
Kuala Terengganu – Cubaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan ‘Gurindam Rasuah’ Tok Guru Nik Aziz semalam gagal apabila lebih seratus petugas PAS dan PKR berkumpul dan membantah.
Sekitar jam 3.30 petang semalam sepasukan pengatkuasa telah bertindak menurunkan papantanda besar ’Gurindam Rasuah’, namun tindakan mereka disedari oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat yang melalui jalan itu.
Lantas mereka berhenti dan segera membantah tindakan tersebut dan berlaku sedidkit ketegangan.
Antara petugas PAS yang awal sampai ialah Ahmad Muhamad, 35 tahun dari Wilayah Persekutuan.
Beliau yang ditemui berkata, beliau yang lalu dijalan itu melihat kakitangan MBKT cuba menurunkan billboard tersebut, lalu menghentikan kenderaannya dan meminta penjelasan.
”Tiada penjelasan yang konkrit diberikan oleh kakitangan tersebut, Alasan mereka menurunkan billboard itu adalah ianya didakwa mempunyai unsur-unsur sindiran.”kata Ahmad.
Ahmad menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa itu, bahawa mereka tidak boleh menurunkan sebarang, bilboard, poster atau apa-apa alatan pilihanraya kecuali mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Dalam pada itu, orang ramai yang lalu lalang turut berhenti dan menjadikan himpunan tersebut lebih besar.
Tidak lama kemudian pasukan polis dari cawangan khas telah datang dan penguatkuasa MBKT beredar.
Petugas Pakatan berhimpun disitu, akhirnya beredar setelah membetulkan semula bahagian papantanda yang telah rosak.
Namun begitu, rupa-rupanya kakitangan MBKT yang jelas mengikut elunjuk pemimpin mereka telah datang semula menurunkan papan tanda tersebut.
Entah bila mereka kembali semula ke lokasi tersbut tidak dapat dipastikan, namun tinjauan Buletinonline hari ini mendapati papantanda ‘Gurindam Rasuah’ itu telah tiada samasekali.
Papan tanda besar gurindam rasuah itu dijadikan bahan kempen pilihanraya umum Kuala Terengganu memetik kata-kata Mursidul Am PAS.
Nak berisalah,
Tak beri kalah,
Umno jadi serba salah,
Jom Pakat Pangkah PAS.
1 ulasan:
Kemahiran bahasa Tok Guru sekali lagi berjaya memusnahkan Umno Bn. Cuba kita imbas kembali:-
1. Di Kelantan Tok Guru kata:-
bagi gula kacau..
bagi kain pakai..
bagi lembu sembelih..
tapi pangkah PAS.
hasilnya Umno Bn kempunan untuk memerintah kelantan sampai sekarang.
2. Di Kuala Terengganu pula, Tok Guru bergurindam mengenai rasuah:-
Nak beri salah.....
tak beri kalah .....
akhirnya Umno jadi serba salah...
Payah2 sangat undi saja PAS.
Kata-kata dan bunga bahasa itulah yang banyak memberi kesan positif semasa kempen PRK P036 Kuala Terengganu, dan akhirnya kita mencapai kemenangan yang diharapkan.
Catat Ulasan