Undilah Sdr Azhan Atan dalam pertandingan Akhir Akademi Nasyid malam ini. Biodata beliau adalah
UMUR :35 tahun
Pekerjaan : Tukang urut Reflaksi
Jawatan parti : Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor




Pemimpin Pakatan Rakyat sering ditohmah dan difitnah dengan pelbagai perkara jijik dan memualkan antaranya kaki liwat, gangster, tiada akhlaq dan sebagainya. 

9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.
9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.
9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
10:03 pag:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.
11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.
PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).
Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meraikan kemenangannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Penyokong PKR menanti keputusan rasmi di Institut Perguruan Tuanku Bainun sambil dikawal ketat pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Saat gembira penyokong PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Penyokong setia PKR berkumpul di Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi menunggu keputusan rasmi SPR.
Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menyemak jumlah undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebelum menghadiri sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Datuk Arif Shah Omar Shah, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Liow Ting Lai semasa sidang media di sebuah hotel.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri), yang tewas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.
"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.
"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.
"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.
"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.
Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.
Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.
Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.
Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.
Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia announced Wednesday that the new Permatang Pauh Member of Parliament Datuk Seri Anwar Ibrahim will be sworn in Thursday.8.11 Malam : Anwar kini mendahului dengan 16,101 undi berbanding Arif Shah 6,071 undi. Seorang lagi calon dijangka hilang wang pertaruhan.
8.08 Malam : Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut
8.00 Malam : TV3 memaklumkan Anwar kemungkinan menang.
7.57 Petang : Anwar mendahului sebanyak 10,356 undi di 15 saluran, 13 saluran masih dalam proses pengiraan
7.46 Petang : Sumber dari Permatang Pauh menyatakan majoriti kemenangan boleh mencecah 18 ribu undi.
7.42 Petang : DSAI dikhabarkan menang hampir di semua peti undi dan sedang mengesahkan jumlah majoriti. DUN Seberang Jaya (tidak rasmi) menang hampir 8 ribu undi.
7.20 petang: Keputusan terkini:
- Telok Wang: KeADILan menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)7.00 petang: Keputusan terkini:
- Penanti: KeADILan menang 1605 undi
- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi
- Jalan Tuna, Seberang Jaya: KeADILan menang 625 undi
TERKINI: Laporan dipetik dari laman Perakexpress mendapati keputusan empat kawasan mengundi sudah diperolehi. Dan PKR mendahului dengan 3377 undi berbanding BN 911 undi.
Keputusan terperinci:
Daerah mengundi Taman Tun Husin Onn. PKR 1142 BN 493
Daerah mengundi Kg. Cross Street. PKR 1412 BN 178
Calon AKIM setakat ini hanya mendapat 3 undi
Maklumat lanjut akan menyusul.
