Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Okt 2009

Pemuda Terengganu: Muktamar Khas Boleh Diadakan Sekiranya Menepati Peruntukan Dalam Perlembagaan PAS

Wavy Photo Effects
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu bersetuju supaya diadakan satu Muktamar, sekiranya ia menepati peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan PAS.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline sebagai respon kepada perkara yang dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

”Kita tidak ada masalah, menyokong, sekiranya ia bertepatan dengan memenuhi kehendak menurut peruntukan perlembagaan PAS,”ujarnya.

Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.

Fasal tersebut menyatakan lagi, maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam posting terbarunya dalam laman weblognya www.blogtokguru.com. menyokong saranan seorang ahli akademik Dr Abdul Aziz Bari.

”Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16,” tulisnya, sebagaimana yang tedapat dalam lam weblog itu.

Tulisan Dr. Aziz Bari telah mendapat perhatian dan respon pro dan kontra dari beberapa pihak dalam PAS, termasuk dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Institut Kajian Polisi Negeri Terengganu (IKPNT) yang disiarkan dalam laman ini dua hari lalu.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Nor berkata Dewan Pemuda PAS Pusat akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan perkara tersebut. BO

2 ulasan:

hussin berkata...

a picture tells a thousand words. isu kpp "ditimbulkan" hanya untuk survival pihak tertentu. penyakit hidup dengan isu yang diamalkan umno/bn kini menjalar ke dalam pas.

justeru ada yang melihat sangat penting dan mencadangkan supaya muktamar khas membincang isu kpp. kepimpinan tak perlu diusik.

perhatikan kenyataan setiausaha agong berkaitan isu kpp selepas pengumuman kpp akan dijadikan salah satu dari sayap pas. "PAS admits Makkal Sakthi helped BN’s big win." - http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40892-pas-admits-makkal-sakthi-helped-bns-big-win

amacam? jangan sekadar baca. perhalusi kebarangkalian maksud yang boleh mempengaruhi persepsi umum. moving forward? stalling? reversing? u-turn?

back to the picture of the two tok gurus above. terpulanglah kepada persepsi masing2 untuk menzahirkan "the thousand words". bagi aku, ia menjelaskan bahawa di antara dua tok guru itu ada masalah. satu, mursyidul am, yang menduduki organ tertinggi pas. satu, presiden yang mempunyai 'kuasa' eksekutif. lalu apa beza pas dengan organisasi lain? perkembangan sejak dua menjak ini menayangkan episod presidenlah yang berkuasa.

sebab tu, "pertemuan dalam gelap" hanya melibatkan dua tiga kerat pemimpin sahaja. sudah tentu, keputusan presiden. tidak ada kena mengena dengan "dipersetujui oleh majlis syura ulama" sebagaimana yang dinaskan oleh nasha apabila pihak yang ditemui mendedahkan sudah 3 kali bertemu. walaupun pada mulanya dinafikan.

penafian dan nas yang digunakan dengan jelas menunjukkan mereka yang terlibat telah melakukan DUA pembohongan. kaedah feqah manakah yang digunapakai bagi menghalalkan pembohongan yang dilakukan? perwakilan pas ke muktamar ke 55 tidak sedikitpun rasa bersalah mengiyakan pembohongan2 itu. pandangan mereka telah digelapkan dengan "kepimpinan ulama tercabar"!

saya minta mana2 pemimpin pas untuk menafikan bahawa tidak berlaku pembohongan2 di atas.

justeru, amatlah perlu sekali muktamar khas luar biasa pas diadakan segera. mereka yang berbohong dan bersekongkol dengan pembohong tidak laya untuk mempimpin pas. period.

keputusan untuk mengadakan muktamar khas kini terserah kepada ahli2 pas/cawangan/kawasan. ajk pas pusat mungkin tidak akan mampu untuk mengumpul jumlah yang diperlukan bagi pengusulan. almaklum sahajalah.

ia bukan di bawah bidangkuasa majlis syura ulama untuk menentukan sepertimana dinaskan oleh nasha (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm). cukuplah sekali dia tipu kalian.

selepas dua tok guru berpeluk2, diistiharkan terkuburnya isu "pertemuan dalam gelap". tanyalah diri kalian masing2, tak perlu nak tanya pada orang lain, bilakah "kerajaan perpaduan" dilontarkan? sebelum atau selepas dua tok guru berpeluk2?

cukuplah.

zamakhsyari berkata...

Muktamar khas perlu diadakan kerana ia dapat menangkis segala tohmahan yg timbul,agar pihak kepimpinan PAS dapat lakukan yg terbaik. Elakkan isu isu yg boleh mengerohkan keadaan, serta kembalikan keyakinan dikalangan penyokong serta rakyat Malaysia bahawa kepimpinan PAS tidak sama dengan BN yg wujud team A dan B.
Kepimpinan sepakat membawa berkat,disini saya amat berharap kepimpinan lebih peka dengan isu-isu yg ditimbulkan,kerana pihak musuh sentiasa mencari ruang untuk melemahkan saingannya demi kepentingan dan impian mereka tidak diganggu gugat. Oleh itu dengan pakatan yg terjalin didalam PR ianya semestinya dapat menghapuskan segala penyelewengan,rasuah serta kezaliman yg telah dilakukan BN dan yg akan dilakukan...

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.