Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

31 Okt 2008

Exco Trg dipecat ~ Malaysiakini

YANG DIPECAT

SMS diterima bertalu – YB Yahya Khatib Mohamad dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco). Wakil Marang tak akan ada dalam Exco Kerajaan. Yahya akan dipecat bersama dua Exco yang lain.

Dua perkara nak direnungkan.

PERTAMA. Dalam kes Yahya, itu bukan salah Dato’ Ahmad Said. Bukan juga kerana Man Bakar kalah. Benar Man Bakar menjadi antara orang kesayangan Mat Said, tapi bukan kerana kekalahan memalukan Man Bakar di tangan Yahya makanya Yahya dipecat sebagai Exco.

Mat Said sudah awal-awal memutuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri agar Ketua Bahagian tidak ditandingi dan semua Exco juga telah dilarang dan diberi amaran supaya tidak bertanding jawatan utama dalam parti (kurang jelas jawatan utama merujuk kepada sama ada Ketua Bahagian sahaja atau termasuk juga Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian). Mat Said dah katakan, tindakan akan diambil sekiranya ada Exco yang berdegil.

Yang jelas Yahya satu-satunya Exco di Terengganu yang berani menyanggah arahan dan larangan Mat Said. Sepatutnya Mat Said sudah memecat Yahya selepas Yahya mengesahkan pencalonan untuk beradu Ketua Bahagian. Kalau pemecatan dibuat pada masa itu, mungkin Man Bakar masih boleh diselamatkan.

Siapa pengganti Yahya sebagai Exco daripada Marang masih di awangan. Marang hanya ada dua ADUN BN dalam DUN Terengganu sekarang, Yahya (Pengkalan Berangan) dan Alias Abdullah (Alor Limbat). Dua DUN lagi dikuasai PAS iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong.

Alias menang Timbalan Ketua Bahagian. Beberapa hari sebelum pemilihan, Alias yang juga pada mulanya menawarkan diri jawatan Ketua Bahagian telah menarik diri dan mengumumkan menyokong Yahya. Alias juga merupakan orang kuat Idris Jusoh dan pernah diuar-uarkan sebagai Exco menggantikan Dato' Dr Latif sekiranya Idris masih Menteri Besar. Lagi pun semasa pemilihan Exco oleh Mat Said April lalu, Man Bakar tidak menyokong Alias kerana bimbang Alias akan menentangnya (Man Bakar) pada pemilihan UMNO kali ini. Lalu Mat Said tiada pilihan dan Yahya dilantik sebagai Exco daripada Marang. Alias juga baru saja dipecat daripada jawatan Pengerusi Kumpulan Ladang-ladang, anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Kalau dendam atau faktor proksi dan kem diambilkira, Mat Said boleh biarkan tiada Exco daripada Marang. Kerana perlantikan Exco adalah hak Menteri Besar. Mewakili daerah / kawasan parlimen seperti sebelumnya hanyalah tradisi, bukan peraturan atau syarat yang termaktub dalam undang-undang tubuh.

KEDUA. Siapa dua orang lain yang dimaksudkan Mat Said akan dipecat sama sebagai Exco? Kalau larangan dan amaran tidak bertanding jawatan utama dalam parti dijadikan landasan (dengan mengambilkira jawatan utama termasuk juga Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian), ada dua orang Exco yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian menentang penyandang sedia ada. Mereka ialah Datuk Za’abar Mohd Adib bertanding menentang YB Zakaria Abdullah, penyandang Timbalan Ketua Bahagian di Dungun dan YB Rozi Mamat bertanding menentang YB Dato’ Rosol Wahid (penyandang Timbalan Ketua Bahagian) di Hulu Terengganu. Kedua-duanya (Za’abar dan Rozi) menang di Bahagian masing-masing. Tetapi kedua-duanya memihak kepada kem Ketua Bahagian sedia ada yang ‘disokong’ Mat Said.

Bagaimanapun, kalau faktor dendam atau faktor proksi dan kem diambilkira, dua Exco dalam Bahagian Setiu akan menjadi mangsa. YB Ashaari Idris (Langkap) walaupun ditentang tetapi beliau adalah penyandang. Tetapi silap beliau hanya kerana beliau berada dalam kem Cikgu Ramlan Ali yang menentang kem Ketua Bahagian sedia ada (kem Datuk Mat Jidin Shafie). Seorang lagi ialah YB Khazan Che Mat (Batu Rakit) yang mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Bahagian tanpa bertanding juga tersilap berada bersama kem Cikgu Ramlan menentang Mat Jidin.

Bagi Bahagian Kuala Nerus yang belum bersidang, mungkin kedua-dua Exco daripada Bahagian itu terselamat kerana Ketua Bahagian sedia ada ditentang oleh Che Azmi Abdul Rahman, bekas Ahli Parlimen yang juga Timbalan Ketua Bahagian, manakala jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang ditinggalkan Che Azmi menjadi jawatan mengisi kekosongan. Lagi pun masih ada masa dan ruang untuk perkiraan ‘menyelamatkan’ diri, kalau-kalau adanya ura-ura pemecatan ini turut melibatkan Exco daripada Bahagian Kuala Nerus.

Kalau hendak dikaitkan sedikit pun (hanya sedikit dan hanya rasaan semata), YB Ahmad Razif boleh dikaitkan sedikit sebagai salah seorang yang tergolong dalam kategori “dua yang lain” itu, kerana Che Azmi yang akan menentang Ketua Bahagian sedia ada, adalah abang kepada YB Razif dan dikatakan juga YB Razif bekerja keras membantu abangnya.

Seperti biasa, persoalannya : Apakah tindakan Mat Said ‘memecat’ tiga Exco ini adalah untuk menunjukkan ketegasannya atau untuk menutup keaibannya sebagai Ketua parti dan Ketua Kerajaan yang lemah dan tidak dihormati? Kerana banyak yang aib terpaksa dihadapi oleh Mat Said sepanjang beliau menjadi Pengerusi Perhubungan dan Menteri Besar, termasuk yang terbaru UMNO Bahagian pimpinannya terpaksa mengadakan semula persidangan.

~ penulis
Foto Sayaabdul mubin ismail

1 ulasan:

al-brangi Online berkata...

Saya amat tertarik perkembangan diterengganu ni. sekarang mad said dah mula melakukan kesilapan demi kesilapan. menjelang pru13, mungkin banyak lagi kesilapan demi kesilapan sehingga ia ditumbangkan InsyAllah

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.