Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Jan 2009

Jalan ke Sekolah ditutup kerana kalah Pilihanraya P036


Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi (DPPPL) kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan Padang Gaong, di sini yang didakwa mereka bertindak menutup sebahagian jalan ke Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Langkawi sejurus selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menurut Setiausaha DPPPL, Hakimi Nazeri, walaupun arwah ibu Ketua Umno tersebut pernah membuat surat kebenaran kepada Jawatankuasa Pembinaan SRIDU untuk menggunakan tanah berkenaan, tetapi beliau tetap bertindak angkuh menutup sebahagian jalan yang merupakan satu-satunya jalan bertar ke sekolah itu dengan menggunakan halangan diperbuat daripada konkrit simen.

Berikutan tindakan berkenaan, berlaku kesesakan yang teruk setiap kali ibu bapa pelajar menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah tersebut.

DPPPL bersama Lembaga Tadbir SRIDU Langkawi dan PAS Kawasan Langkawi dengan menghantar wakil untuk berunding dengan Ketua Umno terbabit gagal untuk menemuinya yang tetap bertegas untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada 18 Januari lalu. Satu jalan alternatif juga sedang diusahakan PAS Langkawi untuk dibina dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.