
Pesta sukan tersebut melibatkan 2 permainan iaiti Futsal & Bola Jaring. Pasukan Besut menyertai kedua permainan tersebut. Dalam acara Futsal, Besut diletakan dalam pasukan B bersama pasukan Marang, Kuala Terengganu & Hulu Terengganu.Dalam Kumpulan B tersebut, Besut telah menduduki tangga kedua selepas Menang 2-0 dengan Hulu Terengganu, Seri dengan Kuala Terengganu 0-0 dan Kalah 0-2 dengan pasukan Marang. di peringkat separuh akhir Besut bertembung dengan Juara kumpulan A iaitu Dungun, namun kalah 0-2.

Pasukan Bola Jaring Besut pula berada ditangga ke-5 selepas Menang dengan Kuala Nerus 6-0, Kalah dengan Kuala Terengganu 5-0 & Marang 4-0. Pasukan Kuala Terengganu & Marang adalah Johan & Naib Johan acara tersebut.
Penginapan kontigen Basut telah ditempatkan di PASTI Bukit Kemang. Kemudahan & layanan ALP PASTI tersebut kami anggap sungguh istemewa. Terima kasih abg Zul & Cikgu Manisah yang melayan Besut bertaraf 5 bintang.
Pada Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Terengganu, Ust Ridhuan Hashim menyaksikan PASTI Besut telah diamanahkan menjadi tuan Rumah Pesta Sukan PASTI tahun 2010. Kita Jumpa di Besut nanti.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan