Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

14 Jul 2009

9.15 Pagi : TGNA & Abe Uji di SK Sungai Sok

9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.


9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.


9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.

9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.

9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju tempat mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.

Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.


8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.


8.00 pagi - Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.

7. 40 pagi - Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.


7. 30 pagi - Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.

7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Jalan utama Gua Musang - Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan perayu-perayu undi mulai kelihatan.

Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

8.55 Pagi : Gambar semasa di Pusat Mengundi













13 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (41) : Rayuan Abe Uji




PRK N41 Manek Urai (40) : Pitih rasuah turun dengan helikopter???


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/Muhyidin&Heli&wang.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/muhyidinturunheli.jpghttp://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/usungpitih.jpg

Kira-kira jam 10.25 pagi ketika wartawan Buletin Online melalui jalan Kuala Krai ke Manek Urai, kelihatan sebuah helicopter jenis Nuri yang dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia terbang rendah seolah-olah mahu mendarat.

Beliau bergegas memecut keretanya mencari kawasan tempat pendaratan helicopter tersebut.

Sesampainya di padang Sekolah Mennengah Teknik helicopter yang sedang mendarat itu sempat dirakam dengan Video.

Setelah Nuri benar-benar mencecah bumi, sebuah lagi helipkopter dipercayai jenids Blackhawk tiba-tiba terbang dengan rendah menghampiri padang yang sama.

Dengan sabar beliau merakam semuanya, dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin keluar dari perut Helikopter yang kedua.

Sekaligus turun dari helicopter sebuah bag yang sama seperti bag yang disyakki membawa wangrasuah bagi membeli pengundi-pengundi yang dirakam pada hari penamaan calon.

Khir Toyo Lempar Tuduhan Tidak Bertanggungjawab, Diarah Keluar Dewan

Bekas Menteri Besar Khir Toyo hari ini diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor selepas enggan menarik balik tuduhannya terhadap Speaker Teng Chang Kim.

Sidang Dun hari ini bertukar panas apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim meminta Speaker menjelaskan apakah wakil rakyat boleh menerima writ saman di perkarangan Dewan.

Permohonan ini merujuk kepada tindakan peguam Khir Toyo yang mahu menyerahkan writ saman terhadap beliau di perkarangan dewan semalam.

Ng bagaimanapun enggan menerima writ itu dan berkata dewan bukan tempat untuk menyerahkan writ saman.

Speaker Teng Chang Kim berkata Dewan bermaksud di dalam dewan legislatif termasuk juga di perkarangan dewan.

Khir bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu. Teng meminta Khir menjelaskan peraturan tetap mana yang dirujuk, namun Khir gagal berbuat demikian, cuma berkata Speaker berat sebelah.

Speaker meminta Khir menarik balik tuduhan tersebut, namun doktor gigi itu enggan sebelum diarah keluar Dewan.

Menyusuli Khir Toyo adalah wakil-wakil rakyat BN yang mengeluarkand diri mereka sendiri dari Dewan.

Banglo Murah untuk dijual..

Selalunya komisen bagi sesebuah jualan hanyalah sekitar 10%. Mungin lebih atau mungkin kurang, bergantung kepada jenis barangan jualan.

Bagi ejen unit amanah pula adalah dia antara 2.5% – 5 %, bergantung kepada syarikat.

Bagi ejen jualan kereta pula adalah sekitar 3.5% hingga 5% bergantung kepada jenis kereta yang dijual.

Bagi ejen hartanah pula, kadar komisen adalah sekitar 5% bergantung kepada jenis rumah yang dijual.



Komisen bagi seorang jurujual bahan-bahan bacaan yang selalu kita jumpa di kedai-kedai makan dan bank-bank pula adalah sekitar 10%.

Sekarang ada berita baik untuk para jurujual! Komisen 50% ditawarkan!!

Ya, 50%!!! Satu jumlah yang tinggi untuk sesiapa yang terlibat di dalam bidang kejurujualan.

Barang yang dijual itu adalah rumah. Selalunya komisen jualan rumah adalah sekitar 7% – 10% sahaja. Maka, 50% adalah amat tinggi bagi komisen tersebut.

Rumah tersebut adalah Khir Toyo! Baca iklan tersebut dalam blog TOYO

PRK N41 Manek Urai (39) : Seluruh Kelantan Cuti Esok


Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah membuat perkara yang sama di negeri itu dengan mengisytiharkan cuti pada hari pilihan raya kecil Penanti kerana ia telah jatuh pada hari bekerja.

Pengundi Manek Urai menghadapi masalah untuk pergi mengundi apabila hari bekerja (Selasa) dan pertengahan bulan (14 Julai) dipilih sebagai hari mengundi.
Lebih 2,500 pengundi kawasan itu pula berada di luar kawasan termasuk di luar dari negeri Kelantan.

