kemudia sekarang saman ekor pula," jelas Ustaz Idris.

Oleh itu, katanya PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan hanya pandai mengambil yang menindas rakyat.

Sebaliknya, pada masa yang sama, menurutnya, kerajaan di dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai usaha memudahkan hidup rakyat.

Kerajaan BN Pusat mahu mengurangkan dan menghapuskan subsidi, sebaliknya kata beliau, kerajaan Selangor memberikan subsidi , umpamanya 'air percuma' dan subsidi bayaran air kepada penghuni rumah pangsa, dalam usaha 'mengembalikan pendapatan kerajaan' kepada rakyat.

Justeru, bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, beliau menawarkan khidmat kepada rakyat untuk menggantikan kerajaan BN kerana ia sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan pentadbiran negara..

"Sebab itu dengan rasa rendah diri (kerana) kerajaan BN sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat, serahkan kepada kami (PAS dan Pakatan rakyat),

"kami yakin dan kami ada kemampuan dengan empat negeri yang sedang diperintah, telah banyak dana-dana kebajikan yang kita tubuhkan untuk rakyat, InsyaAllah, kita boleh,"katanya yakin.- BO

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.