Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Ogo 2008

Sumpah Saiful diatur Pegawai Khas Najib ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 25 Ogos Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof didedahkan sebagai individu yang terlibat dalam mengatur sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu. Pendedahan tersebut dibuat oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dalam satu wawancara yang disiarkan dalam Suara Keadilan online.

"Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan di dalam internet di mana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib," katanya yang dipetik daripada laman web Suara Keadilan.com.

Ramlang juga mendedahkan bahawa beliau telah mendapat arahan dari pihak atasan jabatannya supaya hadir menyaksikan sumpah Saiful itu.

"Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang al-Quran atau tidak," kata beliau.

Beliau turut mendakwa sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu sebagai satu konspirasi terhadap Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ~ HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.