Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Nov 2008

AJK Pemuda dan Wanita Umno Ditangkap Kerana Berkhalwat ~ Malaysiakini

khlwat1

AJK Pemuda dan Wanita Umno Ditangkap Kerana Berkhalwat

INI ada cerita satu cerita sedap! Cerita ini melengkapkan betapa buruk dan huduhnya parti Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar itu. Cerita ini datangnya dari Rantau Panjang Kelantan bumi kelahiran saya. Yang membawa cerita ini sahabat saya, yang baru tiba dari kampung beberapa jam lalu.

Menurut sahabat saya itu, cerita ini ada dimuatkan dalam akhbar harian bersaiz tabloid. Tidak pasti apakah ianya terdapat dalam edisi nasional atau hanya disiarkan pada eisi pantai timur saja. Saya tidak membaca akhbar berkenaan jadi tidak tahulah samada ia ada menyiarkan berita berkenaan atau tidak.

Tetapi kata kawan saya itu, edisi pantai timur ada menyiarkannya dan beliau ada membacanya.

Ceritanya bukan seperti apa yang berlaku di Seremban kelmarin, perwakilan bertumbuk dan sampai masuk wad kecemasan. Tetapi cerita ini lain versinya namun ia merupakan cerita yang kerap kedengaran berlaku dalam Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Nauzubilahhiminazalik!

Saya kenal dengan watak dalam cerita ini. Dan lokasi kejadian juga saya tahu malah sering melalui lokasi berkenaan kalau sesekali balik kampung menggunakan jalan berkenaan. Malahan sewaktu kawan itu bercerita saya terbayang akan tempat kejadian itu. Memang saya arif benar dengan lokasi itu.

Cerintanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahlijawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung… malu orang kampung itu nanti).

Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan ‘politik’ mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.

Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. “Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang,” kata si lelaki. “Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang,” ujar pula di perempuan engan bangga.

Mereka mengharap dan mengira apabila memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) alias Umno itu, pihak pencegah tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan melepaskan mereka. Namun keahlian itu tidak dipedulikan oleh pasukan Pencegah Maksiat itu. Mereka akhirnya dibawa ke Pejabat Agama dan katanya ditahan sehari semalam dalam lokap.

Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Sybas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanhakan.

Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!

Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!

http://msomelayu.blogspot.com

3 ulasan:

Sans berkata...

Kenapa selalu gunakan Malaysiakini di muka hadapan? tetapi cerita kamu langsung bukan dari Malaysiakini?

Quantum Metal Consultant berkata...

Kamu bangga bercerita keaiban orang lain semata mata benci atas nama parti tersebut.

Hakikatnya mereka sudah bukan ahlijawatankuasa tetapi tajuknya cukup dusta.

Kamu hanya mendengar kononnya, Pemuda Bahagian ada meminta mereka dilepaskan adalah cerita karut dan tidak mungkin dilakukan oleh mana mana mahkluk pun, kerja bodoh.

Sebagai pengajaran, berjaga jagalah isteri dan anak2 dan suadara mara kamu, takut kuman disebarang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak.

Jagalah hati kamu yang sudah makin busuk dan baunya sudah sampai ke sini.

Kasihlah saudara kamu seugama, tutuplah aib mereka kerana Allah akan menutup aibmu di dunia dan di hari pembalasan, InsyaAllah.

Janganlah sikap kamu sebegini kerana kelak merosak pula nama PAS dan Pakatan Rakyat.

Unknown berkata...

betul tu sdr. biarkan perkara ini berlalu sekiranya benar-benar berlaku, jadikan pengajaran.

Tetapi adalah perlu kita tutup aib saudara seagama walau pun mereka berdosa. Serahkanlah kepada Allah yang menentukan kedudukannya.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.