Siasah sebelum ini menjadikan berita muka depannya tentang kecemasan jentera PAS kerana ramai pengundi di sini berada di luar kawasan.

Menurut Nik Aziz, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan disamping.

“Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

“Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,”ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata “Ya lah takkan lah pihak majikan nak kira untungnya sahaja.”

PRK N41 Manek Urai (38) : Bina jambatan gantung 7-10 Juta??

jmbtn 2 jly







TPM: Undi BN dapat jambatan baru (Malaysiakini 12/7/09)

12 JULY, 2 HARI menjelang nya hari mengundi, di Manik Urai UNDI BN MASUK SYURGA JUGA kata jambatan 7 hingga 10 JUTA kalau kalau kalau BN menang, lihat janji mat sembab di sini , bagaimana yang sudah rasmi 2 july 2009 lalu ? , menteri pertahan UMNO zahid hamidi merasmikan Jambatan Gantung merentangi sungai Sok di Kg.Gajah DUN MU, yang aku pelik, aku ingat rasmi jambatan yang telah siap.

Tapi dari tinjauan aku dan geng bloggers kami dapati perasmian letak batu blok asas saja, kah kah kah !, oii ! korang tau beza ke ?.. antara perasmian dan meletak batu asas, tiada sebarang aktiviti yang di laku kan di tapak projek itu, hanya 2 lobang di korek selain beberapa bangsal kecik, jalan ke projek itu pun tiada kesan kenderaan keluar masuk, mungkin juga UMNO akan mengguna JIN untuk menyiap kan projek itu…………dengan sekelip mata jah……




jmbtn sgn bod signboard projek…………………………MEE segera ?…kenapa musim PRK ?……..

jmbtn bt asas Batu blok asas…………..kah kah kah !!

jmbtn lengang lengang tiada aktiviti…………….tunggu menang PRK DUN MU dulu……….

Kalau lah projek itu nanti jadi kenyataan Alhamdulillah !, aku tak untung apa apa pun, hanya penduduk kg.Ragu, Temiang dan Kg.Gajah yang untung, aku ni tukang bakar bagi panas je, kih kih kih !!……………….


ADUN Umno masuk Pas ?

Berikut adalah laporan dari PerakExpress 13/7/09.


Malam tadi aku mendapat bermacam-macam info sensasi. Serba salah juga…nanti disiarkan, kalau tak jadi orang kata aku fitnah. Tapi kalau jadi..aku rasa bersalah sebab tak siarkan walaupun diminta.

Sekitar jam 11.55 malam tadi, aku mendapat sms dari team Perakexpress yang berada di Manik Urai. Seorang ADUN Umno akan menyertai Pas dan pengumumannya akan dibuat hari ini.

Kalau ini benar-benar berlaku, maka Umno boleh mula bungkus barang dan balik kesarang masing-masing.

Betul ke berita ni... Berita ini akan betul sekiranya dia betul-betul terjadi...Tolong perhatikan wakil rakyat anda.

12 Jul 2009

Anak 1Farid disahkan H1N1??

Berikut adalah laporan dari Mstar Online pukul 7pm 12 /7/09.

H1N1: SK Sultan Sulaiman ditutup

KUALA TERENGGANU: Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Satu di sini ditutup selama tujuh hari mulai Khamis lepas apabila dua murid sekolah itu disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata sekolah itu ditutup setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

"Tidak mudah untuk kami menutup sementara sekolah itu. Tetapi setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan supaya berbuat demikian (menutup), barulah ditutup," katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata sekolah itu akan dibuka semula Rabu ini dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang kerana keadaan masih terkawal. BERNAMA



Mengikut sumber yang boleh dipercayai, 2 orang pelajar tersebut ialah anak kepada calon UMNO PRK Kuala Terengganu hari tu, Datuk 1Farid bernama Wan Syazana Fasihah, 11; dan Wan Deena Masyitah, 8. Mereka berdua dikatakan baru balik dari lawatan dari Hong Kong. Bagi mengesahkan berita ini, Penulis melalui rumahnya di Bukit Besar.... SAH! lah memang anak dia kerana kelihatan penghuni di rumah tersebut memakai penutup mulut....

PRK N41 Manek Urai (37) : Tinjauan Mstar Online, PAS menang

Soalan tinjauan: Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?
  • Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat - 13 %
  • Calon PAS: Mohd. Fauzi Abdullah - 87%

Setakat 12 Julai 2009, jam 7.00 malam mendapati ramai pelayar online MyStar adalah bersetuju calon PAS, Abe Uji sebagai pemenang.


