Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Okt 2008

Kickdefella Dakwa Pak Lah Terima RM200 Juta Komisyen Dari Rosmah !!


Berita gempar yang diterima 2 Syawal pasti memeranjatkan rakyat Malaysia. Meman sudah dijangka oleh semua pihak bahawa isteri TPM, Rosmah Mansor terlibat secara langsung dalam kes Altantunya. Maka, demi menutup mulut Pak Lah supaya tidak mengganggu perjalanan mahkamah yang sudah dirancang Rosmah dikatakan telah "merasuah" Pak Lah sebanyak RM200 juta. Bayaran itu adalah sebahagian daripada komisye yang dikatakan diterima oleh Razak Baginda atas urusan pembelian kapal selam.

Perkara ini dedahkan oleh Blogger Kicdefella dalam posting terbaru dilaman blongnya itu. Beliau yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, membuat dakwaan menggemparkan ini apabila meminta Pak Lah menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Razak Baginda. “Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda. “Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda,” dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com. Beliau juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

“Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.. “Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya,” dakwa blogger itu. Beliau juga turut mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka. “Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.
“Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya. “Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib,” dakwa Sheih lagi. Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda. Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat. Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?”
Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”
Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah. Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabie. Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri. Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris. Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu. harakahdaily

[Dengan pengakuan berani oleh Kicdefella ini, kami di Pahang Daily yakin selepas ini banyak lagi maklumat terbaru yang akan diterima dari orang dalam dan akan didedahkan kepada umum. Atas dasar itu mahkamah sepatutnya menangguhkan dulu keputusan kes perbicaraan Altantunya yang dijadual akan diumumkan penghujung bulan ini.Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi kerana bukan sekali namanya dikaitkan dengan kes ini. Malahan berkali-kali !! Apakah beliau layak untuk menjadi PM dalam keadaan krisis moral dalam dirinya yang bergitu dasyat itu. Sama-samalah kita nantikan pendedahan berikutnya selepas ini]

~ PAHANG DAILY

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.