Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

15 Dis 2008

Wan Farid dilantik senator lagi, siapa calon BN? ~ Malaysiakini

SALAH PANGKAH BULAN GINI KE???

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid semakin jelas tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009.

Ini kerana beliau telah dilantik sebagai sebagai senator yang mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi lantikan kedua.

Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini telah bersetuju melantik Wan Ahmad Farid dan Hajah Fatimah hamad mewakili DUN Terengganu.

Sidang Dewan Undangan Negeri telah melantik dua orang Ahli Dewan Negara yang baru bagi mengisi kekosongan mengikut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu ke Dewan Negara.

Dua yang dilantik ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan perlantikan kali kedua manakala Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Hajah Fatimah Hamad adalah lantikan pertama.

Nama Dato’ Wan Ahmad Farid dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat dan disokong oleh YB Haji Ramlan Ali, Adun Jabi.

Manakala Hajah Fatimah dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri yang juga Adun Telemong YB Rozi Mamat dan disokong oleh Adun Kuala Berang, YB Mohd. Zawawi Ismail.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang kemudiannya mengistiharkan Dato’ Wan Ahmad Farid dan Hajah Fatimah sebagai Ahli Dewan Negara setelah mendapat undian terbanyak ahli-ahli dewan.

Sementara itu satu sumber memaklumkan ketua sektor akademik jabatan Pelajaran Terengganu, Haji Zuber Embong telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi umno untuk ditaruhkan di dalam Pilihan raya tersebut.


Beliau yang tewas didalam pemilihan umno bahagian Kuala Terengganu baru-baru ini dilihat sebagai penyelamat agar tidak berlaku 'cas keting'sekira calon calon lain dari kem yang berbeza dipilih.

Namun, bagi pemerhati politik ini dilihat amat bercanggah dengan kenyataan Wan Ahmad Farid sebelum ini yang bertegas mahukan calon dari AJK Bahagian Kuala Terengganu.

“Orang yang hendak menjadi calon mesti mendapat sokongan daripada parti dan rakyat untuk menang dalam pilihanraya.

‘Peluang BN cerah’
“Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian,” katanya.[sumber Malaysiakini]

http://www.tranungkite.net


Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.