Jika benar demikian, bermakna kempen BN yang diketuai Muhyidin Yassin dan dipengarahkan oleh Mustapha Mohamed adalah ditolak rakyat Manek Urai.


Semuga Tuhan Yang Esa memberkati semua penyumbang tinjauan di atas sifat memberi pandangan dan sikap politik semasa terhadap perjalanan kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

PRK N41 Manek Urai (36) : 5 Ceramah Malam Ini dan Munajat Pagi Esok


PRK N41 Manek Urai (35) : Polis Jadikan Rumahnya Sebagai POS BN


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas3.jpg
MANEK URAI – Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata PAS sudah menghampiri angka seratus peratus pengundi sasaran.

Pada sidang media harian PRK Manek Urai di Markaz Induk pagi ini, beliau bagaimana pun berkata pengundi luar adalah sangat penting untuk mengekalkan kemenangan di Manek Urai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas2.jpgDalam perkembangan yang sama PAS merasa kesal dengan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana terus menggunakan jentera kerajaan dalam PRK Manek Urai.

”Ada agensi-agensi kerajaan yang menggunakan sepenuhnya pegawai dan kakitangan dari pusat turun berkempen di Manek Urai, ini perkara lama di ulang lagi,rakyat mengetahui dan memerhati perkara ini,

”seolah-olah PAS bertanding melawan sebuah kerajaan, bukan melawan parti,”katanya

Menurutnya PAS masih lagi dapat bertahan menggunakan jentera parti dan tidak menggunakan jentera kerajaan Kelantan.

Apabila ditanya apakah tindakan PAS terhadap perkara tersebut, beliau berkata, PAS akan terus memberitahu rakyat dan rakyat akan menilai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas1.jpgSebelum itu, beliau berkata terdapat laporan dan rungutan yang banyak diterima dari orang ramai tentang perilaku pihak polis dan kenderaan pihak polis yang terlalu banyak telah mengganggu lalu lintas.

”Pemimpin Barisan Nasional diminta memerhatikan jejak langkah pihak polis yang bertugas yang memaninkan peranan sehingga ada yang menjadikan rumahnya sebagai pos Barisan Nasional,

”ramai yang berasa kecewa terhadap kenderaan polis yang terlalu banyak diletakkan ditepi-tepi jalan, yang meyusahkan orang ramai,”katanya

Bukti yang terbaru UMNO/BN menggunakan agensi kerajaan adalah berita yang dipaparkan oleh Bernama seperti dibawah;

Risda terus bela nasib pekebun kecil Manik Urai
12/07/2009 2:12pm

KUALA LUMPUR 12 Julai — Nik Dee Nik Mat, 66, mampu menarik nafas lega dengan bantuan kewangan dan teknikal daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk membantu pekebun kecil getah sepertinya di Manik Urai.

Melalui projek tanaman semula, beliau kini menanam semula kebun getahnya seluas 2.4 hektar di Kampung Lata Pauh, Chuchoh Puteri, dengan tidak terbeban seperti sebelumnya.

“Masa (harga) getah naik dulu, pakcik pakai kuli. Lepas tu harga getah turun, susah. Lani (sekarang ni) harga dah stabil dalam RM2.60 sekilogram.

Oklah, mujur dengan bantuan tanaman semula dari Risda boleh buat balik kebun,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Chuchoh Puteri.

Nik Dee adalah antara 3,400 pekebun kecil di Manik Urai yang mendapat manfaat daripada projek tanaman semula Risda.

Melalui projek itu, mana-mana pekebun yang memiliki kebun getah yang tiada nilai ekonomi akan dibantu melalui projek tanaman semula bagi menanam semula pokok getah yang lebih berkualiti. - Bernama

PRK N41 Manek Urai (34) :Polis arah tutup markas PKR.



Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.

ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas.

"Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini,"katanya.

Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.

Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik....tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.

Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.

KJ pun takut debat dgn PAS macam NAJIB

Berikut adalah laporan dari Harakahdaily pukul 4pm 11/7/09.

Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

“Takut dengan bayang-bayang sendiri,” demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.

Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.

Ingatkan Ketua Pemuda gerombolan berani, maklumlah pemuda darah panas dan bersemangat. Rupa-rupanya menikus jugak.



Hari tu Zahid yang kecut dengan Husam dengan tidak menghadirkan diri dirancangan Hujah TV9 untuk berhujah dengan Husam.

Kemudian Najib tidak berani menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat.

Hari ini KJ pulak menunjukkan kelemahan Ameno. Agaknya bila la geng gerombolan ni berani berdebat secara terbuka dengan Pakatan Rakyat ek?

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.