Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Dis 2009

10 Maut, Bas Sani terbabas

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.

Wan Abdullah berkata, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu bertolak dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata, besi pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.